,

Menyusu di Awal Kelahiran : Bila Patut Mula Susukan Bayi?

admin Avatar

Bilakah seorang ibu sepatutnya menyusukan bayi?

Berikut adalah antara keluhan2 sesetengah ibu dalam bab menyusukan di awal kelahiran.

KES 1 : “Saya tak dapat menyusukan anak kerana selepas bersalin anak saya dibawa ke nursery/NICU/wad bayi. Hanya 5 jam selepas itu baru saya dapat bertemu anak saya. Itupun dia dah taknak menyusu sebab dah diberi FM

KES 2: “Saya hanya dapat susukan anak selepas 3 hari kerana susu tak ada pada hari pertama hingga ke-3…”

Pertama sekali, disarankan bayi yang baru lahir disusukan dalam jam pertama. Lagi bagus 30 minit pertama. Maknanya kat dalam labor room boleh mula menyusukan bayi dah.

Tapi sekiranya anda tergolongan dalam KES 1, tak perlu risau dan anda bukan gagal kalau tak dapat melakukannya. Selagi anda menyusukan bayi anda, tak kira lah 30 jam selepas itu pun, anda adalah seorang ibu yang BERJAYA MENYUSUKAN. Saya sendiri hanya menyusukan anak pertama saya selepas 8 jam dilahirkan. Alhamdulillah proses penyusuannya tidak memerlukan bantuan susu formula. Anak kedua saya hanya berpeluang menyusukannya sebulan lebih selepas dia dilahirkan. Namun ia bukan alasan untuk tidak memberinya susu ibu dari tubuh saya sendiri… saya mengepam saban hari untuk Fahry yang masa tu berada dalam inkubator.

Untuk KES 2, memang ramai yang saya jumpa mengalami perkara macam ni. Malah ada ibu yang cuba menghasilkan susu sejak dari kehamilan, dan sanggup cuba macam2 cara… Percaya atau tidak (bagi ibu-ibu ini), saya tidak pernah menghasilkan susu di sepanjang kehamilan. Selepas melahirkan anak pertama, kilang susu saya mulai penuh pada hari ke-4, tidak pernah merasa penuh semasa anak kedua dan penuh pada hari ke-3 untuk anak ketiga. Namun, dalam hari2 terawal tubuh kita tetap menghasilkan sesuatu yang dinamakan kolostrum. Ia amat sedikit, pekat dan tidak mengalir. Inilah cecair emas yang amat bernilai buat bayi kita – kolostrum.

Kolostrum terhasil secara ideal selepas bayi dilahirkan, bagi memenuhi keperluan bayi. Walaupun ada ibu yang menghasilkan kolostrum lebih awal, namun yang terhasil selepas kelahiran bayi adalah yang terbaik untuknya. Jadi usah lepaskan peluang sekali seumur hidup anak2 kita menikmati kolostrum ini.

Susukanlah bayi seawal mungkin, berikan stimulasi makanan pertamanya dari tubuh kita sendiri, bukan puting botol. Bincang dengan doktor yang kita nak susukan bayi dengan susu ibu. Lebih utama, pilihlah untuk bersalin di hospital rakan bayi. Galilah ilmu penyusuan serta sokongan dalam penyusuan sebelum bayi dilahirkan. Labur sedikit untuk membeli bahan bacaan berkaitan penyusuan susu ibu dan kelas2 penyusuan bagi melengkapkan tujuan ini.

Alhamdulillah, hasrat saya untuk menyusukan bayi saya dalam 30 minit pertama tercapai apabila Danny al-Firas dilahirkan. Selepas 2 kali pengalaman melahirkan, saya tidak dapat menyusukan dalam minit2 terawal, Dany memberi saya pengalaman ini. Paling indah kerana tika itu dia masih belum dibersihkan lagi. Dalam keadaan yang baru keluar dari rahim saya, Dany tercari2 sumber makanannya… ternyata bayi memang bijak, diberi hidayah oleh Allah dalam memilih makanan pertamanya. Walaupun tidak dibimbing dan dilatih, dia tidak menuju ke anggota ibunya yang lain, melainkan yang satu itu…

danny al firas

admin Avatar

19 responses to “Menyusu di Awal Kelahiran : Bila Patut Mula Susukan Bayi?”

  1. rai Avatar

    masa anak pertama saya tak dapat nak susukan sebaik dia lahir sbb saya pitam kena ubat bius waktu bersalin (czer), bila anak no 2, lepas je bersalin (siap jahit – normal) terus misi bagi saya susukan anak dan minum air milo suam.sedappp.. hehe..

  2. naimulfirdaus Avatar

    er, tiba-tiba rasa lapar dan dahaga..

  3. halen Avatar

    bestnya tgk mommy lyna menyusukan baby seawal bersalin. teringin nk rasa lg pengalaman menyusu ni utk kali kedua tp smp sekarang takde rezeki lg. anak pertama sy berjaya susukan sehingga umur dia 3 thn lebih.. 🙂

  4. Nur Avatar

    jappppp..akak da confuse. danny al firas ke al farisi ni?apa pun mmg sedap namanya!akak pun dulu nk gak buat nama al ni tp sbb belah hubby da ada keturunan alkhaireed (hubby keturunan syed) so terbantutlaaa…

    congrates lg sekali lyna!

    1. sue Avatar

      owwhhh.. saya pon konpius. Tapi saya vote al-firas..! Hehee..

  5. MamaIman Avatar

    Macam kes 1 tu biasanya hospital bukan rakan bayi. Ketika melahirkan anak kedua, saya dah pesan siap2 kat hospital yg sy nk roam in dgn anak. tak nak anak sy dok kat nursery. So, alhamdulillah, hajat sy dipenuhi. Ada juga nurse yg dtg nk amik anak sebab sian tgk sy tak tido mlm layan anak yg dok nangis je. tp, sy kata takpe bia dia nangis asalkan sy ada.

  6. rose Avatar

    tahniah lyna..baru tahu ni lyna dahbersalin..ehehe
    tahniah again..:-)

  7. m is for munira Avatar

    salam lyna,
    congrate on ur newborn!sedap nama!
    eh prince court rakan bayi ye?
    tend to go sana la plak…hehehehehe
    ada suggestion utk doc?

  8. deeja Avatar

    subhanallah… best nya… lagi satu, baby baru lahir trus pi ‘sumber makanan’ dia, sbb ‘sumber makanan’ tu bau nya sangat sama dgn bau amniotic fluid masa baby dok dlm perut. maka baby pun sgt prone utk ke tempat yg dia rasa familiar n secure.. ini yg sy belajar dlm klas hypnobirth la.. rasa nk beranak lagi pulak~~ hehehe

  9. fid Avatar

    hehehe
    itulah sebabnya kita kena alert..pilih hospital yang BFHI…hospital yang mesra penyusuan susu ibu…

    selarang ni BFHI mengamalkan…skin to skin contact sejak awal awal baby keluar berlumuran darah lagi…mmmm…target nak cuba nanti…

  10. salzahari Avatar
    salzahari

    masa i gi kursus LC, doc. situ citer pernah dak terfikir kenapa aerola dizahirkan hitam oleh Allah? sbbnya inilah…sbb dlm saat2 awal kelahiran, bayi adalah rabun dan kwsn hitam itulah targetnya! Indah kan ciptaan Allah? kerana aerola yg hitam itu, tidak perlu dipandu bayi sudah tahu mencari sumber makanannya…

  11. kakyong Avatar

    tahniah lyna.. sangat manis saat itu.. walaupun hanya slepas 3 kelahiran baru melalui detik2 emas ni.. kakyong tak dpt lalui detik emas ni tapi Aliya masih BF sampai skrg… :p susah pulak nak wean off…
    Tahniah, semua anak2 lyna membesar dengan susu ibu.. 😉

  12. Sidratul Muntaha Avatar

    setot and dak ara aku mmg dpt susukan direct lepas beranak sebab dua – dua ceasarian..
    mmg ngam – ngam lepas bersih n jahitan sudah setel (dlm tempoh 1 – 2 jam),doktor terus bagi budak tu pada aku dan susukan.
    alhamdulillah..
    takde masalah byk even buat pertama kali susukan setot terutamanya..
    teringat kata2 doktor perempuan tu lepas operate:
    awak kena gagahkan jugak bagi even bius tak abis lagi ni…
    bonding dengan anak secukupnya,nnti tak kena kuning.
    alhamdulillah.

  13. NUR Avatar

    tahniah kerana dapat pengalaman berharga ini.. ye la.. Al Firas ke Al Farisi..?

    JOM KE: ALL IN ONE

  14. kinna Avatar

    saya berjaya bf anak kedua immediately pas bidan bersihkan sebab tak ambil epi/gas/pain killer..seronok sgt rasanya..lucky amani!

  15. tutyrahiza Avatar

    mommy lyna,

    baby sy sudah kua n alhamdulillah, wpun DEMC bukan hospital rakan bayi tp sy berjaya BF baby dalam masa 1/2 jam selepas baby lahir…

    tapi cabaran BF baru bermula n sgt memerlukan nekad yg kuat selain keinginan yg diucapkan di mulut sahja..

  16. Liyana G.Abdullah Avatar
    Liyana G.Abdullah

    Sy seorang ibu yg bekerja.Waktu siang sy menghantar anak ke taska tapi yang menjadi masalah ialah anak sy langsung tak menyusu botol.Walaupun susu dalam botol adalah susu ibu namun asal saja puting susu masuk dalam mulut, anak saya pasti menangis..Mcm mana nak biasakan dia minum pakai botol?kalau sy tak bekerja tidak menjadi mslh. Pernah satu hari dia langsung tak minum susu walaupun lapar sehinggalah sy dtg ke taska waktu tengah hari barulah dia menyusu (susu badan)…Apa masalah anak sy ye???

    1. salzahari Avatar
      salzahari

      Liyana..maaf kalau lmbt tlg jwb.
      anak awak tade masalah, cuma dia tak suka minum dari puting tiruan! jgn risau, cuba perlahan2..pakai picagari / syringe / cup pun tak apa! kena ajar laa babysitter dia..

      jgn risau, sbb dia masih boleh ganti keperluan susunya dgn menyusu lebih byk di mlm hari (reverse feeding)…jadi Liyana kena kuat dan tabah ye?!!

      Good Luck….

  17. Pablo Avatar

    Mike: I believe that a key to peace in Mindanao will be comemrce plain-vanilla business and inter-marriages. If head-of-household-A knows that the economics that determines his ability to feed his family depends on peaceful coexistence with head-of-household-B, the more likely tolerance among households, and even wishing the other well. And if one’s son has married into the other’s household, similary tolerance and friendship should blossom. The ugly thing (and Iraq demonstrates this likewise India/Pakistan/Bangladesh) is that some peoples will kill another because the other is not from one’s religion or tribe. So an answer to what you mention that a number from the MILF yearn for the BangsaMoro so much that holding back the progress of their own people is acceptable may as well be law-and-order hunt-and-neutralize operations. By all means, keep them away from their own society/families so that the brainwashing of the next generations can stop.

Leave a Reply to sue Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge