Perlukah Anak Kita Minum Susu Selepas Putus Susu Ibu?

by Mommy Lyna on January 14, 2011 · 10 comments

Banyak perbincangan tentang perkara ini – susu selepas usia 2 tahun, atau selepas putus susu ibu. Perlukah seorang anak tu minum susu lagi?

Sesetengah pihak berpendapat tak perlu lagi nak minum susu, kerana khasiat susu (mostly mentioned calcium) boleh diperolehi dari sumber kalsium yang lain.

Saya agak against dengan pendapat ini. Kenapa?

1. Susu bukan calang-calang minuman. Ia ada disebut dalam al-Quran.

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya” (an-Nahl:66)

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya; Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu” (al-Mu’minuun:21)

2. Susu adalah minuman kegemaran Rasulullah SAW (susu kambing)

Dalam peristiwa israk Mikraj, Rasulullah dihidangkan 3 benda; arak, madu dan susu kambing. Baginda memilih susu kambing dan meminumnya.

3.  Susu sangat banyak khasiatnya (bukan setakat kalsium aje). Rasulullah menerangkan bahawa susu boleh menguatkan akal, menajamkan akal, menguatkan badan dan membaiki pengelihatan.

Dan ada satu perkara lagi yang saya baru jumpa, semasa mengulangkaji bab sinaps yang saya belajar dalam Seminar Early Childhood Education di Genius Baby on Board minggu lepas.

Susu penting untuk menjadi bijak!

Susu (tak kira susu ibu, susu lembu, susu kambing) mengandungi sejenis asid lemak yang dinamakan Gangliosida. Gangliosida ni penting untuk otak. Ia membantu otak untuk menyambungkan sel-selnya. Umpama fungsi pensel nak sambungan titik-titik pada lukisan dot-dot tu…

Semakin banyak sel-sel otak bersambung, semakin cepat pembelajaran berlaku ;)

Itulah hikmahnya bayi disarankan diberi minum susu badan sehingga usianya sekurang-kurang 2 tahun. Semasa usia ini, sel-sel otak giat berkembang. Sel otak berkembang dengan pesat di awal usia (0-3 tahun). Jadi tugas ibu bapa ialah menyambungkan sel-sel yang dah terbina tu. Itulah antaranya dengan memberi nutrisi terbaik untuk otak, yakni Gangliosida.

Jadi anak kita memang perlu minum susu. Selain susu penting untuk perkembangan otak mereka (biasa kan orang kata susu ni untuk tulang dan gigi aje), ia juga sebagai penggalak kepada mereka menggemari minuman sunnah.

Al-Quran menyuruh ibu menyusukan anaknya sehingga umur 2 tahun, dan al-Quran juga suruh minum susu dari binatang (lembu, kambing, unta) iaitu selepas usia itulah. Jadi dalam menggalakkan penyusuan ibu perlu jelas, usia 0-2 tahun -> minum susu ibu; usia 2-XXX tahun -> minum susu haiwan ternakan. Susu yang segar tenyata lebih berkhasiat dari susu tepung (susu formula). Jadi cuba dapatkan susu lembu/kambing/unta/etc segar untuk anak-anak.

Tiada kompromi untuk tidak minum susu ibu semasa usia di bawah 2 tahun. Nabi SAW sendiri mempunyai ibu susuan. Sekarang ni ada satu jaringan komuniti yang menggalakkan ‘pendermaan susu’ kepada bayi-bayi yang memerlukan. Ia adalah Eats on Feets.

eat on feet

Eats of Feets (EOF) adalah pertubuhan global yang menyokong usaha ini. Jadi, jika sesiapa nak cari ibu susuan, atau menjadi ibu susuan, boleh lah ke Fan Pafe EOF di FaceBook (klik sini) dan LIKE page tersebut. Apabila ada pengumuman terbaru, anda akan terima tentangnya di Wall anda.

Galakkan anak-anak menyukai susu, sekurang-kurangnya mengikut salah satu langkah sunnah. Untuk bayi, usahakan untuk memberinya susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang paling sesuai buat mereka.

Bagaimana dengan susu soya? Pastikan ia adalah soya non-GMO (genetically modified organism).

Oh, haruslah saya pastikan stok susu sentiasa ada di rumah, saya pun nak jadi pandai juga!

{ 9 comments… read them below or add one }

azrina January 14, 2011 at 8:55 am

Thanks Along sebab sebarkan benda ini. Kita terlalu mengikut Barat hingga kita lupa dalam Al-Quran dah lengkap. Kita lupa pada amalan dan sunnah Rasullah saw. Memang saya pun menentang kita stop pemberian susu lepas 2 tahun (formula/fresh milk itu terserah pd ibubapa) dan bila jumpa entri yang ajakannya agak ‘lembut’ untuk teruskan minum susu baru saya clear. Selama ni kita bertelagah sesama sndiri tapi skrg ada bukti..jadi saya nak cilok boleh hehehe. Penting ini!
azrina´s menulis tentang ..Tahnik Dan PenyusuanMy Profile

Reply

Mommy Lyna January 14, 2011 at 12:59 pm

maybe too much on breastfeeding til forget about kebaikan susu secara umumnya? hehe. kalo anak tak suka susu then maybe good findign other alternative.
Mommy Lyna´s menulis tentang ..Set Breastfeeding Shaklee Untuk Tambah Susu dan TenagaMy Profile

Reply

wawa January 14, 2011 at 9:18 am

Rasulullah memang sukakan susu, dan susu pun banyak disebut dalam Al-Quran, ada sungai susu dan macam-macam lagi.

Pada pendapat akak kan lyna, memang sesuai la sangat kalau diteruskan penyusuan susu tak kiralah susu apa pun selepas 2 tahun. Lagipun kan susu tu kan sumber kalsium yang baik untuk pembentukan tulang dan juga gigi.

Ada juga yang kata susu boleh menajamkan otak, mengurangkan penyakit lupa dan macam-macam lagi. Yang penting apapun kita buat biar bersederhana.

Janganla sampai pergi minum susu sebaldi setiap hari. Mandi susu tak apa. :) )

yang tak setujunya bila ada sesetengah pihak bersungguh nak meLAKUkan produk dengan mengatakan itu dan ini, pelik-pelik bunyinya. Aduh. Itu yang susah tu.’

Yang terbaik adalah susu kambing dan susu lembu. Kalau susu cap junjung ke susu cap teko tu tak boleh bagi anak-anak minum ya. Manis sungguh. karang penyakit lain pulak datang.

Huhu.
wawa´s menulis tentang ..Great News! Antenatal Breastfeeding Class In MelakaMy Profile

Reply

Mommy Lyna January 14, 2011 at 1:02 pm

hmm gud point sis

satu cabaran buat penggiat susu ibu & susu asli (kambing/lembu non-formulated). but its not samting yg kita tak boleh buat ape kan. little little later become hills. hwa hwa hwa.
Mommy Lyna´s menulis tentang ..Jangan Buang Masa Bina Laman Web- Web Jualan- BlogMy Profile

Reply

mynie January 14, 2011 at 2:33 pm

susu pekat manis (or rather, krimer) cap macam-macam tu bukanlah ‘susu’ sangat, lebih kepada minyak kelapa sawit dan gula! berapa sangatlah kandungan susu dalam tu agaknya…
mynie´s menulis tentang ..Alahai- kakMy Profile

Reply

mommynadia January 14, 2011 at 11:05 am

pening memikirkan anakanda yg taknak stop bf even dah 27months..
skrang ni tgh 6mnths preggy and I can feel my breast start to engorged!!
How I wish I can stop for awhile and continue back after delivery …waaaaaa ;(
mommynadia´s menulis tentang ..2011 challenge!My Profile

Reply

zeta January 14, 2011 at 11:07 am

Terima sbb share tentang perkara ni..Menambahkan pengetahuan sy..dan sy pon sependapat dgn awak..thanks again..

Reply

mommy icha January 25, 2011 at 11:20 am

mak kata : minum susu jadi pandai
suami kata : minum susu supaya jadi gebu
kawan2 kata : minum susu kulit jadi putih

hehe. apapun kita memang kena ajar anak sukakan susu sebab ia memang baik untuk kesihatan.

Reply

ummufarhan June 13, 2011 at 12:34 pm

Salam, terima kasih tentang perkongsian ini. Saya juga bersetuju. Selepas putus susu ibu, anak2 kadang2 makannya tak menentu, kalau saya sendiri nak menentukan makanan mana yg mengandungi kalsium mungkin tak mustahil, namun tak semestinya anak akan suka maknan tersebut, lebih2 lagi anak saya makan memilih. jika anak minum susu secara konsisten 600ml sehari (mengikut cadangan pakar pemakanan yg saya tahu), tidaklah kita ibu risau tentang keperluan kalsium anak. Saya mohon share artikel ini ya sis. Terima kasih.
ummufarhan´s menulis tentang ..Belenggu dosaMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: