Sakit Sebagai Kifarah Dosa

by Mommy Lyna on October 26, 2010 · 5 comments

Malam tadi saya tertidur awal, kepenatan barangkali. Bangun pula terlewat. Pagi2 dah rasa tak sedap badan, tapi pergi juga ke pejabat, dengan tanggapan perasaan biasa, morning sickness. Lagipun saya ada 2 mesyuarat yang perlu dihadiri.

Dalam mesyuarat jabatan, saya tak dapat bertahan lama, akhirnya ke klinik dan mendapat cuti sakit. Dalam keadaan begitu memandu pulang ke rumah, tawakal saja tidak ada apa2 berlaku.

Di rumah saya terus baring dan tidur. Bangun solat pada jam 2.30 petang, pun masih terasa. Cuba tidur lagi tapi harus keluar untuk menjemput suami dan anak2. Gagahkan juga memandu, sengaja memilih jalan bertol kerana kenderaan pasti tidak banyak.

Saya rasa kandungan ini paling banyak saya mengambil cuti sakit. Walaupun morning sickness tidak keterlaluan, tapi sekali kena ‘attack’, tak terbangun dibuatnya. Makan minum memang tak berselera, kalau ada pun, sekejap nanti keluar semula.

Bila sakit ni, umpama satu peringatan, peringatan yg walau sesakit mana pun kita, pasti boleh sembuh dengan izin-Nya, jadi kalau masa sebelum sakit, dan masa sakit rasa banyak berdosa, masih berpeluang bertaubat dan menjauhinya.

Tapi ada satu penyakit yang tiada ubat. Sebelum datangnya sakit itu, ubatilah hati dan amalan dengan sebaik2nya. Itulah sakit yang namanya MATI.

{ 5 comments… read them below or add one }

totyati October 26, 2010 at 9:24 pm

betul tu mummy, sakit tu kifarah dosa -_-”
totyati´s menulis tentang ..SUNGGUH TAK KU SANGKA part 2My Profile

Reply

el October 27, 2010 at 12:36 am

Take care along.

Reply

Nadiah Sidek October 27, 2010 at 2:23 am

moga cepat sembuh..
Nadiah Sidek´s menulis tentang ..Watermark baruMy Profile

Reply

Cinta Super October 27, 2010 at 7:49 am

selalunya, saya akan teringat betapa nikmatnya sihat kalau tengah sakit. tapi masa tengah sihat, ha. lupe segala sakit. moga banyak bersabar. kalau terfikirkan pahala mengandung, mmg lupa segala sakit. kan?
Cinta Super´s menulis tentang ..Perasmian BlogMy Profile

Reply

akak su October 27, 2010 at 8:27 am

anak2 akak pun dok demam la ni, si adik tu dari hari sabtu lagi, sikakak, baru hari ni mula demam. semuanya ujian utk akak

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: