,

Glenn Doman Method Secara Ringkasnya

admin Avatar

Apa tu Glenn Doman method?

Glen Domann adalah pengasas The Institute for The Achievement of Human Potential di US. pada mulanya method Glen Domann ni dicipta untuk merawat kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak (brain damage), supaya otak mereka ni dapat dirangsang dengan betul, so that sekurang2nya budak2 ni dapat mencecah2 sikit tahap otak orang normal.

Ia bermula bila salah sorang pesakitnya yg cedera otak, kemudian membuktikan dia boleh membaca, memberi inspirasi kepada Encik Doman untuk menerapkan method ni kepada anak2 normal, terutama pada baby.

In a nutshell, Glenn Doman menggalakkan mengajar anak seawal mungkin. Contohnya membaca sebelum umur 5 tahun. Ramai yang salah faham method ni. Ramai yang kata “Memaksa anak”, “Menyeksa anak”, “Kesian kecik2 dah kena belajar”, “Budak kena kasi main aje”.

Sebenarnya Glenn Doman sendiri kata “ada banyak sangat teknik untuk ajar anak dalam dunia. Daripada semua teknik tu, ada satu cara paling paling berkesan, iaitu bila anak dan ibu happy masa belajar”. So, kalau rasa kita tak happy atau anak tak happy, jangan buat OK.

Malah bukan 24 jam kena ajar budak2 ni. Budak2 cepat belajar. Saya dengan anak2 tak ada pun lebih 10 minit buat aktiviti macam ni. tapi otak mereka sangat superb. Apatah lagi kalau ibu bapa yang committed.

Tak salah kita ajar anak awal2. Bukannya kita nak bertanding dengan siapa2. Cuma bila kita lihatlah ilmuan Islam dulu2 dan sekarang… Imam Syafie usia 7 tahun dah hafal Quran. Al-Maududi umur 15 tahun dah jadi editor akhbar. Malah Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi pemerintah masa umur 19 tahun. Mungkin tak perlu rasa ‘tak ada faedah ajar anak2 ni’. Mungkin bukan anak saya, tapi anak si A atau si B bakal mengubah dunia kejap lagi, siapa tahu kan?

Saya pun percaya juga tentang  nature dan nurture…  ada orang yang semulajadi memang genius atau memang dah lembab. Tapi pepatah Melayu ada kata “Belakang parang diasah lagikan tajam”. Sebelum terlambat, iaitu sebelum anak yang secara semulajadinya lembab menjadi lebih lembab, mungkin di situlah letaknya peranan parents untuk merangsang otak dia.

Basically Doman method ni adalah menggunakan flash card. Ia ada la sikit persamaan dengan Shichida method, terutama bab flash card & principle dia untuk mengaktifkan otak kanan anak2.

Teaching rules yang diperkenalkan oleh Doman:

  • Mulakan seawal mungkin.
  • Sentiasa berada dalam keadaan gembira.
  • Hormati anak kita.
  • Hanya mulakan bila anak happy, bukan masa dia distress.
  • Berhenti sebelum anak naik bosan/minta berhenti.
  • Tunjukkan material cepat2.
  • Selalu update material (tunjuk benda baru).
  • Istiqomah.
  • Sentiasa bersedia awal2 dengan material, etc.
  • The Fail-Safe-Law : Kalau kita dan anak tak menikmati masa2 yang seronok semasa belajar tu, tolonglah stop. You’re doing something wrong.

Pada pendapat saya, yang penting kita jangan pressure, dan jangan compare anak-anak. Pada saya ia lebih kepada how we enjoy the learning process. Tak semua orang sesuai dengan semua cara. Ada ibu yang kreatif macam Kak Rizza, dia tak perlukan semua method2 ni untuk ngajar Si Hassan.

Yang penting jangan deny hak anak2 untuk bermain, sebab tu cara mereka belajar dengan cepat. Anak2 kita perlukan ruang untuk mereka menggunakan dan melatih kretiviti mereka.

Dan kita jangan compare ability anak-anak. Mungkin cara kita tak sama dengan orang sebelah. Semua orang nak anak dia berjaya, berfikiran luas, berdikari, trampil dan sebagainya. Saya tak tau kalau ada ibu bapa yang niat mengajar anak kecil sebab nak menunjuk2 pada orang “Anak I genius”, atau berasa terlalu “kompetitif” supaya anak lebih advance dari orang lain. Salah konsep plak macam tu.

Buat apa kalau anak kita sorang je hebat, tapi orang2 lain keliling dia bodoh2? Bayangkan kalau anak kita jadi Boss, pekerja2 dia semua bodoh. Sekali ketuk sekali gerak. Suruh lain, buat lain.

Saya sebenarnya bukanlah pengamal tegar method ni. Saya main hentam saja, asalkan saya dan anak-anak selesa.

Ini adalah satu2nya buku Glenn Domann yang saya ada. Saya tak beli semua series dia sebab saya kedekut bukan ada masa nak baca2 semua banyak2 benda ni.

multiply intelligent

Sebenarnya kalau kita rajin dan ada passion, tak kiralah apa alasan pun, kita sanggup spend masa untuk buat. Walaupun hasilnya tak seberapa, tapi kita enjoy dengan apa yang kita dah buat. Macam orang gila memancing, pegi pancing ikan lama2 tapi ikannya tak dapat pun but they still enjoy the pancing2 activity. Kalau dapat ikan tu kira bonus. Tapi kalau dah malas/tak ada passion, ada-ada aje sebab untuk tak buat itu tak buat ini.

Last word, jangan paksa anak2 belajar. Belajar ni patutnya jadi fun activity tak kira la kat mana2 pun. Kalau anak taknak belajar, jangan paksa2 dia. Nanti dua2 frust. That’s why kita exposekan dia awal2 dengan home learning activity supaya dia tak rasa ‘kena torture’ bila Mama ajak belajar.

admin Avatar

17 responses to “Glenn Doman Method Secara Ringkasnya”

  1. dbalkis Avatar

    Betul tu, belajar sepatutnya fun, jangan la dipaksa dan awal2 lagi dah suruh anak belajar membaca..kesian anak, dunia kanak2 ni dia tahu main je..tibe2 kene paksa belajar..(for some parents la, bukan semua kan?)
    .-= dbalkis´s last blog ..Cutest Baby of The Planet 2009 Contest =-.

  2. cutiecaliph Avatar

    sokong your advice 100%;)
    .-= cutiecaliph´s last blog ..Umar learns Furqan =-.

  3. fid Avatar

    saya setuju bab jgn paksa anak belajar
    dan jadikan belajar itu membahagiakan..hasilnya anak saya tiba2 letak dalam jadual dia ‘study time’
    Alhamdulillah
    .-= fid´s last blog ..daun ketumbit berkhasiat =-.

  4. Aini Avatar

    Yupp.. I agree as well.. Learning should be a fun process and not the otherwise.. and once the child dah enjoy, segala yang susah menjadi mudah.. bukan begitu???

    Memang tidak boleh di paksa.. tapi, sekali-sekala tu perlulah jugak ada ketegasan :).

    Just my two cents..
    .-= Aini´s last blog ....Exclusive Breastfeeding.. =-.

  5. hadil Avatar
    hadil

    salams lyna. a good friend of mine taught his son to read using the glenn doman method. he was 15 months then and by 17 months he was doing very well. below is aiman’s progress with the method:

    http://www.youtube.com/watch?v=BDQVh0oT_9M

    and just like you said.. it was all fun, no forcing.

  6. m0mmyofTRIPLETSplusONE Avatar

    my mom have few of his book, dari dulu suruh i baca tp i ni liat skit bab membaca, hihi.
    in fact on of the book siap ade sign by him
    oh glenn doman ni according to his method, baby WAJIB tahu merangkak. shuldnt skip trus berjalan. kawan my mom dulu anak die slow learner, apparently at 8 months trus jalan tak merangkak langsung. bile bawak to glen doman method to identify masalah slow learner die, they found out pasal die tak crawl. mase tu dh besar 3 4 tahun…die suruh balik anak tu crawl. jadinye, satu rumah dgn mak pak sume crawl sbbnk encourage budak tu crawl

  7. suzan Avatar
    suzan

    salam

    saya rasa… tak perlule nak ajar anak2 kecik ni membaca ke mengira ke menulis ke… nonsense je. masuk sekolah nanti belajar leee. kalau nak ajar sangat baik le ajar mengaji ajar agama…

    pandai masa kecik.. besar2 kalau tak ada agama jadileeee macam Sufiag Yusuf tuu… lebih baik tak pandai dari jadi camtu..

    Saya ni tak pernah masuk tadika, di rumah mak tak pernah ajar… besar masuk U juga.. berjaya juga… buat apa nak susah2 paksa ajar budak kecik2 membaca…. kesian dia…

    biarla dia nikmati alam kanak2 dia… tak perlu nak sibukkan dia dengan benda2 membaca… mengira… nanti dia akan masuk sekolah, akan tempuhi semua tu… biar lah dia berkembang ikut perkembangan sepatutnya….

    Lagipun semua tu cara orang Kafir. kita orang Islam jangan agung agungkan cara orang kafir macam tu. ikut cara Islam, anak kecil suruh main ajeee. dah sekolah nanti suruhla dia belajar…. sebahnyang pun Islam suruh ajar umur 7 tahun,, 10 tahun baru rortan… ini anak kecik paksa pandai baca umur 2-3 tahun… tak eloklah… jangan terpengaruh cara mereka ni…

    Sorri ye Mommy Lyna… sekadar pendapat jee…

  8. zuhaini Avatar

    oh.. anak kena fun ya..? ahaha.. selalunya saya ajar alia kalau time tu saya tgh ada mood je.. ahah.. 🙂
    .-= zuhaini´s last blog ..Apa rancangan cuti hujung minggu anda…? =-.

  9. ibuzara Avatar

    Salam Mommy dan semua,

    Saya tak pernah tinggal komen tapi terasa nak komen kali ni.

    Untuk pengetahuan semua, saya adalah antara ibu yang berminat dengan pendidikan awal. Seawal usia 2 tahun saya masukkan anak saya ke Smart Reader. Walaupun agak mahal dari taska biasa tapi saya tak kisah. Dengan harapan dia akan pandai membaca macam anak orang lain.

    Sekarang dia dah 5 tahun lebih tapi belum pun membaca. Akhirnya saya keluarkan dan masukkan ke Tadika Kemas aje. Adik-adik dia pun (insya-Allah 3 bulan lagi akan dilahirkan) saya akan hantar taska biasa je.

    Dari pengalaman saya, semua ni adalah agenda untuk mengaburi mata ibu bapa. Tak berkesan pun pada anak saya. Jadi saya harap ibu bapa lain jangan tertipu dengan semua kelas kanak2 yang ada. Semua buang duit aje. Kalau kaya tak apa.

    1. ummu_abdullah Avatar

      niway, ini pengalaman berharga… pendidikan awal bukan hanya terletak kepada tempat belajarnya di luar, perhatikan juga di rumah…

      saya banyak juga dengar tentang smart reader ni… last2 hantar anak ke pasti…

      Harap terus istiqamah memberikan yang “terbaik” buat anak ya… =)

  10. fid Avatar

    salam
    saya tertarik dgn beberapa komen dan tanpa meminta izin tuan blog ahdik mommyLyna bergetah getah lagi cantik berseri(bodekkk) saya nak tempekkan link entry saya…
    http://yuitsumuni.com/2010/01/08/anak-hasil-daripada-ibubapa-yang-pandai-akan-pandai-secara-semulajadi/

    dan

    http://yuitsumuni.com/2010/01/08/jangan-hantar-anak-ke-nursery-nanti-terbiar/
    dan

    http://yuitsumuni.com/2010/01/05/mengapa-tidak-mentadikakan/

    semuanya ada pendapat peribadi semata-mata
    .-= fid´s last blog ..eksisi =-.

  11. mummy Alisha Avatar

    Saya suka kalau menyentuh pendidikan awal anak-anak ni, saya suka baca kalau ada ibu bapa tempek pasal anak diaorang pandai ke apa ker. Saya akan rasa teruja dan tak anggap pun yang mak pak diaorang bangga diri… Saya rasa ia boleh menjadi inspirasi, tak tahu orang lain… Selain itu, kita pun boleh belajar tentang tips pendidikan anak-anak ni… yelah nak baca buku pun, lama-lama pun buhsan gak kan huhuhu. Masa nak baca buku pun terhad:(, so senang baca blog sajork 🙂
    .-= mummy Alisha´s last blog ..OMG this is so CUTE !!! =-.

  12. farah Avatar

    hahaha saya nak tergelak baca komen suzan..sori yer suzan..ni pendapat saya plak.

    saya setuju dengan lyna and thanks for sharing this info..memang sangat elok mulakan anak2 belajar dari awal dengan cara having fun together with parent (konsep play and learn)..saya kagum bila tgk afif cepat tangkap ape yang saya ajar dan buat saya bersemangat nak carik idea baru untuk main bersama2 ..tiada konsep paksaan untuk belajar di sini yer …but still afif learn a new thing everyday !
    .-= farah´s last blog ..Tips untuk membuat party yang simple di rumah yg sempit jadi meriah! =-.

  13. ummu_abdullah Avatar

    Thanks Mommy lyna sbb share this article… =)

  14. Hanz Avatar

    Pssstt…want to leave my views as well on the expect of me as HS Parent & Certified Early Childhood Educator…
    Point 1 : Never ever be persuaded or influenced from what Kindy, Preschool or Learning Programme & expect High Flyers Results on your kids unless 100% involvement from you as a parent.

    Point 2 : Learning starts as early as inside mother’s womb & it won’t hurt to take the Western method & assimilated with our Islamic values.

    Point 3 : Research shown at the age of by the time a child is born to age of 6, the learning acquisition is at peak the most. That’s why use this period the most & make it FUN LEARNING not Kiasu Learning.

    Point 4 : PLAY is child’s work. Let them play but ensure the PLAY has it’s own purpose. Structured play benefits your child. That is why each toy is created with it’s specific purpose & milestone. The best toy is the toy that Parents created with the child utilising the child’s surrounding.

    Point 5 : Lastly, parents is the BEST TEACHER. Never ever pass this role 100% to methods or other human beings.

  15. SEH Avatar

    Dipanjangkan Surat dari seorang Guru dan Bapa mengenai PPSMI dan dasar yang mengganti:

    Sama ada kita sebutnya nangka, Artocarpus polyphema atau jackfruit, kita menyalak pada pokok yang salah !

    Memandangkan terlalu banyak pendapat berbeza yang diluahkan ramai pihak mengenai PPSMI, bukan sahaja ketika dalam pelaksanaan tetapi juga selepas dicantas dengan berani oleh Tan Sri setelah beliau mendengar dan mendengar dan mendengar semua pihak. Keberanian mengakui dan seterusnya mengambil tindakan suatu yang melegakan ramai pihak terutama warga guru di lapangan, yang hari demi hari terpaksa melalui tugas perit cuba ‘memasukkan kotak empatsegi ke dalam lubang yang bulat.

    Berdasarkan kajian mengenai soal bersangkutan kelemahan penguasaan bahasa yang kami lakukan di sekolah-sekolah di Terengganu dan Pahang, kami rasa terpanggil menjawab bagi pihak guru kepada beberapa persoalan yang timbul. Pertama kegagalan juga ada kaitan dasar dibuat secara melulu tanpa mendapat input dari lapangan, malah lebih tepat digubal oleh ahli teori ‘armchair scholars’ yang bukan ahlinya, dan ditokok tambah oleh ‘mandarins’ dalam Kementerian yang hanya lihat dasar dari sudut peruntukan dan pengagihan. Buktinya lihat belanja smart school dan berbilion lagi gajah putih warisan setiap Menteri Pelajaran terdahulu, kemudian audit hasilnya.

    Kami guru dibebankan dengan dasar yang tidak masuk akal.

    Hasilnya wujud sistem kerja bagi melepasi sistem lambakan urusan perkeranian dari PPD dan JPN dan pemerosesan data berulang, borang laporan dll.

    Hasilnya keberkesanan terhad walaupun kos belanja begitu besar.

    Jadi masalah yang timbul dari pelaksanaan PPSMI (atau ketidaklaksanaannya) sepatutnya mengajak kita memikirkan soal “apa yang perlu kita buat?” sekarang, memandangkan orang politik dan pegawai Kementerian mana mungkin faham masalah di lapangan. Kurikulum dan buku teks sebenarnya bukan masalah dalam pengajaran bahasa tetapi terdapat perbezaan ketara antara apa yang patut di ajar (iaitu yang sudah ditetapkan oleh silibus yang mana outcome atau keberhasilan hanya akan dicapai sekiranya diajar mengikut sebagaimana yang disusun dalam buku teks, atas kaedah linguistik) dengan apa yang diajari – the taught curriculum- secara rambang menggunakan buku model peperiksaan, yang mengasah murid hafal dan terjemah senarai corpus (sekitar 500 perkataan peringkat BI bagi UPSR?).

    Jadi taught curriculum semacam buffet. Boleh pilih nak mulakan dengan pembasuh mulut dahulu, appetiser di tengah, dan main course terakhir sekali misalnya, tanpa mengikut kaedah asas bahasa yang memerlukan aktiviti latih tubi berterusan bagi ketrampilan dalam kemahiran listening, reading, writing dan speaking. Bukannya dijurus kepada mute testing demi mute testing setiap bulan seperti sekarang ini. Kalau ini tidak dirungkaikan, kita boleh lupakan sahaja ide yang dilontar bagi mewajibkan lulus Bahasa Inggeris dalam SPM. Ini bukan sahaja membuahkan ribut baru nanti tetapi totally unnecessary kerana realitinya ramai yang lulus pun, dan ramai yang memiliki dysfunctional English. Oleh kerana pelajar menumpang sistem bunyi dan sistem nahu Bahasa Melayu dalam proses pembelajaran Bahasa Inggeris, kita boleh dapati fenomena di kebanyakan sekolah kebangsaan murid yang mendapat A dalam UPSR Bahasa Inggeris sebenarnya false starters. Buktinya kalau mereka mampu akhirnya mendapat tempat di Universiti tempatan, gred MUET setakat Band Dua saja.

    Mereka melalui proses pembelajaran bahasa yang tiada tumpuan diberi pada pengukuhan kemahiran asas tetapi lebih kepada penghafalan makna perkataan dan module peperiksaan dan tidak memberi ruang pada penguasaan nahu.

    Sementara semua pemikir mencari jalan keluar dari kekalutan dasar PPSMI, apa kata kita lihat isu ini dari kontek keperluan sebenar pelajar, dan bukan semata-mata tertumpu pada menentukan mereka dapat lepas atau lulus sistem peperiksaan sahaja. Hari ini isu Bahasa Inggeris dan kedudukannya dalam sistem pendidikan negara dilihat oleh masing-masing yang mempunyai pendapat dari beberapa perspektif berbeza, seperti cerita 8 orang buta yang cuba menyatakan perihal rupa gajah. Malah ada ide dangkal mungkin kita tak perlu ajar grammar tetapi communicative English. Ini yang sedihnya apabila Menteri merujuk kepada yang bukan ahlinya. Kita nanti bakal menjadi pakar pidgin English.

    Whether it is nangka, Artocarpus polyphema or jackfruit, we are barking at the wrong trees !!!

    Pelajar yang tidak sempat menguasai Bahasa Inggeris tidak dapat menikmati keseronokan dari proses pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris kerana kegiatan berfikir tertumpu kepada percubaan meneka maksud perkataan, sebagaimana proses sama berlaku semasa mereka belajar Bahasa Inggeris. Periksalah mana-mana blog guru dan kita dapat dengar keluhan bagaimana mereka dapat rasakan mengajar kedua subjek itu tidak lagi menyeronokkan.

    Kalau dahulu pelajar dapat berbincang sesama mereka selepas kelas sains, misalnya mengenai satu topik sains yang menarik, tetapi kini aktiviti itu terhad kepada proses nak tahu makna atau macam mana nak eja misalnya. Apabila mereka pulang ke rumah tiada lagi peluang bertanyakan ibubapa atau abang kakak mengenai isi misalnya. Dasar PPSMI sebenarnya bertentangan dengan logik kaedah pendidikan, dan paradoksnya ialah dalam pelaksanaan yang rugi pelajar Melayu – ilmu sains tak dapat faham sebab diajar dalam Bahasa Inggeris oleh guru yang mengajar ala ‘Bahasa Inggeris’ itu dalam Bahasa Melayu sekadar melepaskan batuk di tangga. Akhirnya murid yang dahulunya minat belajar sains melalui ‘instant understanding’ kini menjadi bisu dalam kelas.

    Dasar yang digubal merupakan satu kesilapan paling besar kerana tidak menjurus kepada persoalan sebenar. Paling sedih lagi soal kelemahan ramai pelajar dalam Bahasa Melayu (dysfunctional BM, kecuali kalau yang dapat digunakan pun ikut dialek tempatan) diabaikan. Bagaimana pelajar boleh kuasai bahasa kedua jika dalam bahasa pertama mereka lemah? Dengar khabar ada National Brains Trust on Education tetapi mana buktinyanya?

    Oleh itu para guru perlu mengambil inisiatif untuk perbetul atau “fine-tune” dasar PPSMI supaya pelajar tidak rugi, dan inisiatif ini perlu diambil tanpa menunggu imbuhan atau baucer. Kenapa di sekolah Cina ada perbezaan pelaksanaan dasar ini? Tentu sekali kerana mereka mengambil langkah ‘damage control’ dalam menangani dasar pelik ini. Guru sekolah kebangsaan lepas tangan atau total oblivion?

    Petikan dari tulisan chedet dalam blognya (sedutan di bawah bertajuk “Orang Ulu”) menunjukkan beliau tidak mengambil kira perbezaan sistem pendidikan yang dilalui oleh orang ulu dahulu dan orang sekarang, sama ada yang di ulu atau di bandar, ketika beliau memulakan dasar. Dahulu pelajar yang mendapat A dalam subjek Bahasa biasanya disertai juga keupayaan tahap A membaca dalam Bahasa tersebut. Kini pelajar yang digred A tidak semestinya boleh membaca. Mungkin kemahiran yang di asah sekarang ini ialah kemahiran menghafal dan meneka. Ketika Dr M mengubah dasar menjadi PPSMI beliau juga tidak mengambil kira hakikat bahawa semua dasar Kementerian tidak semestinya akan terlaksana di lapangan. Perubahan dasar boleh dibuat 1000 kali tetapi perlu kaji sikap dan kekurangan keupayaan guru dalam bahasa kedua, desakan ibubapa, sikap guru yang malas memajukan diri dan murid, budaya sekolah yang mengutamakan pelajar terbaik sahaja bagi menjaga rekod keputusan peperiksaan sekolah dll.

    Murid yang tercorot dibiarkan tercorot.

    Adalah lebih tepat kalau subjek matematik dan sains diajar dalam Bahasa Melayu, yakni dalam bahasa yang sudah difahami pelajar. Pada masa yang sama guru tanpa perlu tunggu arahan Kementerian, mewujudkan dan menggerakkan subjek baru “English for Science & Technology (EST)” sebagai kokurikulum atau program tambahan.

    EST boleh dijalankan sebagai Extensive Reading Programme, melibatkan kaedah TUNAS EHSAN dan menggunakan buku teks Bahasa Inggeris sedia ada dalam sebagai bahan bacaan atau “class readers”.

    Memandangkan pelajar yang kukuh dalam bahasa pertama akan mudah menguasai bahasa kedua, pelajar yang diwajibkan mengambil EST hendaklah terlebih dahulu perlu mendapat A dalam Bahasa Melayu, sebagai “prerequisite”. Jadi dengan mengambil logik proses pembelajaran kita membenarkan murid yang lambat mekar atau latebloomers mengejar ikut tempo kemampuan kerana mereka sudah dikenalpasti akan dilatih pula oleh rakan pelajar yang sudah maju. Malah ada juga yang maju dalam bahasa kedua tetapi latebloomer dalam bahasa pertama. Peer coaching diadun dengan cross-coaching.

    Jika semua sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu, dan pada masa sama menjalankan program EST di mana pelajar digred mengikut ujian amali kebolehbacaan, maka sekurang-kurangnya pelajar yang di pilih ke sekolah elit terdiri dari mereka yang bukan sahaja A dari segi teori tetapi fasih membaca dari segi praktik.

    Dasar PPSMI dirangka dengan niat yang baik (sic) tapi kerana beserta dengan keghairahan Pegawai (kerana ini bererti lebih banyak dana yang mereka boleh uruskan, lebih banyak kontrak baru, lebih banyak lawatan sambil belajar ke Australia misalnya, lebih banyak komisen kerana meluluskan buku teks) melaksanakan tanpa mengambil kira pendapat dan keadaan guru di sekolah, dan hasrat ibubapa di rumah serta realiti di lapangan. Setiap kali Dasar di ubah perbelanjaan besar diperuntukkan bukan sahaja dalam menyediakan Bahan dan Latihan tetapi juga memberi elaun galakan dsbnya. Kenapa kegagalan demi kegagalan sedangkan sudah diperuntukkan perbelanjaan besar? Ini mungkin ada kaitan dengan sikap guru yang culas siapsiaga kebolehan diri seperti yang dituntut oleh dasar, malah dalam banyak situasi di sekolah tumpuan kepada peperiksaan menjadikan semua dasar tertakluk kepada ritma peperiksaan, dan sistem dipengaruhi tekanan dari ibubapa supaya sekolah menghasilkan seberapa banyak A yang mungkin supaya meluangkan tawaran dari Sekolah Elit untuk anak-anak.

    Kementerian boleh terus mengambil sikap kepala dalam pasir atau heads in the sands. Tetapi hakikatnya pencapaian sebenar tidak boleh diubah hanya dengan menggilap laporan (spinning) untuk kepentingan politik tertentu tanpa fine-tuning bagi mendapat kesepakatan yang bijak dan penyelesaian polemik. Amat pelik kita belajar bahasa sambil memakai sikap ‘tak boleh membaca dalam bahasa itu tak apa asalkan pelajar mendapat A dalam peperiksaan’. Kemudian datang gagasan tikus baiki labu bergelar PPSMI – sudah jatuh ditimpa tangga kita – apabila murid diperlukan belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka masih menggagau. Jadi apakah tak apa kalau pelajar tidak faham dan diajar pula oleh guru yang sama ada malas atau malu melaksanakan dasar kerana tidak memiliki kebolehan dalam bahasa itu, malah hanya akan mengajar kalau diberi elaun imbuhan?

    Pelajar yang tamat persekolahan rendah dan mempunyai kefahaman dalam ilmu sains dan teknologi kerana diajar menggunakan bahasa yang sudah difahami, dan pada masa yang sama sudah mula melatih dan dilatih menggunakan bahasa kedua bagi penggunaan peringkat lebih tinggi, akan lebih yakin mengharungi subjek itu di masa hadapan.

    Pelajar yang dimomokkan oleh dasar PPSMI kini hilang peluang memantapkan ilmu sains pada umur muda, bak kata orang ‘yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran’. EST boleh membetulkan arah asal dasar kerana kemahiran membaca yang digred dan dinilai akan membawa dinamika baru dalam budaya sekolah. Memandangkan guru juga sebahagian dari punca masalah kita tidak perlu ubah dasar tetapi ubah sikap guru dan ibubapa. Kalau ada program mencerapkan keupayaan membaca (seperti Tunas Ehsan ) sebagai sebahagian dari keperluan aktiviti pembelajaran, dan keupayaan ini pula digred dan diberi markah, dan kemahiran ini diwajibkan bagi mereka yang berminat ke sekolah asrama penuh, sudah tentu kebolehan membaca merubah pemikiran pendidik. SEBAB MEREKA PERLU PANDAI BACA BAHAN ITU TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGAJAR MURID MEMBACA. Kaedah ini boleh menentukan supaya murid digred melalui pertandingan membaca sebagai sebahagian dari school-based assessment. Ketelusan sekolah dalam mengred, sama ada digred dengan acuh tak acuh, atau tidak tepat atau bias akan diketahui jua nanti apabila murid yang mereka gredkan A tidak lulus oral/reading fluency test untuk ke asrama penuh.

    Hanya apabila kelulusan ujian lisan melalui reading fluency test disyaratkan sebagai keperluan yang selari dengan ujian bertulis, barulah akan wujud latihan amali pembacaan bahan berstruktur disertakan latihan bacaan dan penulisan nahu berstruktur. Sekaligus menaikkan tahap literasi dan level the playing field

    Hanya dengan cara ini semua guru perlu bangkit memperbaiki keperluan asas. Jangan lagi dialek tempatan digunakan bagi semua matapelajaran bahasa.

    Guru perlu bangkit dan fine-tune dasar dengan menggunakan common sense approach sekiranya mereka peka akan keperluan pelajar, dan tidak memburukkan lagi keadaan dengan melihat sahaja atau mengambil sikap terikut-ikut seperti ‘si luncai terjun dengan labu-labunya”. Kaedah Tunas Ehsan berjaya membuktikan murid yang diajar membaca secara praktik, berstruktur, bermatlamat, digred dalam suasana seronok dengan bahan menarik akan terus melonjak keupayaan mereka, dan paling penting minat dan semangat baru dapat dilihat kerana mereka kini berupaya membaca dengan fasih dan mudah memahami dan mudah pula menguasai bahasa itu. Memang ada guru-guru yang dapat kesan pelajar mereka yang melonjak hasil dari latihan mengikut kaedah Tunas Ehsan, malah pernah mengakui ketepatan kaedah ini tetapi mereka masih tetap mahu terikat dengan format peperiksaan. Mereka seolah-olah takut mengamalkan rukun linguistik yang sepatutnya bagi pengajaran bahasa, kononnya tidak boleh diubah sistem kerana takut Jabatan Pendidikan Negeri mengambil tindakan. Apatah lagi ada JPN yang mengenakan bayaran atas module yang dipaksa digunakan oleh sekolah.

    Paradoksnya di Terengganu, walau pun terdapat gambaran kejayaan kaedah memory module lebih dari 50 % pelajar yang mendapat A dalam UPSR Bahasa Inggeris sebenarnya false beginners- masuk sahaja sekolah menengah tak mampu maju. Dan terus tak mampu baca atau sebut basic English.

    The student is no longer the syllabus now.

    Kita perlu baiki lidah kefasihan asas guru melalui satu kurikulum kaedah. Misalnya ibubapa yang hantar anak ke kelas Qur’an tentu sekali mahu dipastikan terlebih dahulu dihantar pada guru yang dapat membaca dengan tepat dan fasih. Ini perlu bagi semua bahasa. Kajian ke atas sikap murid sekolah rendah sehingga pelajar peringkat universiti kini menunjukkan mereka tidak merasa pelik kalau mereka tidak dapat membaca basic English sekalipun telah belajar bahasa itu lebih dari 10 tahun persekolahan. Mereka sudah dibesarkan dalam non-reading environment, sans sounds; tidak perlu guna lidah untuk belajar bahasa. Salin 500 perkataan, cari makna dalam bahasa Melayu, teka jawapan ABCDE. Itu conditioning yang telah dilalui sepanjang zaman persekolahan moden ini. Bagi sains dan matematik pula boleh pilih menjawab dalam Bahasa Inggeris dalam UPSR tetapi mujur juga ada kertas soalan versi bahasa Melayu. Jadi boleh baca versi Melayu dan dengan bangga tanda jawapan dalam Bahasa Inggeris sehingga membolehkan Kementerian mengumumkan peningkatan pelajar yang menjawab dalam Bahasa Inggeris.

    Akhir kata, whether it is nangka, Artocarpus polyphema or jackfruits, we are barking at the wrong trees.
    .-= SEH´s last blog ..PERKASAKAN BM DAN BI PARA GURU TERLEBIH DAHULU =-.

  16. SEH Avatar

    MARATIB TERBAIK BAGI EARLY EDUCATION READING PROGRAM

    1.DARI SAAT DALAM PERUT ANAK SENTIASA DENGAR IBU MENGAJI QURAN
    2.UMUR 1 TAHUN HINGGA 2 TAHUN MAIN FLASH CARD ALIF BA TA dan NOMBOR (numeric skills)
    3.UMUR 2 HINGGA 3 TAHUN AJAR SEBUT DAN TULIS ALIF BA TA DAN MUQADAM .GUNA KAEDAH BAGHDADI SAHAJA (cara membatang ‘alif di atas aa’) JANGAN GUNA KAEDAH ‘IQRA. JANGAN AJAR ABJAD RUMI SELAGI BELUM MASTER BACA DAN TULIS JAWI
    4.4 HINGGA 5 TAHUN TERUSKAN MUQADAM KE QURAN TETAPI TAMBAH JAWI- MULA MEMBATANG JAWI DAN LANCAR KE BM RUMI. (KAJIAN SAYA PELAJAR YANG HAFAL MUQADAM DAPAT ‘TANGKAP’ JAWI DALAM MASA 3 BULAN, DAN TRANSISI KE BM RUMI JUGA CEPAT, DAN JUGA BAGI BAHASA INGGERIS.
    5.AKTIVITI MEMBACA DAN MENULIS BERTERUSAN SEHINGGA ANAK LANCAR MEMBACA DAN MENULIS DALAM BM BAHAN MATEMATIK,CERITA, SAINS DAN TEKNOLOGI.
    6.JANGAN MULA BAHASA INGGERIS SELAGI ANAK BELUM LANCAR BM.
    PALING BAIK MULA AKTIVITI BI DENGAN KAEDAH FOREIGN LANGUAGE… TEACHING READING FIRST. INI PENTING BAGI MENENTUKAN MASALAH 1ST LANGUAGE INTERFERENCE KERANA BM DAN BI KONGSI ABJAD SAMA. JADI JANGAN RUSH BI, KENA IKUT MARATIB.

    KALAU PELAJAR SUDAH MULA QURAN SEBELUM MASUK SEKOLAH, SUDAH BOLEH BACA DAN TULIS RUMI DAN JAWI, HAFAL SIFIR 12, MELEWATKAN MULA BI SEBENARNYA UNTUNG KALAU DIMULAKAN DENGAN READING TERLEBIH DAHULU.
    SUATU YANG MUDAH DIUKUR. LAGI LANCAR DAN TINGGI WORD COUNT KEBOLEHBACAAN, LEBIH CEPAT FAHAM SISTEM NAHU.

    KALAU BELAJAR BAHASA INGGERIS CARA SEKARANG TIDAK BERKESAN KERANA TIDAK IKUT MARATIB WARISAN BERZAMAN. BAHASA INGGERIS BAHASA KEDUA JADI KENA KUAT BAHASA PERTAMA, KENA ASINGKAN SOUNDBOX DAN SISTEM NAHU KEDUANYA..

    …L1 INTERFERENCE why it is so important to us?
    Thu, 05/07/2009 – 14:27 — vekraman

    what do you understand with LI interference
    Language interference (also known as L1 interference) is the effect of language learners’ first language on their production of the language they are learning. The effect can be on any aspect of language: grammar, vocabulary, accent, spelling and so on. It is most often discussed as a source of errors (negative transfer), although where the relevant feature of both languages is the same, it results in correct language production (positive transfer).

    The greater the differences between the two languages, the more negative the effects of interference are likely to be. It will inevitably occur in any situation where someone has not mastered a second language. Language interference often results in an English distictive to a learner’s first language. It is often easy to determine a non-native English speakers first language by the mistakes they commonly make in syntax, word choice, and especially pronunciation.
    .-= SEH´s last blog ..PERKASAKAN BM DAN BI PARA GURU TERLEBIH DAHULU =-.

Leave a Reply to Aini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge