Resepi Buka Puasa : Butir Nangka

by Mommy Lyna on August 19, 2010 · 6 comments

Butir nangka adalah makanan tradisional Kelantan yang terdiri daripada kuih yang berbentuk seperti biji nangka di dalam kuah pengat. Ia memang sedap :)

Sejak masuk bulan Ramadhan, saya memasak sendiri kuih muih untuk berbuka (kecuali jika berbuka di rumah mentua). Alhamdulillah kehamilan kali ni agak ‘sporting’, tiada alahan kecuali lesu dan penat sajalah. Anak girl kah? :)

Tempoh hari rasa teringin nak makan butir nangka. Walaupun berkira2 juga… daun pandan tak ada (untuk pewarna), lepas tu rajin ke nak menguli :P tapi jadi juga akhirnya.

Bahan-bahan untuk membuat butir nangka:

- tepung beras pulut (glutinous rice) – sukatan ikut berapa orang nak makan. kalau 2 orang agak2 2 cawan dah cukup.
- sedikit tepung gandum – dalam 3-4 sudu.
- daun pandan sebagai pewarna (kalau takde pun tak apa, nak bagi cantik je) dan pewangi
- santan kelapa.
- gula melaka atau manisan kerek.
- gula.
- air.

Cara-cara membuat butir nangka:

1. Daun pandan ditumbuk kemudian dicampur sedikit air dan ditapis.
2. Tepung pulut dan tepung gandum dicampur, kemudian masukkan air pandan sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli dan dibentuk-bentuk. Sementara itu panaskan air dalam separuh periuk.

butir nangka

Tak hijau sebab tak ada pandan

3. Bentukkan tepung yang dah menjadi doh bujur2 sebesar ibu jari.

Tak konsisten besar-kecik sebab nak kejar masa :)

4. Bila air dalam periuk dah menggelegak, masukkan biji nangka yang sudah digentel ke dalamnya.


5. Tunggu hingga butir nangka itu timbul ke permukaan, menandakan dah masak.

Cara-cara membuat kuah butir nangka.

1. Panaskan santan kelapa bersama manisan kerek/gula melaka dan gula di dalam periuk. Kuah agak2 cukup dengan jumlah orang yang nak makan.
2. Kacau sehingga menggelegak dan masukkan daun pandan untuk mewangikan.

Siap dah bole campur butir nangka tadi tu dengan kuahnya.

Sedapnya…

Senang je nak membuatya, uli pun bukan beriya macam nak buat roti. Asalkan menjadi doh yang mudah digentel saja.

Saya rasa resepi ni simple je cuma renyah sikitlah sebab kena pakai dua periuk.

Selamat mencuba!

{ 6 comments… read them below or add one }

transformed housewife August 19, 2010 at 3:47 pm

thn ni knur tok buat lg kuih sendiri sbb MIL yg selalu masok. Jd, tolong2 dio jah la. Caro nok wat butir nako tu lebih kure jugok mace nok wat Puteri Mandi atau pun buah melaka (knur panggil buoh kekoh cha) hehehe.
.-= transformed housewife´s last blog ..A short report for today =-.

Reply

salzahari August 19, 2010 at 4:35 pm

oo..ni dia butir nangka! i ingat biji nangka betul….

Reply

Dayat August 19, 2010 at 5:54 pm

dah meleleh teruk dah air liur ni
.-= Dayat´s last blog ..Info Mengenai Widget Web Counter =-.

Reply

cikbelog August 19, 2010 at 6:46 pm

tak penah buat pun butir nangka, selalu beli sajork..memang sodapp..tapi kalau buat sendiri, lagi sodap kan ? :)

Reply

masalifah August 19, 2010 at 9:13 pm

saya suka manisan “kerek”..hehe
.-= masalifah´s last blog ..Bosan dengan kerja Ambil iktibar dari rama-rama =-.

Reply

dakpink February 2, 2012 at 9:41 am

Kalau kami kat melaka ada gak makanan camni tapi panggil puteri mandi. butir tu kami buat bulat2. Kuahnya tu pula sama tapi kami tambah kelapa parut.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: