Suami Penyayang

by Mommy Lyna on June 24, 2010 · 27 comments

DSC00972

Rasanya saya jarang bercerita tentang suami saya,dalam ertikata lain ialah Abiy LOL. Tapi sempena hari Bapa mungkin seronok juga mengumpat berkongsi cerita tentang suami bukan kongsi suami!

Sebelum saya mengenali beliau, saya ada ramai boyfriend. Maklumlah, buaya perempuan. Saya ni jenis tak boleh tengok lelaki hensem mesti saya akan jadikan dia boyfriend. Hahaha. Sudahlahh.. jangan mengarut!

Impian masa kecil saya ialah bersuamikan seorang lelaki yang garang dan ganas seperti Beast dalam cerita Beauty and The Beast. Saya rasa beliau adalah sangat macho sekali (Beast itu), terutama semasa scene Belle mencuci lukanya dan dia marah-marah.

beast

Saya pun tak tahu kenapa selera yang agak pelik :D Sebab tu imaginary boyfriend saya Mark Dacascos, bukan sebab dia handsome (handsome pun ya jugak) tapi kerana beliau ‘ganas’.

Ternyata bila Allah jodohkan kita, ia adalah terhadap pasangan yang saling melengkapi. Dia melengkapkan kita, dan kita melengkapi hidup dia.

Saya satu kelas dengan Abiy sejak dari tahun pertama, tapi haram tak pernah bertegur sapa, walaupun meja beliau di belakang meja saya saja dalam lab. Walaupun ada sesekali pinjam pen, pinjam eraser tapi tak ada nak berkenalan ke apa. Saya pun pemalu orangnya. Sepanjang di universiti saya cuma ada beberapa orang je kawan lelaki. Itupun yang kenal dalam group English 1 ke, Malaysian Studies ke… dan geng2 satu bas chartered.

Kami ‘berkenalan’ di tahun akhir pengajian, selepas saya clash dengan Yusry, LOL.

Saya tak mengenali sangat beliau, sehinggalah saatnya kami telah dinikahkan. Tapi dari awal saya dah tahu yang saya memang benar2 mencintainya, bukan kerana dia kacak (kacak ke???) atau bijak atau kaya (alangkah bestnya kalau You kaya boleh I benti keja :P ).. tapi kerana keserasian yang saya tak pernah jumpa dalam mana-mana lelaki sebelum ini. (Lelaki sebelum ini itu sungguh kecik skopnya, tertakluk kepada makhluk2 imaginary yang telah direject :D ).

Yang penting, dia ada perancangan masa depan dan ciri2 seperti dalam gambar di atas.

Kerana itu saya percaya Allah akan kahwinkan kita dengan orang yang benar-benar serasi dengan kita, cuma kita yang mesti mencari keserasian itu.

Saya tidak gemar bercerita tentang suami saya dengan orang yang baru dikenali, atau orang yang tak dikenali sangat, kerana mungkin Abiy akan disalahtafsir. Kenapa? Sebab kebanyakan wanita meletakkan sifat suami yang sempurna ialah = romantik, suka tunjuk kasih sayang, rajin, jaga anak, baik hati, lemah lembut, sporting, bla bla bla…. Bagi saya kesempurnaan itu terletak kepada bahagian mana yang nak disempurnakan. Jiwa yang ingin selalu dibelai2, disayang2, ditatang2 pasti mendambakan sifat2 seperti itu. Tapi jiwa saya memerlukan dorongan, asakan, gasakan… yang saya rasa hanya ada dalam diri suami saya.

Sifat2 yang saya cari selama ini, exactly like the character dalam Beauty and The Beast, garang, bekeng, baran, tapi amat penyayang dan caring. Tak ada sedikit pun perasaan ‘tidak bertuah’ dalam hati, sebaliknya saya merasakan saya adalah wanita paling bertuah dan bangga dalam dunia. I get what I want and what I need.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan dorongan dari beliau saya menjadi apa yang saya jadi hari ni.

Saya rasa, ramai juga wanita2 di luar sana yang bersuamikan seorang yang tak seperti yang digambarkan sebagai ‘suami sempurna’ di atas. Please believe that itulah kesempurnaannya. Jangan dengar cakap orang dan fakta-fakta tentang ‘ciri-ciri suami mithali’, ‘sifat Nabi sebagai suami’, etc. Sebab… yang dok baca dan dok dengar benda2 tu cuma orang perempuan je… lepas tu meroyan sorang2. Lainlah kalau ‘bacakan’ benda2 tu depan suami. Please get back to the reality.

Kita tak boleh nak ubah orang, tapi kita boleh berubah. If you have a husband yang konon-konon malas, asyik tengok TV je, tak jaga anak (this is so not my husband, cuma contoh je), tengoklah pada sudut kebaikannya. Ada dia pukul2 isteri? Ada dia lepak2 kedai kopi sampai tak ingat nak balik rumah? Ada dia tido dengan pompuan lain? –kalau ada sila ambil tindakan yang sepatutnya –. Syukurlah dia ada di rumah bersama kita, melepak bersama anak-anak kita, tido sama katil dengan kita…

Stop reading or listening about suami2 orang lain yang romentik, buat-kerja-rumah-bini-duk-melepak, etc. Ianya tak berbaloi. Ia cuma buat anda makin sakit hati je. Change the paradigm. Bertuahlah dapat suami yang tak romentik sebab anda boleh berjimat tak payah nak habis duit SMS setiap minit just tu say “Rindu You..” padahal baru je jumpe setengah minit lepas. Bertuahlah dapat suami yang kaki lepak sebab itu beri peluang untuk anda mendapat pahala berganda.

Saya bukan kata macam tu sebab suami saya malas, in fact beliau lagi rajin dari saya. Malu betul jadi isteri bila suami terlebih rajin T_T Tapi nak cakapnya kita orang perempuan ni, selalu kena sumbat telinga dengan cerita2 best tentang suami2 romantik la ape benda la… Believe that setiap yang dijodohkan tu adalah pelengkap yang memenuhkan lubang2 dalam hidup kita. Tapi ia tak straight forwad macam tu..Macam jigsaw puzzle… semua pieces adalah pelengkap kepada yang lain, tapi nak selesaikan bukan boleh main boh je. Kena try sana, error sini….

To be honest, kalaulah saya tak dinikahkan dengan Abiy, mungkin saya jadi slacker selamanya T_T Jenis manusia pemalas, suka buang masa, suka berangan kosong…. memerlukan teman hidup yang tegas macam Umar al-Khattab.

Teman hidup, yakni pasangan kita seharusnya orang yang paling dapat merangsang perkembangan kita dalam pelbagai aspek. Bukan aje mengembangkan badan dan mengembangkan keluarga, tapi mengembangkan iman, skill, cita-cita, kejayaan dan sebagainya. Mungkin suami yang garang dan malas itu bakal menjadikan isterinya seorang wanita yang berhati waja dan berdikari. Atau paling takpun menjadikan isterinya seorang yang penyabar dan pemaaf. Kenapa kita tak nampak benda tu? Sebab kita tak menyuluh ke dalam diri sendiri, sebaliknya dididik untuk complaint tentang orang lain saja.

Dulu saya selalu cakap, ayah saya ni tak aci, kerja sama penat dengan mak saya, tapi kerja rumah semua mak saya buat, dan mak saya pulak petang2 turun ke kebun, malam2 jahit baju. Tapi mak saya tak pernah cakap apa-apa. Malah dia cuba buat semua dengan terbaik. Sampai sekarang pun Mak saya jadi tak betah kalau tak buat kerja, sebab  jadual harian dia padat aje. Tak pernah mak saya mengeluh penat, tapi complaint ‘penat’ setiap kali datang ke rumah kami sebab tak ada benda yang nak dibuat LOL.

Saya dah tengok perbezaan dari sudut tu. Kalau kita sentiasa redha dan tak fikirkan tentang ‘apa yang orang lain boleh buat untuk kita’, sebaliknya ‘apa lagi yang kita boleh buat untuk orang’, kita takkan rasa nak mengeluh, menyesal, complaint2 dah. Akhirnya kita juga yang senang hati sebab tak payah nak fikir masalah orang lain yang tak setel2.

Merujuk tentang itu, Abiy pernah bertanya “Kenapa Mak You, makcik2 You and You sendiri, kalau suami suruh buat apa saja terus buat, tak ada nak complaint? Tapi suami2 rileks aje”. Saya katakan bahawa itulah didikan yang kami terima. Allah dah janjikan pahala dan ganjaran berganda2 bagi isteri yang buat kerja rumah dan taat pada suami. Malah boleh pilih mana2 pintu syurga yang disukai…

Kenapa nak complaint? Kenapa nak kesamarataan sangat? Sedangkan darjat kita begitu tinggi di sisi Allah Taala.

{ 27 comments… read them below or add one }

ibu rayyan June 24, 2010 at 1:26 am

salam lyna..
setuju sgt2 dgn artikel ni..bnyk stetmentnya memujuk ati pempuan yg kdg2 suka banding2kan asbend dia ngan asbend org lain..nape tu, nape ni..kan2?
buat saya teringat sepatah ayat..tapi x igt sapa yg cakap..mybe lyna pn tau kot..
ayat yg berbunyi..
“kita merasakan apa yg orang ada lebih baik dari kita, tp kita x sedar yg orang juga merasakan apa yang kita ada lebih baik dari dia”, jadi jalan terbaik..terima dengan redha dan bersyukurlah dengan apa yg kita perolehi hari ini…
moga Allah panjangkan jodoh kt dengan suami..Aminnn..

Reply

Mommy Lyna June 24, 2010 at 1:47 pm

salam ibu rayyan,

mimpi2 tentang ciri2 suami yang ‘baik giler’ tu betul.. mmg patut macam tu, tapi masalahnya yang tukang dengar semua tu adalah di pihak isteri. suami? tak semua suami sedar. isteri jugak yang meroyan sorang2 :D

ada baiknya kita mengubah apa yg ada dalam diri kita daripada berharap suami akan berubah. tol tak?

semoga jodoh kita semua berpanjangan dengan suami tercinta :)

Reply

Fedy June 24, 2010 at 2:11 am

Like !

A good one Lyna.. br je bincang ngan kwn fedy psal nih ptg td.. ;)
.-= Fedy´s last blog ..Sahabat =-.

Reply

Mommy Lyna June 24, 2010 at 1:49 pm

hah, bincang apakah??? hehe.

Reply

rynas June 24, 2010 at 5:47 am

salam Lyna, menarik sangat kupasan Lyna, saya setuju sangat keredhaan menerima seadanya dan saling lengkap melengkapi akan membuatkan kita rasa bahagia.

Reply

Mommy Lyna June 24, 2010 at 1:50 pm

salam kak,

saya memang suka kupas mengupas ni.

ehehhee

Reply

Asiah Abd Jalil June 24, 2010 at 9:26 am

Alhamdulillah, Allah kurniakan saya suami yang penuh dengan sifat-sifat baik. Ramai orang jealous dengan saya bila tengok cara my husband melayani saya dan anak-anak. Syukur… Sebenarnya mendapat pasangan yang ideal adalah satu rezeki dari Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik kalau kita tak bersyukur.

Saya selalu jadi tempat mengadu, nak-nak sebab saya belajar undang-undang, ramai yang minta nasihat. Banyak isteri yang suaminya menjadi ujian Allah buat dirinya. Ada suami yang main kayu tiga, ada yang dapat suami baik gila tapi tak pernah solat, ada suami yang kaki belasah isteri, dan yang paling banyak complaint didengar – suami saya pemalas gila kat rumah!

No wonder zaman sekarang ni terlalu banyak kes perceraian. Sebab wanita zaman moden dah berpelajaran, dah exposed, dah daring. Kalau suami jahat dan fasik, kita boleh terima justification nak bercerai tu. Tapi ada juga kes-kes, bercerai sebab suami pemalas kat rumah, bercerai sebab suami dah tak handsome now dah perut buncit, bercerai sebab tak tahan bau badan suami pun ada! Isteri zaman sekarang ni kurang bersabar, susah nak redha, tak puas hati benda-benda remeh pun, terus ke pejabat agama…

Reply

Mommy Lyna June 24, 2010 at 1:54 pm

bila dah terlalu terbuka, ramai dah lupa darjat kita di sisi Allah. nak jugak kejar benda atas dunia yang tak kekal ni. sampai ada yang menuntut nak jadi imam solat segala sebab nak sama dengan lelaki. what the…?

mungkin inilah buah-buah ghuzwul fikr yang ditabur. wanita Muslimah lebih mengejar benda yang fatamorgana daripada mengejar hakikat.

Reply

amirah June 24, 2010 at 9:44 am

menarik entry ni..suka sgt..dan sgt2 tepat..rumahtangga ni penyatuan 2 insan yang berlainan. Dah berlainan jantina, dah tentu banyak lagi kelainan dan perbezaan dalam diri masing-masing.Paling setuju kita tak boleh bandingkan suami orang lain dengan suami kita, dan tak boleh salahkan isteri ‘dulu-dulu’ dengan cara didikan yg dorang terima. Kadang-kadang saya pun terpengaruh dengan bisikan “kenapala abang tak romantik macam orang lain ye”..tapi kemudian saya sedar romantiknya husband saya pada dirinya yg sangat caring dan rajin..redha suami redha Allah
.-= amirah´s last blog ..mode : kibas-kibas habuk di blog…!! =-.

Reply

Mommy Lyna June 24, 2010 at 2:01 pm

ramai antara kita yang terpengaruh dengan cerita2 dongeng pari2 bila watak2 prince yang sangat baik hati, ideal gila happily ever after… sedangkan bila kita baca tentang kisah rumahtangga Saidina Umar, isteri beliau sendiri pun merungut dan membebel kepada Umar. jadi, sapelah kita ni untuk dapat sebuah kehidupann yang sangat2 ideal… kan? kan?

melainkan suami memang jenis buat dosa, itu pun dah ada aturan apa yang kita patut buat. setakat tak kasi bunga masa anniversary pun nak mengamuk ke? tol tak? hehe.

Reply

MrsKerch June 24, 2010 at 10:12 am

Great topic mummy lyna,
Pengaruh novel dan movie2 di TV (korean drama lagi) tak kurang pengaruhnya pada kehidupan seharian…kenkadang jadi alpa dengan apa yang diberikan olehNYA pada kita. Kita ni je yang lupa untuk bersyukur…

Reply

Mommy Lyna June 24, 2010 at 2:02 pm

exactly . hahahhaa.

banyak sangat disumbat dnegan benda2 fantasi nih. bahaya… bahaya…

Reply

fizanur June 24, 2010 at 10:24 am

secara tak langsung mommy lyna dan berdakwah sebenarnya. Di syurga, taraf kita lebih tinggi dari lelaki soleh. Allah akan memberi salam dan datang melawat kita tetapi lelaki soleh kena datang melawat Allah. Dulu saya juga kurang ilmu, asyik tak puas hati kena buat itu kena buat ini, tapi bila baca entry mommy lyna pasal saidatina fatimah tu, dah insaf dah. Saya bangga kena buat kerja banyak. Dapat banyak pahala.:)
.-= fizanur´s last blog ..Anggur Menjaga Kesihatan Jantung =-.

Reply

Mommy Lyna June 24, 2010 at 2:04 pm

salah satu tindakan proaktif seorang isteri yang one-lady-show ialah menganggap semua tu sebagai satu hadiah dari Allah dan berlumba2 nk buat chores lebih dahulu dari suami (walaupun dah konfem dia takkan buat) muahahaha.

kalo asyik merungut ni, kepala pun jadi pening, nanti cepat tua hehehe.

Reply

aiDiena June 24, 2010 at 12:20 pm

Satu pandangan dari sudut yang berbeza.. kupasan yang menarik.. membuatkan saya berfikir sejenak.. ada benarnya apa yang dikatakan Lyna.. :)
.-= aiDiena´s last blog ....Mohon BONUS 2 Bulan.. =-.

Reply

Mommy Lyna June 24, 2010 at 2:05 pm

tang mana yang benar tu hehehehe

Reply

ain fathihah June 24, 2010 at 12:23 pm

entri yg sangat mengesankan jiwa saya yg tengah gatai nak kawen ni. haha.
.-= ain fathihah´s last blog ..Pengintip atau peminat? =-.

Reply

Mommy Lyna June 24, 2010 at 2:05 pm

hahahaa ape aje la kau dik

best tau kawen :P

Reply

tuty June 24, 2010 at 1:09 pm

lyna!
thank you. tak tau nak ckp apa. tp thank you!

saya nak minta permission utk share di blog.
.-= tuty´s last blog ..Kindy Hunting =-.

Reply

Mommy Lyna June 24, 2010 at 2:06 pm

adakah itu speechless?

hehe. silakan sshare kalau bermanfaat :)

Reply

aidie June 24, 2010 at 6:01 pm

“Kerana itu saya percaya Allah akan kahwinkan kita dengan orang yang benar-benar serasi dengan kita, cuma kita yang mesti mencari keserasian itu”

I like this statement…very true.
.-= aidie´s last blog ..Horaaay No exam! =-.

Reply

Mommy Lyna June 27, 2010 at 7:24 pm

Adakah mempunyai kisah benar yg sama dgn kejadian? Hehehehe

Reply

Ruzimah June 25, 2010 at 1:06 pm

salam, tiba2 rasa insaf sekejap bila baca entry u kali ni..hehe coz sebelum ni pernah jugak complaint (dalam hati jerrr) bila dapat suami yang ‘HOMELY TYPE’ nie n suka main game ..uhuh,tapi bersyukur lah kan daripada kita dapat suami yang asyik takda kat rumah..sekurang2nya dia di depan mata saya!..hehe

minta kebenaran untuk share kat blog boleh?..:-)))

Reply

laila June 25, 2010 at 2:01 pm

lynna… bagus entry ni… (semua entry pun bagus sbnarnya) tp entry ni i suka!!!
pernah baca kat mana entah, dh lupa tp penulisnya kata “mmg kita tak boleh nk ubah org lain, tp kita yg kena berubah dulu. INSYAALLAH kemudian hari org tu pulak akan berubah”
senang cerita kalau nk suami romantikus, jdlah seorg yg romantikus dulu… kalo tak romantik jugak? cemana? hehehe… terimalah dia seadanya… :)
.-= laila´s last blog ..Siapa belum ganti puasa? =-.

Reply

mimi June 29, 2010 at 12:51 pm

TQVM… tersedar jap. Ngah kecik ati ngan suami.;)
Alhamdulillah. Allah sygkan sy, dia bg sy jumpe entry ni.. (nk sy jd isteri bk kot…)
Dh hlg rs sedih tu.. hahaha
Mintak izin copy entry ni ngn bahagian 2 sekali tuk motivasi diri. =)
Thanks again.

Reply

Mommy Lyna June 30, 2010 at 8:37 am

Boleh Mimi asalkan bemanfaat hehe. Jgn lupa kredit ke sini ya. Tq.

Reply

didie86 July 6, 2010 at 2:41 pm

huhu..mmg best artikel ni..td pun baru t’bace artikel kat blog Laman Nurani yg ade ckp psl ganjaran-ganjaran & pahala seorang isteri yg taat pd suami…nk share tp pjg b’jela la plak artikel dia,huhu..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: