Yang Haram Itu Arak Atau Alkohol?

by Mommy Lyna on May 31, 2010 · 38 comments

“Ish, tak boleh makan lah kicap ni, ada 0.01% alkohol”

“Perfume ni ada alkohol, tak boleh bawa solat”

“Beer halal tanpa alkohol untuk Muslim”

Hari ni benda ni memang dah jadi kekeliruan yang sangat besar. Arak yang haram, atau alkohol yang haram?

Apakah arak? Definisi arak ialah, minuman yang memabukkan.

Apakah pula alkohol? Definisi alkohol dari segi kimia ialah, sebatian dalam kumpulam hidrokarbon yang mengandungi elemen OH (1 atom oksigen + 1 atom hidrogen -hidroksida).

Apa pula kaitan arak dengan alkohol?

Secara umumnya, arak dihasilkan dengan cara penapaian bahan2 yang digunakan untuk menbuat arak seperti anggur, tapai, kurma, dan sebagainya, hingga menghasilkan sebatian etanol (sejenis alkohol) yang boleh memabukkan.

Sebaliknya, alkohol juga boleh dihasilkan dari proses sintesis petroleum.

Alkohol secara umumnya boleh dikenali dari namanya yang mempunyai hujung –ol seperti etanol, butanol, metanol, sorbitol, propanol dan sebagainya.

Alkohol adalah bahan yang mempunyai banyak kegunaan, contohnya dalam industri kecantikan digunakan dalam minyak wangi, barangan kosmetik; dalam industri makanan sebagai pelarut, pewarna, pemanis, etc; dan macam2 lagi.

Alkohol yang diguanakan dalam bahan2 yang tersebut di atas (selain arak) sudah pasti2 dihasilkan secara sintetik yakni dari sumber petroleum. Dan alkohol di dalam arak sudah pasti2 dihasilkan dari hasil penapaian bahan2 pembuat arak dengan yis yang menjadikan ia minuman yang memabukkan.

To make it simpler, saya cuba buat rajah seperti di bawah:-

Anggur + yis —- (proses penapaian) —-> arak beralkohol yang memabukkan

Hidrokarbon (petroleum ) —- (proses sintesis) —-> alkohol yang digunakan dalam industri

Sama kah alkohol dalam kedua2 proses di atas? Jawapannya TIDAK.

Yang diharamkan oleh Islam ialah ARAK (dan sebarang bahan yang memabukkan), bukan alkohol. Namun memang benar, alkohol (etanol) yang terdapat didalam arak itu memberi kesan mabuk kepada peminumnya. Akan tetapi, yang disebut dalam al-Quran dan al-Hadis ialah KHAMAR, yang bila kita terjemahkan ialahARAK, bukan alkohol, meskipun dalam Bahasa Inggeris ia disebut sebagai alcoholic drink.

Yang diharamkan itu ialah bila kita minum dan kita mabuk. Alkohol dalam minyak wangi kita minumkah? Kita mabukkah? So what’s wrong with minyak wangi beralkohol? Pernahkan ada orang minum minyak wangi sebab nak mabuk2?

Menurut jumhur ulamak, yang najis itu adalah arak, makan alkohol (etanol) yang terkandung dalam arak itu adalah najis juga. Yang utama di situ ialah arak, bukan alkoholnya. Jadi, logik ke kalau kita de-alcoholic atau non-alcoholic arak tu lalu menjadikan ia halal? Ianya tak ubah macam menyembelih babi lalu menjadikannya sebagai BABI HALAL.

Sebagai Muslim zaman moden, kita banyak terkeliru dengan fakta2 dalam agama sendiri. Wujudnya pendapat2 bukan2 dari pemikiran yang ikut logik akal. Islam yang diturunkan sebagai ad-deen (cara hidup/lifestyle) sekarang ni cuma digunakan dalam upacara2 agama semata2. Buktinya hanya segelintir saja di kalangan kita yang benar2 mengaplikasi cara hidup Islam dalam kehidupan. Belajar dan mengingati fakta serta amali Islam masa periksa kat sekolah :D

Kadang2 bila bercakap tentang cara hidup ISlam ni boleh jadi bahan lawak sesetengah orang. “Tak payah naik kereta, naiklah unta”. Islam adalah agama yang waqieah (up to date) dan ia tidaklah begitu kuno sekali. Zaman dulu memangla tak bole nak buat apa, teknologi belum sampai. Kalau ambil tamadun mana2 pun di awal kebangkitan takdenya terus ada kilang2 sebelum revolusi industri. Bukan susah pun hidup cara Islam, cuma ikut apa al-Quran dan Sunnah dah gariskan. Setel.

Masalahnya sebab kita baca Quran time2 tertentu je dan tak baca terjemahan/belajar tafsir. Sunnah pun tahu 2-3 kerat, antaranya sunnah bernikah dan poligami (ini memang takde siapa tak tahu kot, LOL).

Kita ni jadi mangsa peniaga je tahu.

Arak tetap arak (khamar) dan haram tu tetap haram, walaupun diambil dalam kuantiti sedikit.

Kalau nak sangat beer halal, pegi je A&W, order Root Beer.

root beer

Saya ada soalan untuk anda. Alkohol (arak) yang dibuat dari proses penapaian ragi yang bertindak pada unsur karbohidrat pada buah anggur misalnya, adalah haram. Namun, ragi ini juga digunakan untuk menapai pulut dan ubi kayu menjadi tapai pulut dan tapai ubi. Adakah anda pasti tapai pulut dah tapai ubi itu halal? Tindakbalasnya sama, dan mestilah hasilnya pun sama. Anda boleh GOOGLE untuk mendapatkan jawapannya.

Rumit kan permasalahan macam ni? :) Saya bukan nak mengelirukan sebaliknya cuba membuka minda kita.

{ 38 comments… read them below or add one }

ApasH May 31, 2010 at 8:45 am

Dulu masa kecik2 sebelum belajar kimia ni mmg ingat minyak wangi ada alcohol x boleh bawak solat. Tapi bila dah mengenal dan belajar tentang kimia..terbuka minda ni. Lagi2 selepas bekerja di sektor oleochemical. Lagi banyak yang saya belajar.

Saya pon pernah buat ulasan lebih kurang mcm Lyna..tapi xde le sebaik tulisan Lyna kan. Anyway sharing is caring.

http://cherishlovetogether.blogspot.com/2010/01/e-codes-for-pig-fat-ulasan-version-puan.htm

Reply

Mommy Lyna May 31, 2010 at 2:34 pm

aha betol. kecik2 dulu salu dengar orang tak solat sebab pakai perfume. &%&*%^. sampai masuk sekolah baru ustazah cakap alkohol dalam perfume tu bukan alkohol yg sama dalam arak so tak ada masalah, ia bukan najis.

Reply

Jiji May 31, 2010 at 8:54 am

hehehe nabi tak ajar doa naik unta, nabi ajar doa naik kenderaan. Org otak sendat je argue islam lapuk etc etc kan kan.

Reply

Mommy Lyna May 31, 2010 at 2:35 pm

hahaha

tu la kecik2 dulu tak belajar betul2 Sirah Nabawiyah
masa ustaz ajar dia gi toilet kot
ataupun ustaz cakap Arab dia xpaham :P

Reply

me_czar May 31, 2010 at 9:02 am

Thanks, sebab kongsi ilmu ni.

Soalan tu tak dapat nak jawabla. Kena buat research dulu ni. Hehe.. Tapi setuju dengan statement ML yang ni

“Masalahnya sebab kita baca Quran time2 tertentu je dan tak baca terjemahan/belajar tafsir.”

Sekarang ni macam tu la kan, baca AQ sedap berlagu-lagu. Tapi adakah kita faham apa yang dibaca? Memang betul, kena baca sekali terjemahan di samping baca AQ. Baca AQ yang sebenar tu kan bukannya setakat baca dengan tajwid dan taranumnya, tapi kena baca dengan proses akal. Dengar/baca, teliti, fikir & ubah sikap.
.-= me_czar´s last blog .."Anak saya (2 tahun) sihat walaupun merokok 40 batang sehari" =-.

Reply

Mommy Lyna May 31, 2010 at 2:36 pm

most of the time kita takut nak baca terjemahan/tafsir sebab ada pemikiran ‘takut terpesong’.

kalau takut terpesong tanya la ustaz, tak gitu? hehehe.

Reply

MadamKerch May 31, 2010 at 9:08 am

Great topic untuk hari isnin..
Tapai tentulah tidak haram kerana ia tidak memabukkan namun sekiranya diminum sehingga mendatangkan mabuk maka jatuhlah hukum haram tu…
:P

Reply

Mommy Lyna May 31, 2010 at 2:41 pm

Madam,

Bagaimana dengan Sabda Rasulullah SAW yg berbunyi “Apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga adalah haram”.

Reply

MadamKerch May 31, 2010 at 5:07 pm

i do add somemore at here..(just my 2sen)

Tapai beras dan ubi dikategorikan sebagai makanan bukan minuman.

Ada juga hadis nabi yang berbunyi begini
“Pasti akan berlaku di kalangan manusia-manusia dari umatku, meneguk (minum/hisap/sedut/suntik) arak kemudian mereka menamakannya dengan nama yang lain”. H/R Ahmad dan Abu Daud

Walau bagaimana pun, sebagai umat islam jangan sesekali merasakan ini berat kerana islam itu mudah. :P

Saya juga suka tapai ubi dan pulut jika ia manis (ditapai kurang 3 hari) tetapi jika lebih….huish…masam.. :P

Reply

Mommy Lyna May 31, 2010 at 7:31 pm

Confse di atas itu madam menyebut tapai diminum. Adakah ia tapai ubi atau air tapai apa? Rupanya kok tapai ubi hehe.

Reply

farah May 31, 2010 at 9:56 am

ok kejap nak tanye…jadi minyak wangi ada alkohol boleh bawak sembahyang tak?
.-= farah´s last blog ..Diari rempit # 1 =-.

Reply

Mommy Lyna May 31, 2010 at 2:41 pm

bole :)

Reply

masalifah May 31, 2010 at 9:03 pm

secara asasnya, nak buat minyak wangi kena ada alkohol. macam yang cikgu kimia ajar dulu:

Asid + alkohol –> minyak wangi

:)
.-= masalifah´s last blog ..Kayanya Si Pengemis Pasar Malam =-.

Reply

Fid May 31, 2010 at 11:57 am

GOOD ARTIKEL
.-= Fid´s last blog ..Mencuba resepi Bubur Puan Ajui =-.

Reply

Mommy Lyna May 31, 2010 at 2:42 pm

thanks :D

Reply

hazmona May 31, 2010 at 1:12 pm

xharam sebab xmemabukkan… wpon dr proses yg same.. huhu

ahhhh sodapnye tapai2 itu… =p

farah, mnyk wangi yg beralkohol boleh bwk solat.. tp sure ke xde lard element? sbb mnyk wangi beralkohol salunye ade lard nk bg bau tahan lame..saluuuuunye la…
.-= hazmona´s last blog ..juara af8 and nanti mesti jd duta jugak….. =-.

Reply

Mommy Lyna May 31, 2010 at 2:42 pm

ya itulah yang kita cari!

Reply

m-i-o May 31, 2010 at 1:45 pm

setuju dengan madamkerch di atas.

tapai tak haram, tp klo diminum utk memabukkan diri maka jatuh haram. klo ikutkan, tuak pun melalui proses penapaian beras yang sama, tp sebab memang klo minum bleh mabuk maka haramlah jadinya.

sy jarang pakai perfume, pakai deodorant aje sebab takut ketiak berbau – kahkahkah! paling2 pun sapu bedak sikit kat leher aje. jadi, tak ambil pot sangat orang cerita pasal minyak wangi ada alkohol ni :P
.-= m-i-o´s last blog ..Give and take =-.

Reply

Mommy Lyna May 31, 2010 at 2:44 pm

Cik MIO,

seperti juga soalan kepada Madam Kerch di atas, sabda Nabi SAW “Apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga adalah haram”. Jadi apakah maksud kalian, tapai bila makan banyak2 boleh manjadi mabuk seperti arak?

saya suka tapai, mabuk tak penah tapi berak2 ada la hehe.

Reply

Liyana May 31, 2010 at 2:19 pm

tapai ada sehingga 7% alkohol, takde mabuk pun.
sama seperti air tuak (kalau gi jalan kot pantai timur), I bet alcohol level dia lagi tinggi, dan mmg akan sampai satu tahap, mmg org tak buat minum, tp diteruskan lagi penapaiannya menjadi cuka, bleh guna utk masak pulak.

dan betul, orang Islam yang asik keliru dengan hal ehwal agama sendiri, pastu asik diketawakan orang, sedih..
.-= Liyana´s last blog ..Hujan =-.

Reply

Mommy Lyna May 31, 2010 at 2:48 pm

Cik Liyana,

saya rasa air tuak di pandai timur bukan air tuak mabuk2 seperti di Sabah Sarawak. tuak pantai timur dihasilkan dari sejenis ‘anggota’ pokok kelapa (apa namanya saya lupa). my grandfather adalah penghasil tuak & ia tidak melalui sebarang proses penapaian :)

tuak di belah Malaysia Timur memang sejenis arak & kita haram untuk meminumnya.

Reply

Liyana May 31, 2010 at 2:55 pm

org2 kampung saya selalu buat tuak dari pokok kelapa (ambil dr tandan yg dipotong), atau dari pokok nira, pastu dia akan “basi” sampai satu tahap, akan rasa pahit, kalau pahit org tak bg minum, akan mabuk skit (macam mabuk kalau makan pinang tak betul bahan haha). kalau dah pahit teruskan simpan, dia akan ubah jadi cuka. org panggil cuka nira (kalau dr nira), atau cuka tebu (kalau dr tebu).

tp saya pernah minum tuak kat pantai timur, mmg ada penin skit, tp org lain minum okay ja, haha..tuak malaysia timur konfirm haram. tp itu la yg di beri oleh tuai rumah bila siapa pertama kali jejak kaki ke rumah panjangnya, kalau tolak akan bermaksud kita hina adat dia. haha. macam mana nak buat? adik lelaki saya kata: kalau nak lawat rumah panjang, kena pergi dgn sapa2 yg boleh minum tuak, so org tu akan minum tuak on behalf kita, kalau tak tuai rumah akan offended. hehe
.-= Liyana´s last blog ..Hujan =-.

Reply

Mommy Lyna May 31, 2010 at 3:14 pm

hah sama la tu hahahaha

kalo tuak basi maybe bole jd sampai camtu, sbb nasi basi pun menghasilkan alkohol. tak caya cuba makan nasi basi, kalo tak pening sure cirit birit hehehe.

tp kat umah tok saya tak sempat basi, sampai2 je terus bedal.

pengalaman suami di Sarawak, skg diorang dah aware, kalau Muslim diorang akan kasi air masak je. tp ada juga yg kasi tuak betul.

Reply

Mommy Lyna May 31, 2010 at 3:15 pm

susah la nama sama ni kan, keliru je hehe

Reply

Liz May 31, 2010 at 4:30 pm

mmg ada org Islam yg ambil mudah tentang mkn minum nie.

sy pernah tegur seorang famous blogger. terang2 dia ckp dia guna bahan yg tidak boleh digunakan oleh orang Islam dlm masakannya (ni bab alkohol arak).

dia boleh terasa and ckp yg as long as x memabukkan, tidak salah guna dlm masakan.

sikit atau byk, tetap haram kan? arak itu haram. adakah ia akan jd halal kalau kita minum dlm kuantiti yg sedikit dan tidak memabukkan kita langsung? for me, sikit tetap haram.

byk je boleh substitute. tp nak jugak guna yg haram.

Reply

Tuty June 1, 2010 at 1:40 am

Tapai kalau dah terlebih peram akan masam dan memudaratkan. Saya rasa kat situ komposisi alkohol dah berubah dan kalau minum air tapai tu kalau x salah boleh mabuk. Kalau salah tlg betulkn.

Reply

kakLuna June 1, 2010 at 4:01 pm

eh cam instinct lak! akak baru nak komen kat satu blog tu beli minyak wangi tapi dia lupa nak tgk alkohol ada ke tak. dlm perjalanan mencari dalil naqli nya yg haram itu Arak,bkn alkohol, terbaca lak entry alom..ya mmg alkohol dlm minyak wangi tu tak haram,tak perlu risau,pun kan?

Reply

sya June 1, 2010 at 11:20 pm

salam,
hehehe…
inilah yang jenuh saya nak terangkan kat budak2 bila masuk topik alkohol ni.. sebab, diorang selalu confuse dengan minuman beralkohol tu… bila masuk bab ni, mula lah kena buat dua tugas dalam satu masa, satu jadi cikgu sains, satu lagi jadi ustazah… :P
.-= sya´s last blog ..sekusut meja ku… =-.

Reply

irfan aziz June 10, 2010 at 12:42 am

kesimpulannya,arak walaupun sikit haram……cuci tingkap kedai arak pn haram…..keja kt hotel angkat arak walaupun x kena kulit kita pn haram…..

Reply

Ajang September 4, 2010 at 9:30 am

So, bagaimana dengan pekerja islam di 7eleven yg sememangnya ada menjual minuman tidak halal.. Adakah mereka dikira bersubahat dan bagaimana dengan hukumnya?

Reply

mrRemz November 3, 2010 at 10:17 pm

Tapai adalah tidak haram. Ttg walaupun sikit tetap haram tu, masih diluar daripada konsep tapai. Sebabnya ia tidak disebut sbg ARAK. Walaupun ia salah satu bahan yang boleh menghasilkan arak, tetapi tapai hanya benda utk menghasilkan dan bukannya ARAK yg dah siap. Kerana hanya ARAK yang memabukkan bukannya tapai.

Reply

rasyd February 13, 2011 at 7:10 am

salam.cara terbaik sebenarnya adalah merujuk kepada Al Quran dan hadith.

kebanyakan org cakap dalam AlQuran takde tulis Alcohol tapi arak yang haram.tak perlulah kita nk pening2 fikirkan,nabi dah bgtau 1400 tahun dulu.

‎”Semua yang memabukkan adalah KHAMAR, dan semua KHAMAR adalah HARAM” (HR Imam Muslim)

Jadi Alkohol kalau consume akan menyebabkan mabuk,jadi alkohol itu adalah khmar(arak).Jadi alkohol itu haram untuk di consume.senang x?

skrg kita tau alkohol itu memabukkan.benar kan?Tak kiralah kita consume sket ke,byk ke,tapi yg pasti bila kita consume alkohol akan mabuk kan?jadi jgn lah pening2 kona sana sini nk bezakan alkohol dgn arak yg sama2 memabukkan.

‎”Apa yang banyaknya MEMABUKKAN, maka sedikit daripadannya pun HARAM” (HR Ahmad , Abu daud dan Tardmidzi)

jadi skrg ni kita dh boleh buat keputusan dari 2 hadith ni saja.Alkohol kalau consume sikit tak mabuk,tapi consume banyak,insyaAllah mabuk.Nabi dh bgtau benda2 yang memabukkan kalau consume banyak,sedikit pn tetap HARAM!!!

Kesimpulannya mudah jgk.jgn pening2;

1.arak haram kerana dalamnya ada ethanol(alkohol) yg menjadi penyebab mabuk sekiranya consume banyak.

2.tapai ada ethanol 6-10% mengikut research ahli kimia.itu bukan point.point mudah,ada ethanol.hence,haram dimakan.tak perlu la pusing2 kan :)

Reply

Mommy Lyna February 13, 2011 at 10:57 am

Salam saudara

TQ atas pandangan yg diberi

Bagaimana pula dgn sugar alcohol yg wujud secara semulajadi dalam buah, sayur, tebu… seperti sorbitol, xylatol…

Dan sugar alcohol yg digunakam sbg pemanis alternatif utk pesakit kencing manis?

Reply

cobin takayajaz June 16, 2011 at 11:08 am

saudara rasyd, saya rasa anda yang merumitkan dan memeningkan kepala. tahukah kenapa islam dikatakan agama yang mudah?

kerana kita cuma perlu ikut apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang..

yang dilarang minum adalah arak, bukan alkohol. so, just jauhkan la dari meminum arak. simple.

kalao arak tu takde alkohol sekalipun, ia adalah arak. katalah, teknologi semakin berkembang dan suatu masa nanti alkohol tidak perlu lagi untuk mencipta minuman yang mengkhayalkan, so tetibalah suma arak kat dunia ni jd halal?

dey, ko suh tgk al-quran, ada alquran cakap jgn minum minuman beralkohol? mahai la u ni, arak is arak, alkohol just 1 sebatian dalam arak tu..

Reply

rozan July 18, 2011 at 9:55 am

mcm mana plak makanan seperti sushi king yg sesetengah makananye dicampur dgn 0.01% alkohol?

Reply

mejah February 1, 2012 at 4:17 pm

….. ALKOHOL ke ARAK?

so.. if ARAK.. HARAM.. (terang dan jelas, walau setitik pown)
but.. if ALKOHOL .. x salah pown..

but, better elak benda2 shubhah ni..

Reply

mejah February 1, 2012 at 4:14 pm

love your blog. nice entri. masyarakat Mesia ni mmg kebanyakkan terima je apa yg ade kat internet. Telan bulat2. X suka investigate dulu seswatu perkara.

btw, im writing an entry for my blog regarding the topic. Tgh buat research skrg, and your entri bnyk membantu.

keep on spreading the truth and knowledge !

totallymejah

Reply

mejah February 2, 2012 at 10:44 am

did my part:
http://totallymejah.blogspot.com/2012/02/cerita-coca-cola-alkohol-arak-typical.html

plz jenguk2 !! U are one amazing mother !!

keep on spreading the truth and knowledge !

totallymejah

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: