Tips Hilangkan Penat Cara Rasulullah

by Mommy Lyna on February 21, 2012 · 5 comments

Suami saya selalu tanya “You tak penat ke?” maklumlah, kami sama2 bekerja.. balik rumah saya yang masuk dapur, kemas2 sikit, siapkan anak2, etc. Beliau pula tidur lebih awal dari saya dan bangun lebih lambat dari saya…

Perkara utama yang membantu saya berani nyatakan – supplement. Pengambilan supplement yang konsisten alhamdulillah, membantu sel2 badan saya untuk bekerja dengan lancar. Bila proses dalaman kita lancar, terserlah di luar. Tak ada lah penat sangat.. Maklumlah, walaupun makan makanan seimbang, selain dari nutrition depletion dari makanan itu sendiri, kesan2 dari alam sekitar juga menyumbang kepada ketidakstabilan nutrisi dalam tubuh. Radikal bebas! Ya, kajian sains moden menunjukkan kebanyakan masalah kesihatan termasuk penuaan berpunca dari radikal bebas.

OK, itu satu. Itu untuk physical fitness. Hidup kita ni berasaskan wasatiah, iaitu keseimbangan. Dalam mana2 bangsa pun ada konsep wasatiah ni. Misalnya konsep yang dan ying. Jika makanan fizikal kita dah beri, makanan roh jangan diabaikan. Amalan rohani tentunya makanan roh yang utama. Bila roh kita sihat, maka fikiran pun lebih tenang.

Salah satu cara untuk mengenyangkan roh dan mengatasi kepenatan adalah petua yang diajarkan oleh Rasulllah SAW kepada puterinya, Fatimah.

Tatkala Fatimah mengadu kepada suaminya, betapa penatnya membuat segala kerja rumah. Saidina Ali menyarankan Fatimah berjumpa bapanya, Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu.

Namun, Rasulullah tidak memberikan sebarang pembantu, sebaliknya sekalung zikir yang dipanggil ‘Zikir Fatimah’, khas untuk anaknya yang kepenatan menguruskan keluarga.

tasbih, Subhanallah 33 kali
tahmid, Alhamdulillah 33 kali
takbir, Allahu akbar 33 kali

Rasulullah SAW menyuruh Fatimah mengamalkannya setiap kali merebahkan diri untuk tidur. Sabda Baginda bahawa itu jauh lebih baik dari seorang khadam.

Maka untuk ibu-ibu yang sering kepenatan di rumah (dan bapa2 juga!), selain dari menjaga hal2 fizikal (ini utama juga ya!), amalkanlah zikir Fatimah setiap malam sebelum tidur. Semoga esok pagi bangun dalam keadaan ceria dan gembira!

^___^

{ 5 comments… read them below or add one }

lydzar February 21, 2012 at 4:27 pm

setuju! tp selalunya saya baca zikir ni masa tengah buat keje2 kt rumah tu. hati ni tak la melencong pada ..”kenapa saya sorang kena buat keje ni, kenapa dia boleh tengok tv”

sgt berkesan. keje siap, pahala dapat, badan pun tak fokus sgt pada rasa penat!!
lydzar´s menulis tentang ..HM HM dan HMMy Profile

Reply

Jue February 21, 2012 at 7:12 pm

Alhamdulillah, saya amalkan sejak sekolah lagi..my mom always remind me berzikir dulu b4 tido..And, mmg btol badan rase ringan je and tido pon lena eventho sekejap.. :-)
Jue´s menulis tentang ..Holiday Inn Resort, Batu Feringghi ReviewMy Profile

Reply

madam nori December 28, 2012 at 12:08 am

yes its right! walau pun saya dah usia 50 and ada seorng cucu i”m like superwoman. percaya tak i baru pindah rumah tapi i sorang angkut barang guna keretA u ! tapi barANG yg boleh muat la! yg besar angkut lori la.kemas dua buah rumah dalam 1 masa buka dalm aja luar laman pendek kata semua kerja i buat. anak dah kawin dan beljar di u. i dok dengan suami aja .dia tak AMbil tAU pun semua i uruskan. macam tak percaya , tertNYa jugak mana la aku dapat tenaga macam ada khadam! memang betul banyak kan baca al quran berzikir buat sunat banyak banyak terbukti hebat! badan tK SAKIT tapi letih tu BIasa la. makan supplement vit B COMPLEKS.ANDA AMAL ANDA DAPAT

Reply

nurzhafarina othman April 11, 2014 at 7:19 pm

Assalamualaikum

Supplement apa yang Puan ambik ye?

Reply

Mommy Lyna April 12, 2014 at 2:36 pm

Waalaikumussalam dear

Saya mengamalkan suplement Shaklee. Alhamdulllah
Mommy Lyna´s menulis tentang ..Pengalaman Mengembara dengan Motorhome di AustraliaMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: