Vitamin E dan Zinc Untuk Kesuburan

by Mommy Lyna on October 11, 2010 · 8 comments

Mendapat anak adalah impian setiap pasangan. Pasangan yang berkahwin pasti inginkan anak seberapa segera. Kononnya anak adalah pengikat kasih, penambat cinta dan sebagainya.

Apabila pasangan lambat mendapat anak, kadangkala ia boleh membawa kepada pergaduhan, lebih teruk ialah tuduh menuduh. Kebanyakan orang akan menyalahkan isteri sebagai punca – isteri mandul.

Ini adalah tanggapan yang salah kerana punca pasangan tidak mendapat anak adalah sama antara suami dan isteri, 40% punca adalah kemandulan isteri, 40% kerana kemandulan suami, dan 20% adalah masalah kedua2 pasangan tersebut.

Ketidaksuburan bagi wanita biasanya dikaitkan dengan:
- tidak mampu menghasilkan telur (ovum) atau telur yang tidak matang. Ini disebabkan ketidakstabilan hormon.
- saluran dari ovari ke uterus yang tersumbat akibat pembentukan halangan di tiub falopio dan sekitarnya, seperti endometriosis, cyst dan sebagainya.
- bermasalah dengan organ peranakan secara semulajadi e.g. tiada rahim, rahim tak sempurna, tiada ovari, etc.

Manakala di kalangan lelaki pula, ketidaksuburan adalah kerana:
- sperma yang kurang bermutu, kurang cergas dan tidak terbentuk dengan baik
- mengalami masalah kekurangan sperma (low sperm count)
- bermasalah dengan organ reproduktif secara semulajadi

Antara penyebab2 berlakunya perkara2 di atas ialah:
- keadaan semulajadi tubuh
- tabiat merokok dan minum minuman beralkohol
- pengambilan kafein yang overdose
- tekanan perasaan dan gangguan emosi yang boleh mengganggu kestabilan hormon
- terlalu gemuk atau terlalu kurus
- terdedah kepada radiasi dan pencemaran yang melampau

Antara usaha yang boleh dibuat bagi menambahkan kesuburan ialah dengan menjaga pemakanan dan pengambilan vitamin, seperti yang saya catit di bawah:

Vitamin E
- membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
- Juga bertindak sebagai antioksidan bagi merawat sel badan yang rosak akibat pencemaran.

Zinc
- meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.

Vitamin C
- Berperanan dalam pembentukan sperma dan memekatkan sperma.

B Complex
- Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.

Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda.

Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :)

Untuk mendapatkan set ini, anda boleh hubungi saya di sauberlina[@]gmail.com

Dapatkan sekarang :)

{ 8 comments… read them below or add one }

zik October 11, 2010 at 5:24 pm

nak dapatkan extra vitamin ke tak nie??? huhu
zikĀ“s menulis tentang ..12maut- nahas kemalangan di SerembanMy Profile

Reply

Mommy Lyna October 12, 2010 at 12:54 am

boleh boleh
student lagi la, kena extra vitamin :)

Reply

Ummu Mas October 12, 2010 at 7:53 am

Vitamin ni memang penting tuk tubuh kita. Ada juga teman2 saya yang masih belum dikurniakan zuriat.
TQ atas perkongsian ni.

Reply

fiza April 11, 2011 at 12:54 pm

nak tnya, zinc tue yg mineral zinc yek?
tp nengk kat botol function ntul skin…
mna yg betul

Reply

Mommy Lyna April 11, 2011 at 4:16 pm

betul lah tu. banyak functionnya :)

Reply

mazlan jaafar September 24, 2012 at 1:33 am

assalamualaiku.

macam mana saya boleh dapatkan vitamin ini.saya tinggal di 605,taman ria mesra 1,08300gurun,kedah

Reply

zarm December 7, 2012 at 9:20 pm

salam.. tnye ckit.. still available ke pakej2 tu.. mcm nak try.. bleh emailkan sy detail.. tq..

Reply

yenni April 11, 2014 at 7:50 pm

salam
mcem mner yea tuk dptkan paket vit tu ? ade jual kat farmacy tk ? info yea, thanks

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: