Perkembangan Anak-Anak Saya Di Usia 27 & 13 Bulan

by Mommy Lyna on January 8, 2010 · 28 comments

Dah lama tak bercerita tentang anak-anak. Entahlah kan, mungkin banyak sangat benda yang-aku-rasa-lebih-berfaedah untuk ditulis hahaha. Oh, header blog ini juga sudah bertukar. Thanks to Cik Puan Jua, banyak kali beliau terpaksa tukar sana sini dan melayan karenah makcik-tak-puas-hati ini :D

Bercakap soal anak-anak. Ntahlah kenapa rasa macam over acting pulak bila tengok diorang ni. Mungkin sebab saya dah lama tak buat apa-apa dengan mereka. Buat apa-apa?

Hafiy, 27 bulan.

  • Sewaktu saya menaip entry ni (OK jam 1.30 pagi) beliau sedang ‘bercakap-cakap’ di telefon dengan ntah sapo. Dia memang suka action borak2 telefon tapi kalau betul2 ada orang call nak cakap dengan dia.. takde nya dia nak cakap apa2. Paling tak pun senyum2 je.
  • Mula menyebut “Mommy” dengan penuh sejak 2 hari yang lalu. Biasa dia sebut “Mi” aje.
  • Boleh diharap kemas mainan walaupun kena cakap “Tak kemas nanti Mommy bagi Adiklah”. Tapi now dah pandai jawab “Bagilah Adik” Amboi.
  • Baru pandai counting. Tu pun cuma jari2 dia. Objek lain still tak ikut sequence.
  • Kenal kereta dari logonya. Perodua=car Abiy, Honda=car TokMa, Ferrari=feyyi. (Ferrari kau anakku!)
  • Suka tibai Adik especially kalau adik buat benda tak betul, i.e. jatuhkan barang.
  • Favourite : cerita kartun yang ada keretapi kat PHDC. (Bukan Thomas tapi yang satu lagi, Chuggatown ke apentah) & DVD Baby Einstein. Tapi dia bukan concentrate pun dengan BE, kalau YBCR tu dia follow. Maybe sebab dari kecik duk tengok benda2 camtu :)
  • Dah boleh ‘agak’ beberapa perkataan simple macam ‘CAT’, ‘FAT’. Saya kenalkan dia dengan whole word dari kecik dan lately start dengan phonic. (Sebenarnya saya kesal sangat sebab dia dah boleh buat benda tu masa umur 19 bulan lagi  tapi saya ter-henti-kan segala aktiviti kerana sebab2 tertentu). Now kadang dia boleh follow phonic  sikit2 walaupun merapu. “Meh.. Ooh… Uhh…” Takpela kecik lagi.. just for intro je.
  • Baru mula balik dengan Arabic alphabet. Kesian Hafiy.

Fahry, 13 bulan

  • Kaki palsu dah 3 minggu patah. Apakah? Sekarang tengah repair kat lab di Singapura.
  • First word =”Car”.
  • Suka sangat dengan Abiy.
  • Selalu gigit Mommy. Sakit tau!
  • Tak suka bila duk dalam kereta. Especially kalo boh dalam carseat memang haru. Dia siap boleh unbuckle dan lompat keluar.
  • Sangat-sangat aktif. Suka panjat sana sini walaupun dengan sebelah kaki. Dah panjat tangga sampai ke atas. Panjat meja, rak, almari tu biasa dah lah.
  • Minum susu di taska ikut mood. Teacher kata “Fahry ni suka ikut style dia, tak suka ikut jadual. Time minum susu, taknak minum. Time buat benda lain, nak minum”.
  • Ada hari2 tak suka EBM. Dicampak-campak botolnya.
  • Peramah, dan pemarah jugak.

Mujur saja masih belum pandai minta apa2 bila masuk kedai mainan. Saya rasa ni hasil didikan kami juga (Bangga diri hmmffkkhhh~~). Kami selalu bawa budak2 ke Toy’s'R’Us, Toys World dan segala macam kedai mainan tapi kami tak penah belikan mainan. Cuma tunjuk2 “Ni kereta, ni pistol, ni bola, ni lego..” lepas tu keluar. Selamat duit saya… Cuma yang ‘sadis’ sikit bila masuk kedai buku, ada aje la buku yang dia nak. Dahtu siap pegang kemas2 sampai nak bayar pun kena scan barcode dari tangan dia.

Bukan saya tak bagi anak2 saya bermain, in fact memang hari2 keje diorang main ajelah. Cuma konsep saya ‘Variety, not Quantity’. Ini sebab berfaktorkan ekonomi jugak. Kalau pendapatan saya puluh2 ribu sebulan mungkin saya tak kisah. Dan ruang, sebab kami tinggal dalam keluarga besar, so ruang pun terhad.

Sekarang kami dah tak ada maid. Teruk jugak rasanya, rumah macam tongkang pecah. Semua kerja kena dibuat tak boleh tangguh2,  kalau tak akan menimbun, terutama kain yang baru diangkat dari jemuran. Saya harap saya ada 30 jam dalam sehari. Kadang2 ada aje yang miss tak terbuat sebab tengok2 dah pukul 2 pagi dah. Biasanya bab budak2 lah yang terpaksa sacrifice.

Tapi nak menyedapkan hati, saya rasa OK je sebab anak-anak saya dihantar ke taska yang guna teknik Glenn Doman. So takpelah kalau malam2 kita melepak bersama-sama sebab siang dah penat ‘belajar’ :D Saya bukan kiasu, tapi alangkah menariknya kalau aktiviti anak2 tu saya boleh rancang dan isikan dengan benda yang seronok. Saya rasa jealous bila orang lain boleh beraktiviti best2 dengan anak2 tapi saya mengejar dan dikejar masa setiap hari.

Saya rasa.. cepatnya anak2 saya besar. Tak terkejar rasanya perkembangan diorang. Saya harap saya diberi masa yang cukup untuk mendidik dan mengasuh diorang dan melihat mereka dewasa dan berjaya.

mATH

{ 28 comments… read them below or add one }

Mama-Miya January 8, 2010 at 8:44 am

syukur sgt bila dpt tgk anak grow older with many2 cutesy development.
.-= Mama-Miya´s last blog ..Breastmilk vs Formula Milk =-.

Reply

Mommy Lyna January 8, 2010 at 3:27 pm

yezza,

rasa taknak dia besar2 bole tak?

Reply

salzahari January 8, 2010 at 9:08 am

cute je Fahry..for Hafiy,perkara ke3 adalah sama dgn Aliah.ahahha! tp dia kena ugut bagi jiran sebelah…ahahha.belum ada adik kan?!! emm, sama lah Lyna…mine,lg laah. kdg2 je sempat betul2 ‘belajar’ dgn dia! yg lain tu dpt observe je dia main-belajar sendiri/ dgn papa dia. so SKT tahun ni adalah utk peruntukkan 2 jam sekurangnya setiap minggu utk pembelajaran yg ‘formal’ (skrg cuba buat 20-30min. a day,tp normally fails atau masa tido dia akan lajak lak sbb dia dah excited).

Reply

Mommy Lyna January 8, 2010 at 3:27 pm

takpe, tak payah lama2. 5-10 minit sehari pun dah cukup. yg penting konsisten. :)

Reply

ayuarjuna January 8, 2010 at 11:00 am

lyna…beruntung anak u dapat ibu macam u…still rasa hendak menjadi lebih baik dan terbaik…walaupun hakikatnya bagi I, u memang antara ibu yang hebat…
.-= ayuarjuna´s last blog ..Full Review-Nuffnang Friso Gold Family Day Out on 2nd January 2010 =-.

Reply

Mommy Lyna January 8, 2010 at 3:26 pm

oh tidak… baik tarik balik kata2 itu sebelum u menyesal muahahaha

Reply

Masayu January 8, 2010 at 11:06 am

Lyna

saya yang dok rumah ni pn tak cukup masa 24 jam, apatah lagi Lyn yang kerja n tak da maid,
.-= Masayu´s last blog ..Buku Inspirasi Contest 2010 =-.

Reply

Mommy Lyna January 8, 2010 at 3:24 pm

WAHM lagi busy kot, mentally & phisically challenging :D

Reply

eyriqazz January 8, 2010 at 11:14 am

Anak saya baru 6 bulan…Seronok tengok anak-anak membesarkan?
.-= eyriqazz´s last blog ..Nuffnang Friso Gold Family Day Out =-.

Reply

Mommy Lyna January 8, 2010 at 3:22 pm

nantikan saat paling manis itu! :)

Reply

yatie January 8, 2010 at 11:33 am

dulu masa baru-baru masa takde maid haru jugak esp tang kain baju… so we divide the job. but now dah tak kerja…. i buat semua. the only thing yang bagus baju semua gantung tak payah lipat.
but still rasa tak cukup masa for everything….

Reply

Mommy Lyna January 8, 2010 at 3:20 pm

masa mmg tak penah cukup
tapi nanti anak2 dah besar, kita pun takde keje baru la rasa sangap pulak takde benda nak dibuat

kan?kan?

Reply

kakyong January 8, 2010 at 12:07 pm

ohhh.. lyna dah mula kerja ya…
hmm, kakyong yg fulltime di rumah ni pun x sempat nak buat byk perkara.. kdg2 tpaksa biarkan rumah cam tongkah pecah semata2 nak layan 3 anak2 ni.. just make sure bersih dr sampah & habuk.. tp menan anak2 merata2 tu, memang xleh nak dielakkan.

fikri pun suka cubit2 anis kalo anis salah sebut nama binatang.. kakyong la ni biasakan anak2 tgk National Goegrafic tv1 setiap 7 malam.. at least time maghrib tu, depa lepak lah depan tv jap.. aliya jer yg suka rengek2 nak kaco ibu ayah solat..
aliya pun dah suka panjat2.. tak menang tgn..

memang besar cabarannya membesar & mdidik anak2 ni.. tu lah kakyong x rela nak kerja selain dr kerja dr rumah.. tu pun masih terkial2 juga..
.-= kakyong´s last blog ..18 years old with 20 years experience.. ;) =-.

Reply

Mommy Lyna January 8, 2010 at 3:14 pm

kalau dah jadi mak ni, mak jenis apa pun sama je

masa jd SAHM dulu pun tak sempat itu ini, dah keje pun sama

hehehe

jadi ibu tu mmg dah kerja.. sebab tu ibu kena lalui LABOUR process hahaha.

Reply

cutiecaliph January 8, 2010 at 12:44 pm

you are a super mommy, seriously mommy lynna..

best kan ikuti perkembangan milestones anak-anak:)

I cadangkan u make a rough plan of what u wanna do with the kids at night..just a broad aims for the week..so at least we will try to do something with them:) and not necessary “school-like-task” :) and not necessary every night..maybe two nights per week with activity is enough i reckon.. just a suggestion:D
.-= cutiecaliph´s last blog ..Early childhood stimulation =-.

Reply

Mommy Lyna January 8, 2010 at 3:12 pm

TQ cutie,

been practising it (schdule) for quite some time actually, I think I better share about it isn’t it?

btw TQ so much!

Reply

lin January 8, 2010 at 2:24 pm

kita punye situasi lebih kurang sama.lately, anak sya balik rumah je dia akan start tidur lepas maghrib sampai esok pagi.esok pn cmtu jugak..lusa pn cmtu gak.agaknya sbb spanjang ari dia kat taska dia lbh byk main..so bila mlm tu penat.so,mmg tak de quality time with me and sara..huhu

Reply

Mommy Lyna January 8, 2010 at 3:13 pm

bestnya anak tido awal2, boleh buat kerja lepas tu. mine tido palign awal jam 11mlm. kalo tak jam 3pagi. eheh

Reply

yatie chomeyl January 8, 2010 at 2:31 pm

teknik Glenn Doman tu genamo rimau lyna?

Reply

Mommy Lyna January 8, 2010 at 3:12 pm

oh nanti ai cerita

Reply

ummu_abdullah January 8, 2010 at 3:42 pm

mantapnye… nnt akak citer skali ye camne diorang ngajar anak akak guna teknik tu…

Saya teori tahu je la… apply sket2 pada anak2… nak tahu betul2 diorang wat camne… dalam youtube n brillkids slalu gak jenguk bab GD ni… tapi nak tahu gak pengalaman ibu yang anaknya mengikuti kaedah GD ni!!!

Reply

Mommy Lyna January 9, 2010 at 7:18 am

akak rasa sama je kalau tahu teori tuh :)

Reply

farah January 8, 2010 at 5:20 pm

saya pon nak tau jugak teknik Glen tu hehe..

bes dapat jumpa u n family hari tu..gamba2 dah upload tau!
.-= farah´s last blog ..Tips untuk membuat party yang simple di rumah yg sempit jadi meriah! =-.

Reply

Mommy Lyna January 9, 2010 at 7:18 am

dah tengok dah gamboo heheh cuma tak kodnap je lagi :P

Reply

mama emma® January 9, 2010 at 5:10 am

akak xmo tensionkan diri akak dgn mengajar ryan ‘ikut buku’. just go with d flow,pbelajaran tanpa sedar.. huhu
.-= mama emma®´s last blog ..-NUFFNANG MAMA- =-.

Reply

Mommy Lyna January 9, 2010 at 7:17 am

ya betul tu tak boleh tension. ajarla cmana pun asalkan both happy. takde maknanya ikut apa macma kaedah tapi dua2 stress dua2 tensen nanti menda lain yg jadik huhuhu.

Reply

z@m January 9, 2010 at 10:37 am

Lyna,

Kan ke every 2 weeks dia belaja ikut theme kan? Amik pinjam bwk balik utk scan/photocopy. Pastu dlm 2 weeks tu try buat activity yg dalam theme tu. Kalau berckp pun, try guna as much as those yg ada dlm theme tu.

Dalam theme tu, ada visitation column tau. If kat school, katanya derg cuma tunjuk video/gmbr. But us, we try to bring zara to those suggested places utk educate dia and let her tgk the real things yg dia belajar kat school tu. Cth, masa dia gi aquaria 1st time, dia dah kenal dah starfish, etc etc.

But again, ini cara kami to catch up. Just to share…
.-= z@m´s last blog ..Towards a Better Life =-.

Reply

hanim January 29, 2010 at 9:34 pm

salam…
bila tgk gambar si kecil tu hanim rasa pernah tgk kalu tak silaplah anak Mommy Lyna hantar kat taska raniya kat lorong bukit keramat 3 ke?

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: