Maksud Riak Yang Orang Selalu Salah Faham

by Mommy Lyna on July 30, 2010 · 15 comments

Riak. Riak ikan dia air. Benda yang biasalah kita dengar hari2 kan. Apa maksud riak ni sebenarnya?

Maksud riak biasanya dikaitkan dengan perbuatan menunjuk2 di depan orang. Biasa kita dengar, atau kita sendiri kata benda macam ni:

“Aku bukan nak riak..”
“Takmau la buat ni, takut riak pulak”
“Tengok tu, menunjuk2. Riak!”

Riak dari segi bahasa maksudnya memperlihatkan, manakala dari segi istilah ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Riak ini adalah sesuatu yang bahaya, maksudnya amatlah kronik sehinggakan ia menjadi kebimbangan Rasulullah SAW, di dalam hadis yang marhumnya,

“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).

Syirik maknanya mensekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

Riak menjadi syirik kecil apabila kita menyekutukan Allah dengan makhluk-Nya, iaitu manusia lain.

Riak adalah sifat yang berlawanan dengan ikhlas. Bila ikhlas bermaksud kita melakukan sesuatu kerana Allah, maka riak bermaksud sebaliknya iaitu melakukan sesuatu bukan kerana-Nya.

Contoh perbuatan riak ialah:

1. Solat dengan begitu kusyuk sekali supaya orang yang melihat akan berasa “Wow, kusyuknya dia ni solat, mesti alim ni”
2. Bersedekah dengan banyak supaya orang kata “Wow, pemurahnya dia!”
3. Mengaji dengan suara merdu dan tajwid yang betul supaya orang kata “Wow, hebatnya dia mengaji!”

Amat sukar nak ikhlas kan?

Namun, terdapat beberapa perbuatan yang kita tak sedar, ia adalah riak sebenarnya. Contohnya…

1. Kita tidak mahu menderma di depan orang kerana TAKUT ORANG KATA kita nak menunjuk2.
2. Kita sering solat sunat (dhuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab TAKUT KAWAN KATA kita alim sangat.
3. Kita nak cerita kebaikan kita tapi ayatnya “AKU BUKAN NAK RIAK” supaya ORANG yang dengar INGAT yang kita ni memang baik.

Perbuatan di atas tu, boleh jadi tidak riak, bila kita ikhlas. Ikhlas adalah bila…

1. Kita tidak mahu menderma di depan orang kerana TAKUT ALLAH MARAH bila kita merasa ujub bila derma lebih dari orang lain.
2. Kita sering solat sunat (shuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab ALLAH KATA wajib muliakan tetamu, solat dhuha tu sunat je.
3. Kita cerita je lah dengan niat semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan yang mendengarnya. Baik ke buruk semua pembalasan dari Allah.

Riak ni sangat tersembunyi. Sebab ia kan satu spesis dengan ikhlas, cuma berlainan arah. Ikhlas adalah perbuatan yang sulit (waduh, kok cakap Indon) untuk dilihat dengan mata kasar, sukar untuk dikesan. Begitu juga dengan riak. Kerana ia melibatkan hati. Kita mana boleh nak tahu hati sesiapa, sedangkan Nabi pun tak tahu. Dalam hati sendiri pun sukar nak dikesan “Aku ni ikhlas ke riak?”

Riak juga boleh jadi bila kita melakukan ibadat kerana sesuatu, contohnya kerana nak lulus periksa, maka solatlah kita awal waktu, siap solat sunat, solat hajat, puasa bagai. Sekali periksa tak berapa nak lulus, terus bungkus semua tu. Siap marah2 Tuhan lagi “Aku semayang hajat semua pun Kau tak beri lulus? Ini tidak adil! Malas semayang!”.  Ataupun,periksa dah lulus, so buat apa nak lakukan semua tu lagi kan? Salah ni dik, amal ibadah kita kena ikhlas, bukan sebab nakkan sesuatu. Memangla kita kena ada extra effort kalau mahu something, tapi dia kena ada follow up. Kalau tak dapat, usaha lagi, atau bertaubat, mungkin kafarah dosa. Kalau dapat, bersyukur dan buat la jugak semoga nanti dapat lagi banyak.

Bagi orang kebanyakan seperti saya, riak ni kadangkala disalah faham dengan ujub. Maksud ujub ialah merasakan dirinya lebih dari orang lain. Lebih alim, lebih kaya, lebih pandai, lebih segala-mala la. Dia adik beradik dengan riak, tapi ujub tak semestinya riak, dan riak tak semestinya ujub. Tapi biasanya kalau dah ujub tu mestilah ada riak jugak. Kalau rasa diri alim, mesti la nak tunjuk kealiman kan. Orang mesti pandang aku… paling kuat ibadat, paling pandai mengaji, paling berilmu….

Satu lagi sifat yang ada kaitan dengan riak ialah sum’ah. Sum’ah ialah memperkatakan tentang amal baiknya. Berbeza dengan riak yang meperlihatkan, sum’ah ialah memperdengarkan.

Takbur pula ialah membesar-besarkan diri. Dia jelah yang hebat. Dia jelah yang best. Dia jelah yang ada blog. Eh?

Apa-apa pun semua sifat2 di atas mestilah diperangi, terutama sifat riak, kerana ia adalah sesuatu yang serious. Di akhirat kelak, Allah tidak sudi memandang ibadah mereka yang ada riak, sebaliknya disuruh minta pahala daripada orang-orang yang diriakkan tu. Alangkah ruginya kan? Susah payah solat, sekali Allah tak sudi terima T_T disebabkan kita solat tu sebab nak suruh orang tengok kita macam bagooos.

Susah nak buat kan? Ye lah bukannya kita nampak Allah, dan Dia tu takde nak bercakap2 dengan kita secara direct. Kalau manusia ni, kejap je dapat pujian “Wah baiknya budak ni!”, “Dia ni alim ni” dan kita pun tersenyum2 puas.

Riak adalah sejenis penyakit. Jadi adalah ubatnya.  APakah ubat riak?

  1. Melakukan sesuatu amal kebaikan kerana suruhan Allah. Bukan kerana pahala, atau pembalasan, atau nak periksa, atau pujian orang atau apa2. Dah Tuhan suruh tu buat aje lah.
  2. Selalu muhasabah diri.. adakah aku ikhlas? Atau nak tunjuk kat orang je?
  3. Selalu berdoa semoga Allah tetapkan iman dan jauhi dari sifat2 riak.
  4. Banyakkan ibadah sunat yang jauh dari pandangan orang.
  5. Sentiasa bertaubat, beristighfar dan menangisi dosa2.
  6. Tanamkan rasa cinta kepada Allah dan takut kepada azab seksa-Nya.

Hmm.. berhati2 lah bila kita nak cakap “Aku bukan nak riak” atau “Aku takut riak” adakah kita cakap tu atas dasar riak (sebab nak orang nampak kita baik), atau memang benar2 ikhlas kerana Allah Taala?

{ 15 comments… read them below or add one }

Sidaratul Munatah July 30, 2010 at 10:44 am

salam jumaat.
yg tersebut kat aatas,atas dan atas tu kita sume dah buat,masih buat pernah buat dan suke buat.
nauzubillah.
mintak – mintak bile usia makin byk ni sifat2 buruk tu dah terkikis atau dah terhapus.

p/s: isi kandungan tazkirah kat atas tu pernh dengar kat tazkirah pagi IKIM.
alhamdulillah..
.-= Sidaratul Munatah´s last blog ..The Kitchen Mechanic – Cheese Edition Is Now Open!! =-.

Reply

Mommy Lyna July 30, 2010 at 11:10 am

oh ye kah. saya tak ambil dari IKIM (tak dgr pun tazkirah pagi T_T), isi di atas adalah yg dibincangkan dalam usrah kami hehehe.

(kot2 la orang fikir ceduk isi orang pastu tak kasik kredit). :D

Reply

Lisa Hz July 30, 2010 at 10:50 am

good points to ponder.. thanx for sharing..
.-= Lisa Hz´s last blog ..I got FREE ottoman from Macy! =-.

Reply

Mommy Lyna July 30, 2010 at 11:11 am

sama-sama Liza

semoga sama2 dpt manfaat terutama tukang tulisnya T_T

Reply

Along July 30, 2010 at 11:12 am

Sungguh mendalam tajuk tazkirah hari ini. Tapi berjaya membuatkan saya memikir..selama ni, amalan saya ni pun ikhlas ke tidak. Ye la, sebagai Muslim, kita sentiasa mengharapkan keredhaan Allah. Lepas ni takyah pikir la…nak buat baik, buat je..takyah pikir orang lain nak kata apa, takyah pikir Allah nak balas ke tidak. Do it because it’s the right thing to do.
.-= Along´s last blog ..Something To Get To Know You Better By =-.

Reply

Mommy Lyna July 30, 2010 at 12:16 pm

Salam mujahadah along.

Susahnyaaa kan nak tetapkan hati. Mungkin senang bila kia jadikan ia satu obsesi. Macam hobi, kita sanggup abiskan beribu2 even if takde return, just becausw we re happy doing it.

Reply

fid July 30, 2010 at 11:35 am

entah entah u tulis untuk IKIM
hahha

opssss

ye la riak wajahnyaaa…
apakah

Reply

Mommy Lyna July 30, 2010 at 12:23 pm

Org IKIM tu cedok dr blog i hahahah.

Reply

Hanis July 30, 2010 at 1:13 pm

betul Kan?

a very fine clear line between ikhlas dan riyak…
kita yang kena pandai tetapkan hati sndiri..

kena usaha lebih utk tune hati nie, yang mana terkurang didik.. :)
.-= Hanis´s last blog ..Tips- Si kecil pun boleh kenal warna =-.

Reply

masalifah July 30, 2010 at 2:03 pm

sukarnya mendidik hati..sukar juga memahami cetusan hati…hehe
.-= masalifah´s last blog ..Pengalaman Malam Jumaat =-.

Reply

anakasih December 27, 2011 at 4:37 pm

waduh. kok susa bangat nih mau kasi lahirkan sifat ikhlas

Reply

qwerty February 5, 2012 at 8:18 pm

nice info. boleh share ?

Reply

Azman February 28, 2012 at 8:43 am

Bagi orang kebanyakan seperti saya, riak ni kadangkala disalah faham dengan ujub. Maksud ujub ialah merasakan dirinya lebih dari orang lain. Lebih alim, lebih kaya, lebih pandai, lebih segala-mala la. Dia adik beradik dengan riak, tapi ujub tak semestinya riak, dan riak tak semestinya ujub. Tapi biasanya kalau dah ujub tu mestilah ada riak jugak. Kalau rasa diri alim, mesti la nak tunjuk kealiman kan. Orang mesti pandang aku… paling kuat ibadat, paling pandai mengaji, paling berilmu….

yang pasti pasti ramai yang gugur kerana ujub ini,kerana saya juga sering gugur…semoga kita tergolong dalam golong orang yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah SWT,dengan izinNya kita mendapat dosa,dan dengan izinNya kita mendapat pahala,agar kita tergolong dalam golongan orang yang mendapat banyak pahala daripada dosa.amin.

Reply

Azman February 28, 2012 at 9:43 am

Salam sejahtera kepada penulis,maaf kerana saya menpunyai pandangan yang berbeza sikit dengan ayat dibawah,jika ada apa yang salah saya sedia menerima teguran.kerana saya mengangap ini adalah sesuatu proses kajian agar ia menjadi ilmu yang betul-betul kuat dan betul-betul difahami kerana kuat sesuatu ilmu itu adalah atas kajiannya.

Melakukan sesuatu amal kebaikan kerana suruhan Allah. Bukan kerana pahala, atau pembalasan, atau nak periksa.Dah Tuhan suruh tu buat aje lah.

Pada pandangan saya,sememangnya munusia bersifat mengiginkan sesuatu ketika melakukan sesuatu,tidak mungkin manusia tiada sifat itu.Tetapi dalam pekara ini apa yang perlu kita niatkan ialah agar mendapat pahala dari Allah yang maha pemurah,mendapat pembalasan syurga,bukan periksa tapi memahami apa yang apakah maksub yang tersirat,seperti apabila kita menderma kita akan rasa gembira maka kualiti semasa bekerja ataupun bersosial akan meningkat dan pelbagai lagi(pada pandangan saya inilah iklas).Dan bukannya berasa begini oh orang nampak aku menderma dan aku dikira baik dan menambah kepercayaan orang terhadap aku dan pelbagai lagi(pada pandangan saya inilah dinamakan riak).Pada pandangan saya agama islam perlu difikir,dikaji bukan diperiksa,kaji bermaksub sesuatu pekara yang ternyata benar dan mencari bukti kebenaran tersebut agar hati akan berasa tenang dan lebih yakin lagi tanpa rasa sangsi itulah orang menyebut mengaji Al-Quran bukannya membaca.saya pun berasa takut sekarang ini kerana ilmu yang saya ada tidak cukup tinggi.Kadang-kadang saya sendiri ada berasa sangsi,tetapi inilah ujian diamanakan sebenarnya ia perlu dihadapi bukannya memilih jalan short-cut Tuhan suruh buat maka buat tanpa memikirkan apa-apa(pada pandangan saya itu adalah salah).kerana manusia dikurniakan akal,dan diwajibkan oleh Allah SWT untuk mengunakannya dan kita adalah mahluk ciptaan Allah yang paling agung.kitalah yang paling kuat didalam semua mahluk ciptaan Allah SWT,kita hanya lemah disisi Allah yang maha Esa lagi maha Kuasa.Selagi perkara itu didalam likungan pemikiran kita maka kita diwajibkan memikirkannya tetapi ingin ditekankan jangan sesekali kita memikirkan perkara diluar likungan pemikiran kita,kerana itu tidak dapat difahamkan dengan akal tetapi dengan percayaan dan keimanan.sesungguh syaitan tidak boleh dipandang rendah kerana ia mempunyai pengalaman dalam tipu dayanya.Mari sama-sama kita berdoa agar hati kita dipimpin oleh Allah SWT dan dilindungiNya dari tipu daya syaitan.Dengan izin Allah saya menulis pekara ini,dan dengan izin Allah kita mendapat dosa dan dengan izin Allah kita mendapat pahala,moga kita dikalangan orang yang diberi hidayah pertunjuk daripada Allah dan diterima dalam golongan yang diredai oleh Allah SWT yang maha Penyabar dan maha Pengampun.Amin.

Di sini saya memohon maaf kepada penulis,agar kita dapat bekerjasama dalam memkuatkan ilmu.Sila beri pandangan anda agar saya dapat membuat sedikit analisis agar dapat diperbaiki kelemahan saya.Salam.

Reply

fazli July 5, 2012 at 5:39 pm

kpd azman: definisi iklas bagi sy lebih kurang mcm ni plak.. ini sy ambil cnth:-
Seorang wali Allah perempuan berbisik kepada Allah, “Aku menyembah bukan karna takutkan Neraka-Mu, tidak juga karna harapkan Syurga-Mu tetapi karna kemuliaan cintaku kepada-Mu.” Rabiatul Adawiyah pula berbisik kepada Allah : “Tuhanku! Apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku, dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman. Aku hanya hendakkan Engkau karna Engkau. Biarlah aku tidak dapat Syurga ataupun Neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku saja.” :) just 4 sharing

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: