,

Rahsia Anak Bijak dan Pintar

admin Avatar

tabatabai_dr1

sumber : www.eslam.de

Comel kan? Kanak-kanak di atas tu ialah seorang budak (sekarang dah besar) dari Iran, namanya Dr. Sayyid Muhammad Husain Tabataba’i, yang hafal 30 juzuk al-Quran dengan makna sekali dan pandai menggunakannya dalam percakapan seharian… semasa umurnya 5 tahun! Bukan tu saja, dia ni tahu satu2 ayat tu terletak kat mukasurat mana, baris mana… Masya-Allah.

Malah gelaran Doktor diperolehi masa umur 7 tahun dari Universiti Islam Hijjaz, selepas melepasi ujian yang bersabit dengan al-Quran.

Bila dah glamour, beliau dijemput untuk talk dan interview di serata Iran dan yang menariknya, jawapan2 yang diberikan kepada soalan2 ialah.. dipetik dari ayat2 Quran.

Hebat kan?

Adakah memang budak ni lahir2 terus jadi genius macam tu? Tentulah tidak. Waqi’ (keadaan) keluarganya merangsang pertumbuhan beliau untuk menjadi pengamal al-Quran. Ibu dan ayahnya giat menghafal al-Quran semasa beliau masih dalam kandungan. Kemudian amalan2 hafiz ini terus diamalkan dalam keluarga mereka, hinggalah anaknya terikut2 apa yang dibuat oleh ibu bapanya. Seperti kata orang, budak2 ni macam sponge, maka tak hairanlah kalau dalam usia budak2 macam tu dia dah boleh hafal seluruh al-Quran.

Bila dikatakan anaknya itu istimewa, ayah kepada Sayyid Husain berkata, setiap anak boleh dididik menjadi sedemikian, dengan syarat ibu dan bapanya mestilah bermula dahulu. Iya lah, Sayyid Husain ni sejak belum lahir dah dengar al-Quran, lahir2 dengan al-Quran aje. Kita? Kalau nak compare tu mungkin tak dapat nak bandingkan.

Boleh kah anak-anak kita jadi macam gitu?

Setiap anak tu ada rezeki dan bahagiannya masing2, tapi tak ada siapa tahu takdir sesiapa. Sebagai ibu bapa, adalah tugas kita untuk mengasah anak-anak kita, dan sentiasa mendorong mereka untuk menjadi yang terbaik. Memang tak salah langsung untuk mengimpikan anak yang bijak dan pintar, kerana Islam pun suka dengan umatnya yang bijak dan pintar.

Bagaimana nak mendidik seorang anak menjadi bijak dan pintar?

admin Avatar

11 responses to “Rahsia Anak Bijak dan Pintar”

  1. eT Avatar

    setuju2…nk anak2 jd yg terbaik…kite pon kn berubah jugak…
    .-= eT´s last blog ..mengutuk pompuan =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      betul3x
      anak2 adalah cermin ibubapa 🙂

  2. eliss Avatar

    part kita yang nak mulakan tu yang paling susah kan..alahai…
    .-= eliss´s last blog ..Berbuka dengan pizza, agak-agak kenyang tak ? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      susah2 dahulu senang2 kemudian

      ewahhh

  3. rizza Avatar
    rizza

    masih belum terlambat utk menjadikkan anak2 yg begitu bagus…insya’allah

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      never too late, cayalah!

  4. Asiah Abd Jalil Avatar

    Orang zaman sekarang, nak kejar anak pandai membaca at 3, fasih Bahasa Inggeris macam omputeh by 4, at 5 dah start hantar kelas tarian dan lakonan, by 6 dah pandai main piano, umur 9 tahun dah wakili sekolah dalam macam-macam…

    Tapi bab mengaji Al-Qur’an, bab solat, bab tutup aurat, alah… nanti-nantilah!

  5. adianiez AIDA Avatar

    setuju. kita perlu didik anak. diri kita perlulah adakan environment berbau pendidikan. baru ia dpt diserap oleh anak dgn cara natural. daripada nak paksa2 dia, takkan menjadi.

    aida sedang didik anak2 cara sederhana. setakat mana kemampuan dia pd umur 5 & 3 tahun tu. alhamdullillah mereka dpt serap semua setakat ni. campur aduk, lyna… membaca, mengira, mengaji… sikit sikit. insya’Allah…

  6. aidie Avatar

    insyaAllah we are all super mommy..we can do it kann?
    .-= aidie´s last blog ..Horaaay No exam! =-.

  7. emi Avatar
    emi

    Salam .. ade terbaca tak dlm paper metro.. untuk berita details klik link ni http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pendidikanbermuladarirumah/Article/index_html … ibu kanak2 ni pn hebat gak.. insyallah kite sama2 mendidik anak2 mengenal PENCIPTA. amin

  8. Myliferia Avatar

    Semua mak bapak memang nak anak bijak, pintar, genius😊

Leave a Reply to Mommy Lyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge