Kisah Qarun dan Imam Abu Hanifah

by Mommy Lyna on October 18, 2010 · 1 comment

Bila bercakap soal harta dan kekayaan, kebanyakan Muslim akan berasa tidak perlu dengan semua itu, dan biasanya kisah Qarun yang menjadi penyebab utama.

Siapa Qarun?

Kisah Qarun ada tercatat di dalam Surah al-Qashash, dan disebut bersama2 dengan Firaun dah Haman dalam surah al-Hujurat dan Surah al-Mukmin.

Di dalam Suratuh Qashash yang menceritakan perihal Nabi Musa, kisah Qarun diceritakan dalam ayat ke-76 hingga ke ayat-82.

Ayat 76 menceritakan tentang kekayaan Qarun “Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa maka ia berlaku aniaya terhadap mereka dan Kami telah menganugerahkan kepadanya harta yang kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat

Dan ayat 81 menceritakan kemusnahan Qarun “Maka Kami benamkan Qarun berserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah“.

Sejarah Qarun sedikit sebanyak… Qarun pada asalnya ialah seorang cendekiawan pada zaman Nabi Musa, yang mendalami Kitab Taurat. Beliau adalah seorang yang miskin, tapi amat suka membantu orang lain. Hinggalah orang2 miskin lain begitu mengharapkan bantuannya, dan Qarun merasakan adalah tanggungjawabnya untuk menjadi kaya dan membantu orang2 miskin ini. Maka beliau berjumpa Nabi Musa dan meminta Baginda mendoakannya agar menjadi kaya. Begitu juga rakan2nya yang miskin, mendoakan Qarun agar menjadi kaya.

Akhirnya Allah telah mengurniakan kekayaan, kemewahan yang tidak ada tolok banding kepada Qarun. Namun sayangnya, hasratnya untuk membantu orang lain telah bertukar… Qarun gelap mata dengan harta kekayaannya, malah tidak sedikitpun bersyukur atas kurniaan Allah.

Dalam ayat-78 ada disebut tentang kesombongan Qarun “Qarun berkata: ‘Sesungguhnya aku diberi harta itu karena ilmu yang ada padaku‘”. Beliau telah lupa bahwa setiap sesuatu yang dinikmatinya adalah kurniaan dari Allah. MEskipun dinasihat berkali2 namun Qarun tetap angkuh dan membilang2 hartanya, tanpa memperdulikan sesiapa.

Akhirnya Qarun ditelan bumi dan menjadi legend apabila harta2 terbenam yang ditemui zaman sekarang ini disebut sebagai HARTA KARUN.

OK tamat kisah Qarun. Sekarang kisah Imam Abu Hanifah pula.

Imam Abu Hanifah adalah salah seorang dari empat Imam, yang mengasaskan Mazhab Hanafi, digelar Abu Hanifah kerana anaknya bernama Hanifah, dan juga seorang yang Hanif yakni cenderung terhadap agama.

Imam Abu Hanifah dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya. Bapanya memiliki kilang-kilang, dan diwariskan kepada beliau. Bukan itu sahaja, malah Imam Hanifah juga turut terlibat dalam perniagaan sejak dari remaja lagi, di mana beliau menjual makanan di pasar-pasar.

Namun begitu, kekayaan dan kesibukannya menguruskan perniagaan tidak sedikit pun melalaikan Imam Abu Hanifah, atau nama sebenarnya Nu’man, anak kelahiran Parsi ini. Imam Abu Hanifah gemar menulis hadis dan ilmu, oleh itu beliau sering membawa pen ke mana-mana. Beliau menguasai ilmu hadis, penulisan, sastera, tauhid, fekah dan sebagainya.

Dan semua itu diuruskan dengan sungguh seimbang sekali kerana beliau tidaklah menjual, atau melupakan perniagaannya, atau menyerahkan kepada pekerja2nya semata2. Malah beliau amat mengambil berat terhadap pelanggan dan komplen2 mereka.

Oleh kerana kekayaan yang dimilikinya, Imam Abu Hanifah bukan saja mampu memberi biasiswa  kepadamurid-muridnya, malah memberi bantuan kepada kerajaan secara amnya. Oleh kerana itu beliau amat menggalakkan umat Islam terutama para daie (pendakwah)agar mampu berdikari dan mengajak orang lain berdikari. Oleh kerana sifat berdikarinya, Imam Abu Hanifah menjadi seorang yang berani dan tegas malah mampu menegur para pemerintah.

Beliau pernah di-offer untuk menjadi hakim oleh kerana sifatnya itu (siapa berani tegur khalifah?), namun beliau menolaknya sehinggalah dia dihumban ke penjara. Ini kerana pada masa tu, tugas seorang hakim cuma jadi yes-man kepada khalifah dan ketuk tukul saja. Jikalau beliau menerimanya maka habislah semua yang diperjuangkannya, kerana banyak benda yang beliau tak setuju dengan pemerintahan khalifah.

Akhirnya beliau meninggal dunia akibat diseksa di dalam penjara, dan meninggalkan perusahaan dan perniagaan kepada anak-anaknya pula.

Mungkin dah ramai yang dapat pengajaran daripada kisah Qarun, hingga menjadikan ramai Muslim yang fobia untuk menjadi kaya, mahupun bercita2 menjadi kaya kerana Qarunophobia tersebut. Malah ramai yang berpendapat bahawa ‘kekayaan itu hanya membawa kepada kelalaian, lebih2 lagi kita manusia biasa’.

Namun harus kita ingat..

  1. Qarun orang berilmu dan bukan manusia biasa yang jahil.
  2. Qarun asalnya orang miskin, bukan dilahirkan terus kaya-raya (seperti Firaun,mungkin).
  3. Qarun mahu menjadi kaya kerana ingin membantu orang miskin.
  4. Qarun gelap mata dengan kurniaan Allah yang begitu banyak.

Jadi, Qarun itu bukan orang seperti kita (To be fair, anggap saja setiap ‘kita’ dalam entry ini adalah saya sendiri), yang baca Quran pun sekadar baca tapi apa pun tak faham. Baca terjemahan pun interpret suka2 hati. Beliau ni mendalami kitab Taurat dan rapat dengan Nabi Musa. Jauh sangat nak banding dengan kita.

So, kalau kita nak bandingkan yang kita ‘tak boleh compare dengan Imam Hanifah, dengan para sahabat, dengan Nabi kerana kita takde ilmu,kita tak ma’sum…‘ maka kita pun tak bolehlah nak compare kan diri kita dengan Qarun, kerana kita pun takde ilmu yang tinggi macam dia, tak gitu?

Sebut soal ma’sum, Rasulullah SAW diturunkan oleh Allah adalah seorang manusia sebagaimana dalam surah al-Kahfi ayat 110 “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, (hanyalah) diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu”

Dalam surah al-Ahzab ayat 21 Allah berfirman “Sesungguhnya dalam diri Rasulullah terdapat teladan yang baik buat kamu

Jadi kenapa kita tak mahu ikut Baginda atas alasan Baginda ma’sum dan kita tidak? Yang paling afdal kalau nak beralasan ‘sifat tidak ma’sum’ ialah ikuti amalan Baginda yang beristighfar 70kali sehari dan bangun tahajud hingga bengkak kaki… itu pun kita tak buat juga :) sedangkan itu yang patutnya kita terlebih dahulu lakukan, sedang Baginda yang dijamin syurga pun saban hari beristighfar, adakah taubat kita sehebat itu? Atau tunggu ‘rasa berdosa’ baru istighfar?

Dari kisah Imam Abu Hanifah pula, kita dapat lihat (baca).

  1. Orang Islam yang kaya dapat membantu orang miskin dan memberi biaya kepada mereka yang tak mampu, terutama mereka yang menuntut ilmu.
  2. Orang Islam yang kaya tak perlu mengharapkan bantuan orang lain dan mampu berdikari.
  3. Orang bertaqwa tak akan lalai dengan harta atau kesibukan mengurus harta.
  4. Bila kita mampu melakukan semua benda sendiri, kita adalah berdikari dan kita berani mempertahankan pendirian kita sebab we have nothing to lose.
  5. Pengurusan yang baik akan menjadikan seseorang manusia itu mampu melakukan benda yang di luar batasan tabi’e manusia yang ‘biasa-biasa je..’.

Sabda Rasulullah SAW “Alangkah baiknya jika harta yang baik itu berada di tangan orang yang soleh” (HR Ahmad).

Berkenaan menjadi miskin lebih ‘selamat’, Rasulullah SAW sudah menjawabnya “Sengara yang paling sengsara ialah miskin di dunia dan diseksa di akhirat” (HR at-Tabarani).

Namun sekali2 ada harta atau tidak itu bukan kunci untuk mendekati Allah, kerana Allah telah berfirman dalam surah Saba’ ayat 37 “Dan bukanlah harta kamu dan bukan anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami, tetapi orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan, dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi“.

Jadinya, miskin ke kaya ke, bukan penentu kita tidak lalai atau jadi orang bertaqwa dalam kehidupan dunia ini, kerana syaitan itu tidak memburu orang2 kaya saja. Malah orang2 miskin yang desperate dan melarat lebih2 mudah lagi untuk digoda, apalagi kalau yang tak ada duit langsung (don’t be surprise kalau kes macam ni memang berlaku hingga bukan saja sanggup jual maruah tapi juga jual agama).

Namun begitu, memang ada ulama yang memilih untuk hidup miskin kerana bimbang kekayaan itu akan melalaikan mereka, yakni menjadikan mereka saling berlumba2 mengumpul kekayaan sendiri daripada menyampaikan dakwah. Subhanallah, namun nyata hidup miskin mereka bukan kerana sikap individualisitik, malah kerana Allah demi untuk mengembangkan dakwah Allah.

Orang miskin memang ramai dalam syurga, tapi dalam neraka, orang perempuan yang paling ramai. Habis tu, taknak jadi perempuan? Orang miskin dalam syurga adalah miskin yang beramal soleh, begitu juga perempuan dalam neraka, adalah perempuan yang derhaka. Miskin atau kaya, perempuan atau lelaki, tingkatkan amal soleh & jadilah hamba yang baik.

Kerana itulah kita kena selalu ingat-mengingati kerana menjadi Muslim kerana iman itu perlu dibuktikan dengan lisan, perbuatan dan niat. Seperti kita mencintai dan dicintai seseorang, kita perlukan bukti apakah benar kita dicinta, perlu ucapan “I love you”, perlukan belaian, perlukan hadiah tanda ingatan, kan? Kan? Apa lagi kalau ucapan ‘terima kasih’ dan sebarang penghargaan… Allah paling suka dengan hamba yang mengingati-Nya, hinggakan hamba yang berdosa dan bertaubat adalah hamba yang paling dikasihi-Nya.

Sentiasalah perbaharui iman… dan berusaha menuntut ilmu2 baru, kerana ilmu ni, makin dalam kita mendalami, makin banyak yang kita tak tahu. Lagi2 ilmu tentang cara hidup Muslim (agama Islam secara generalnya) yang tidak boleh difahami secara logik akal semata2. Semuanya dah ada penjelasan sebenarnya, cuma atas kerajinan kita untuk belajar, bertanya, membaca, dan apa saja yang berkaitan untuk mengembangkan pemikiran kita sejajar dengan kehendak manhaj itu.

Kata orang bijak pandai, fikir itu mesti selari dengan zikir (maksud zikir ialah mengingati Allah, bukan sekadar sebut Subhanallah 1000kali tapi hati ntah ke mana). Jadi bila kita berfikir, kalau boleh biar sejajar dengan kehendak Allah. Kerana syaitan boleh menerobos pemikiran yang kosong. Orang putih pun ada kata ‘an idle mind is the root of all evil’.

{ 1 comment… read it below or add one }

zik October 19, 2010 at 12:46 am

zikir nak masuk dalam hati tuh bukan senang..subhanallah.. terima kasih diatas peringtan nie kak..
zik´s menulis tentang ..Ucapan penuh bajet 2011My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: