Bagaimana Nak Menjadi Usahawan Berjaya Dan Berdaya Saing

by Mommy Lyna on July 10, 2010 · 8 comments

“Anak baru dua orang, ada hati nak beri tips keibubapaan”

“Kahwin baru setahun jagung nak beri nasihat kepada orang yang lebih berpengalaman pula”

“Anak belum masuk 3 tahun tak payahlah nak berlagak macam anak dah lepas universiti”

Familiar?

Serius kalau tak tahan hati hari-hari rasa panas aje, entah2 boleh kena penyakit darah tinggi. Maklumlah hampir hari2 benda2 macam tu sampai ke telinga.

Kalau saya take everything emotionally, memang dah lama saya tutup blog ni (selalu gak rasa nak tutup).

Sebenarnya sebelum saya siapkan ebook pertama saya, Susu Sihat, saya memang tak confident langsung. Maklumlah anak baru masuk 2 orang, saya pun bukanlah seorang LC mahupun PC, malah sijil pun tak ada. Anak sulung saya pun belum putus susu lagi.

Akan tetapi, selepas di-consult oleh adik angkat saya, penulis buku Rahsia Pemasaran Facebook, dan yang penting semangat yang diberikan oleh Abiy, akhirnya Susu Sihat saya now kicking and living. Yang penting ia dah membantu berpuluh2 ibu baru yang bersemangat untuk menyusukan anak mereka.

Beberapa testimonial yang saya terima dari pembaca Susu Sihat:

Rina, KL

“Saya mengikut panduan yang Lyna tulis dalam Susu Sihat, alhamdulillah senang nak refer, semua persoalan saya terjawab”

Misha, Labuan

“Pada mulanya saya banyak tak tahu tentang cara pengurusan EBM, dan saya selalu rasa tidak cukup bagus berbanding kawan saya yang boleh mengepam 20 oz sehari berbanding saya cuma 9 oz. Namun selepas membaca Susu Sihat, saya tidak lagi membanding-banding dengan sesiapa, kerana kami adalah unik”

dan yang terbaru,

Alia, Kajang

“Saya tak banyak belajar tentang breastfeeding sebelum ni, terutama tentang EBM. Tapi Susu Sihat memberikan saya banyak pengetahuan baru”.

Alhamdulillah, syukur pada Allah.

Kalau kita rasa kita tak cukup pandai berbanding orang-orang yang pandai, itu bukan alasan untuk kita tak berbuat dan tidak memulakan sesuatu. Dunia keusahawanan dan pemasaran adalah amat luas. Di luar sana ada berjuta rakyat Malaysia dari pelbagai golongan.

Orang-orang yang ‘pandai’ dan tak bersetuju dengan kita memang ramai, tapi orang yang akan cari kita juga ramai. Cuma terlebih dahulu kita kena kenali siapakan mereka.

Oleh itu sebelum memulakan sesuatu usaha, tentukan siapa target market, atau tumpuan pemasaran kita. Budak sekolah? Remaja yang baru habis belajar? Mereka yang baru kahwin? Mereka yang dah kahwin 5 tahun, 7 tahun, 20 tahun? Mereka yang dah tua renta?

Setiap target market ni memerlukan teknik dan strategi yang berbeza-beza.

Orang yang memberitahu kita “Anak baru dua, sibuk nak cakap tentang ilmu keibubapaan” adalah di luar skop kita. Jadi, kita abaikan saja.

Dalam langkah menjadi usahawan, kita perlu bersikap proaktif. Senang kata proaktif ni ialah meletakkan diri dan kepentingan kita di harapan, despite everything else. Kalau kita mengikut saja setiap tohmahan, kritikan, cercaan, itu adalah sifat reaktif, yang patut kita buang jauh-jauh dari dalam diri kita.

Usahawan berjaya mesti tahu apa yang dia nak dan ada target serta strategi jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Kalau kira, semua orang nak jadi usahawan memandangkan pulangan yang diperolehi adalah berlipat kali ganda dari makan gaji nih. Tapi tak semua orang sanggup hadapi perit getirnya, itu baru kena caci maki, belum lagi berdepan dengan macam-macam jenis rakan kongsi dan pelanggan. Belum lagi menghadapi kerugian, persaingan, penat tapi tak pulang modal, dan sebagainya.

Bercakap soal persaingan, saya percaya kita perlukan persaingan. Dengan persaingan, kita akan selalu cari jalan untuk menjadikan produk kita lebih bagus dan menonjol dari orang lain. Akan tetapi, persaingan hendaklah berlaku secara sihat dan adil, bukan sembelih leher orang lain, atau campak pasir dalam periuk orang lain. Tapi, inilah yang selalu berlaku. Banyak manusia yang jenis nak bolot seorang, kalau boleh biar dia seorang aje yang buat bisnis tersebut. Tak bolehla camtu bang,  patutnya kita improve apa yang ada pada diri kita, bukannya menutup punca pendapatan orang lain.

Menutup punca pendapatan ni bukannya kita pegi bakar kedai orang, tapi mungkin dengan menabur fitnah, menjaja cerita bukan-bukan, membuat onar yang melibatkan orang tersebut dan sebagainya.

Buang masa OK. Masa yang ada tu lebih baik digunakan untuk fikirkan strategi majukan lagi perniagaan untuk mengatasi pesaing-pesaing.

*Ramai FTWM yang nak jadi WAHM tapi ramai juga yang tak pasti caranya. Sudahnya ramai yang tinggal impian saja. Teruskan bersama My Super Kids untuk announcement classroom persediaan menjadi seorang WAHM daripada seorang FTWM, yang akan dipimpin oleh Puan Kay, juga seorang ex-FTWM yang sekarang fulltime WAHM. Tak teringin ke jadi WAHM yang drive BMW?

Err… agak2 ada orang minat tak?

*FTWM=full time working mum   WAHM=work at home mum

{ 8 comments… read them below or add one }

nuzula July 10, 2010 at 10:56 am

Kita belajar drp pengalaman n pembacaan.. Org yg sentiasa upgrade diri itu la yg akan berjaya. Yer betul tu, utk jadi usahawan bkn mudah (nama pun usahawan – kena usaha la!).. Hanya org yg benar2 sanggup hadapi dugaan n cabaran yg akan berjaya.

Psstt.. mmg nak sgt jadi WAHM yg berjaya (berjaya di sini dpt income di luar jangkaan.. huhu)..

p/s: Dlm bisnes, saya sgt percaya pd rezeki.. Kalau dah rezeki kita mmg tak ke mana dan kalau dah tertulis bkn rezeki kita nak buat mcmana… Ketulusan dan ketelusan itu yg penting!! hehe..
.-= nuzula´s last blog ..Beberapa sistem- kaedah untuk ajar anak membaca =-.

Reply

Mommy Lyna July 11, 2010 at 1:07 am

“…Barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah nescaya baginya jalan keluar. dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan tiap2 sesuatu..”
(At-Talaq:2-3)

Reply

Fid July 10, 2010 at 10:23 pm

saya tak suka kalau org asyik sebut BMW hahhaa
sbb kalau kita nak minta senang kita takleh minta nak kaya ada BMW kita minta nak secukupnya

saya memang nak jadi SAHM…jadi WAHM tu impian part time kakakakakkakakakakakaka

kalau ada BMW kira mewah ke?kalau Cash mewah la kan kalau hutang huhuhuhuhu

saya kalau melana punya kaya saya harap saya tak beli BMW kalau BMX ok la

hahahhahahahaha

Reply

Mommy Lyna July 11, 2010 at 1:16 am

tak salah kita minta jadi kaya, Rasulullah mengamalkan doa supaya dijauhkan dari kemiskinan. miskin lawannya kaya, kan? Rasulullah orang kaya, walaupun Baginda takde BMW tapi baginda ada unta yg gagah, pedang yang hebat, baju perang yang kukuh. Kalau miskin mana dapat benda2 tu, mahal tuu :D

Rasulullah juga pernah mendoakan Anas :YA Allah, tambahkanlah rezeki kepadanya dan anak keturunan, dan berkatilah atas apa yg ENgkau kurniakan padanya”

kita selalu cakap hidup sederhana… cukup2 sajalah, sebab kita reserve, tak berani nak jadi kaya. kalau orang Islam tak kaya, sampai bila kita nak tunggu orang ‘kaya’ je yg duk kasi derma semua. bila orang2 lain yg naik & maju, bukak kompeni, tak ambil orang Islam kerja, kalau ambil pun bagi gaji sikit, tak bagi pakai tudung, tak bagi solat, kita bengang. tapi kita tak ada pun mentaliti/semangat nak bukak kompeni kasik orang kerja senang2, pakai tudung, mudah beribadat… dan sebagainya.

Reply

mrsnik@meah July 10, 2010 at 11:57 pm

i’m totally agree with mommy lyna..aku ni setuju saje dgn mu, baekk jer kipas…kalu nak idup senang, usaha kena kuat, life has it ups n downs, so we need to prepare more, mcm saye, w’pon sgt hijau pasal it, tp sgup blajar dr bawah..now i have my own blog n i will create another blog tok my students n my x-students yg selalu minta i consult diorg about jobs n further study nyer oppoturnity, i dont want my blog to be just a life journey….btw nak tip dinner for family, 5mins jer siap, lagi laju dr mamak masak, believe me..hehe..mrsnik last blog Mrs.Nik

Reply

Mommy Lyna July 11, 2010 at 1:35 am

apa kata kita JV nak? hahaha, nampak aje peluang.

Reply

Asiah Abd Jalil July 11, 2010 at 9:14 am

“Anak baru dua orang, ada hati nak beri tips keibubapaan”

“Kahwin baru setahun jagung nak beri nasihat kepada orang yang lebih berpengalaman pula”

“Anak belum masuk 3 tahun tak payahlah nak berlagak macam anak dah lepas universiti”

Yang saya kena – “Baru 2, 3 tahun kat law school, belum pun jadi lawyer bertauliah, dah pandai-pandai nak bagi nasihat undang-undang!”

Orang yang anaknya baru 2 boleh beri tips keibubapaan lebih baik, dari orang yang anaknya sudah 10 dan semuanya dah besar-besar. Sebab yang anak 2 sedang membesarkan anak pada zaman sekarang, yang anak 10 telah membesarkan anak pada zaman terdahulu yang tentu sekali lain suasana dan caranya.

Orang yang baru kahwin setahun jagung boleh beri nasihat kepada orang yang lebih berpengalaman sebab yang baru kahwin masih menikmati alam hijau rumah tangga yang penuh dengan kasih sayang, saling memerlukan dan saling memahami, sedangkan yang dah lama kahwin dah semakin luntur dan jauh dari segala feelings masa baru-baru kahwin dulu, tu sebab asyik berantakan aje.

Orang yang anaknya baru masuk 3 tahun boleh beri nasihat yang lebih baik berbanding yang anaknya dah masuk universiti, sebab yang anak umur 3 tahun bercakap tentang harapan, cita-cita dan usaha ke arah itu, sedangkan yang anaknya dah masuk universiti, hanya bercakap tentang pengalaman masa lalu yang telah berjaya. Orang yang bercakap tentang masa depan dan orang yang bercakap tentang masa lalu, siapa yang lebih baik?

Orang yang sedang belajar boleh beri nasihat yang lebih baik dari orang yang tengah kerja, sebab hari-hari dia menghadap buku teks, hari-hari dia belajar sesuatu topic dengan detail, hari-hari dia berbincang dengan lecturers yang tarafnya professor, hari-hari dia kena study sebab test tak habis-habis.

Ramai yang tak tahu, bila kita sedang berada dalam dunia itu, kita tengah mengalami dan mengutip first hand experience yang masih fresh, contemporary, detail dan real. Actually kita boleh beri nasihat yang jauh lebih baik, realistic, down to earth dan kena pada sasaran.

Reply

Mommy Of Q's July 11, 2010 at 9:37 am

Weiii…ko perli aku ker Lyna ..? Aku bakar Wisma ko ngan Kay nanti tau ..! (alamak ..tak leh bakar, kang mana lak aku nak wat seminar ni kang ..hahahahahh) nanti aku pikirkan cara lain .. ahaks ..

Hhahaha.. ya lah Lyna, nak dok pikir org ngutuk2, keji-keji nih kan ..masalah kalau ko tak wat blog pun, dorang nak keji, nak ngutuk dorang wat gak .. sama jer .. baik ko wat jer apa ko nak wat ..bukan kita mintak makan kat dorang pun . huuhuuu.. tol tak? setakat nih, aku lum ah kena lagi kutuk sebab share tips keibubapaan (tips ker? cam membebel ntahahapa2ntah jer ..ahhahah) kat blog. Alhamdulillah, yg dapat respon semua positif, tru emel and sms plus komen kat blog… tuh yg sampai ke matlamatnya tuh…alhamdulillah ..:)

aku setuju ngan Asiah Abdul Jalil tuh, mmg betul apa dia cakap tuh ..kudos to u .. parents skang dah tak macam dulu dah .. :) kebanyakannya terbuka dan berdaya saing …in fact, daya saing tuh yg akan buat kita maju ke depan kan ..
.-= Mommy Of Q’s´s last blog ..Official Launch Of My 1st Mini Seminar - =-.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: