Felt Craft Bersama Sekoci Norlie di Scriptory Box

admin Avatar

Felt craft adalah sejenis kraftangan yang dihasilkan dari kain jenis felt. Kain felt adalah sejenis kain tak bertenun yang diperbuat daripada wool fibre. Ada jenis kain felt yang lembut, yang kasar, yang lembik dan yang keras.

kain felt

Sekarang menjadi fenomena apabila felt craft begitu diminati, dan hasil daripada kain felt ni dijadikan sebagai cenderahati, key-chain, hiasan telefon bimbit dan sebagainya. Kalau di FaceBook tu, banyak pengusaha kraftangan yang selalu ‘tag’ saya dengan gambar-gambar felt craft yang mereka hasilkan, untuk dijual.

Sabtu dan Ahad lepas, sekali lagi SekociNorlie telah mengadakan kelas felt craft khas untuk ibu bapa dan anak-anak di Scriptory Box, Puchong. Beberapa pasangan ibu bapa dan anak-anak mengambil bahagian dan membuat beberapa objek dan barangan menarik dari kain felt.

kain felt

Antara peralatan untuk membuat kraftangan dari kain felt

sekoci norlie

Norlie dan anaknya

felt craft class

Antara peserta yang hadir

Di samping kelas-kelas yang telah dijadualkan di Scriptory Box, kami juga mengadakan kelas atas permintaan. Sekiranya ada kumpulan ibu bapa-anak yang berminat untuk mengikuti aktiviti membuat felt craft ini, anda boleh membuat satu kumpulan yang tidak melebihi 10 keluarga dan hubungi kay@scriptorybox.com untuk menjadualkan sesi kelas felt craft yang anda mahukan.

Aktiviti felt craft bersama Sekoci Norlie di Scriptory Box ini pasti menarik dan sesuai untuk seisi keluarga. Anak-anak anda akan belajar cara-cara menggunting dan menjahit kain-kain felt tersebut di bawah tunjukajar Puan Norlie. Pasti lebih menarik untuk anak-anak apabila melihat hasilnya yang begitu comel dan berwarna-warni 😉

felt craft

*gambar sumbangan istockphoto, facebook Khairina Yaacob dan Sekoci Norlie.
admin Avatar

5 responses to “Felt Craft Bersama Sekoci Norlie di Scriptory Box”

  1. sararisa Avatar

    anak sara yg baru 6 tahun tu pun nampak berminat dengan kerja craft yg sara buat kat rumah… seronok juga kalau boleh kongsi hobi dengan anak kan… 🙂

  2. intanazehah Avatar
    intanazehah

    macam mana nak dapatkan kain felt?

  3. aida junaida Avatar
    aida junaida

    mcm mn nak dapat kan stok kain flet ni?

  4. siti Avatar
    siti

    Ada x jual fiber. Klo are puchong ada x jual felt ni?

  5. faziella Avatar
    faziella

    sy nk tao la mcm ane nk bg harge ea?? sy ade gak wat tp bab harga neh xpndai sngt la..

Leave a Reply to faziella Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge