Doa Untuk Menjadikan Anak Bijak dan Soleh?

admin Avatar

Ada orang kata, yang penting usaha. Doa itu last, bila dah tak ada usaha yang boleh dibuat, maka doa sajalah…. Selagi ada cara, usaha kan dulu.

Ada orang kata, yang penting kita tawakal. Doa saja, usaha nanti lah, bila kita doa dan tawakal, kita akan ditolong.

Ada orang kata, semuanya perlu seiring. Usaha dan doa ibarat irama dan lagu. Keduanya berjalan serentak dan bergandingan tangan.

Hm, kalau kita kata orang, semua pun orang boleh kata ikut suka hati dia la, LOL.

Doa asalnya dari perkataan Arab, da’a bermaksud ‘menyeru’ atau ‘memanggil’. Kalau ikut istilah (wah macam buku teks Pendidikan Islam), doa ialah memohon atau meminta sesuatu yang baik dari Allah SWT.

Menurut sesetengah ulama, doa ni terbahagi kepada dua, 1) doa masalah, 2) doa ibadah. Doa masalah ni doa yang kita mintak hari2 sambil tadah tangan dan doa ibadah ialah semua perkara yang termasuk dalam kategori ibadah seperti solat, puasa, zakat, dsb. Kedua2 jenis doa ni bertemu pada satu poin – hanya kepada Allah SWT semata2. Tidak boleh (malah syirik = dosa besar tu) kalau berdoa macam “Wahai gunting, tolonglah jauhi anak saya dari gangguan setan”, “Wahai air yasin, tolonglah dengan berkatmu maka jadikanlah aku bijak macam Einstein”. Ataupun berniat macam ni “sahaja aku menunaikan haji kerana untuk menunjuk2 kepada jiran aku bahawa aku ni best, tunai..”.

Betul, doa mesti selari dengan usaha. Macam suami dengan isteri. Kalau tak ada isteri, seseorang tu tak dipanggil suami. Mungkin beliau seorang bujang atau duda. Begitu juga kalau tiada suami, seorang perempuan tu mungkin anak dara atau janda atau balu. Doa pun, tak boleh tidak kena ada usaha. Kalau hidup boleh dengan doa semata2, Rasulullah tak perlu galas pedang turun ke medan perang, tak perlu susah2 dakwah sir & dakwah terang. Tak payah susun strategi segala. Dan kalau boleh hidup dengan usaha semata, Rasulullah tak bangun solat malam2 sampai kakinya bengkak (ya, saya mata bengkak sebab berjaga malam juga).

Sementelah doa tu ibadat, mestilah ia menjadi amalan para nabi. Dan nabi2 ni dah ajar kita macam2 doa dalam al-Quran. Contohnya nak dapat anak soleh:

Sebelum dapat orang nak buat anak – Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati ( kami ), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa (al-Furqan : 74)

Sebelum dapat anak – Doa Nabi Zakaria “Tuhan, karuniakanlah kepada ku keturunan yang baik dari Engkau, Engkau Maha mendengar segala do’a “. (Ali Imran : 38)

Setelah dapat anak – Doa Nabi Ibrahim ” Tuhan-ku ! jadikanlah aku orang yang tetap mendirikan sholat, juga diantara keturunanku, Ya Tuhan kami ! Kabulkan do’a ku ” (Ibrahim : 40)

Tapi sesungguhnya derang tu tak ada berdoa then berdoa, pastu dah dapat anak pun berdoa je keje nya. Anak-anak dijaga, ditarbiah betul-betul dan segala perintah dan janji Allah ditunaikan. Contohnya, walaupun sayang sangat kat anak dia, Nabi Ibrahim tetap ikut suruhan Allah supaya menyembelih Nabi Ismail (kalau ada zaman sekarang yang dengar bisikan suruh sembelih anak tu, baik pegi jumpa phychiatrist cepat-cepat).

Analoginya senang je. Doa dan usaha ni macam kita nak pegi mintak kerja.

Sebelum pegi interview, apa kita buat? Mestila study sikit-sikit tentang kerja yang kita nak mintak tu kan? Kang nanti kena tanya “Apa agak-agak bidang tugas awak nanti?”, dibuatnya dijawab “Eh, encik, saya tak mintak keja jadi bidan encik. Saya mintak jadi drebar”. Tak ke haru tu.

Gitu jugak dengan doa. Mestila kena tahu hujung pangkal. Ni tiba2 “Ya Tuhan, berikanlah aku anak”. Anak apa? Anak ikan? Anak ayam? Anak tekak? Pastu bila tak mengandung-mengandung tapi asyik dapat kunjungan anak kucing terbuang, marah pulak. Padahal dia jugak yang mintak nak ‘anak’. (Ehe, tu contoh je lah).

Biasanya kalo nakgi interview kerja, smartnya ngalahkan CEO. Pastu ada rasa-rasa nak terkucil sedikit. Lebih-lebih lagi kalau kerja yang memang kita naaaaaak sangat-sangat.

Tapi kalau berdoa siap boleh sembang dengan member sebelah lagi, padahal tengah duk tadah tangan mintak ampun dari Tuhan. Ini biasa kita tengok (buat) kalau ada majlis doa selamat ke, tahlil ke, last2 imam tu sorang je kusyuk berdoa, yang lain2 duk sibuk compare cincin sapa paling besar. Wah, geng Mami Jarum nih.

Kalau pegi interview, walaupun nama kita dah dipanggil, pegi jugak ketuk pintu bilik interview tu. Ada ke yang terus pegi serbu bilik interviewer “Weh, kasikla kerja kat saya ye”. Kalau tak kena maki agaknya kena baling dengan kasut. Tak pun terus kena hantar hospital mental. Pastu macam biasa la kena greet interviewers, kasik wajah manis sikit. Build rapport sikit. Kalau yang pandai kipas, kasi bodek-bodek sikit, puji2 sikit. Kalau ada 15 orang interviewer, 15 orang jugakla dapat ucapan manis dia. Kalau tak ada benda nak dipuji, puji bilik interview tu pun jadila (untuk interviewee yang muka tebal macam saya).

Gitu jugak kalau berdoa, jangan le pulak tadah tangan je “Semoga anakku selamat dilahirkan, amiin”. Bagila puji-pujian pada Dia, selawat untuk Rasul-Nya. Dia suka dipuji dan bila kita buat benda yang Dia suka, lagi la Dia suka nak ‘dengar’ suara kita.

Masa interview berjalan, kita ni nak berlagak sangat, takut diorang tak menyampah, nak humble sangat takut diorang  tak nampak kekuatan kita, jadinya sepanjang sesi tu dalam keadaan ‘takut’ dan ‘berharap’. Tak kira lah apa perasaan sekalipun, tapi aci kerat kuku kalau kita betul2 nak kerja tu, kita akan rasa 1) takut tak dapat, dan 2) berharap kita akan dapat.

Begitu jugak dalam berdoa mesti ada perasaan gitu. Baru kita rasa cemas. Baru rasa nak merayu-rayu. Barula rasa kita ni ntah sapa-sapa.

Dah abis interview, takde pulak kita terus keluar camtu. Koman2 nak cakap thank you sebab sudi panggil interview. Takpun bodek2 sikit. Takpun buat2 tanya soalan yang tak berkaitan. Yang penting, keluar mesti berhemah.

Doa pun macam tu. Penutupnya dengan selawat dan pujian pada-Nya jugak.

Pastu bila dah selesai, hati tak tenang jugak. Hari2 cek webite kompeni tu kot result interview dah keluar. Hari2 duk pandang telefon je kot diorang call. Kalau by date yang patut depa call, tak call2, call pulak derang tanya “Result interview baru ni dah keluar ke?” Takleh tido lena selagi tak tau jawapan.

Doa pun lah… Takdenya lepas doa tu boleh kita balik tidur. Usaha kena la buat. Nak kaya? Carila jalan nak jadi kaya. Takpun gi beli sekaya kat pasaraya. Nak anak? Buatlah anak. Apa ingat anak tu cemana kejadiannya? Nak anak bijak? Ajarla dia. Apa ingat budak tu bionik, dan-dan boleh master semua benda?

Pastu bila kita dah dapat kerja, untuk pastikan kita terus maju dan maju dalam kerjaya, mestila kene tekun dan dedikasi kan? Kalau bukan sebab nak naik gaji or naik pangkat, at least sebab nak kekal keje kat situ. So kena la keja elok2. Ke ada yang macam lagu Senario “.. sebelum dapat kerja janji tekun bekerja, sudah diterima cuti dan MC saja…”. Kalau saya jadi bos, saya bagi dia cuti selama²nya (kecuali kalau dia ada bonding lagi 6 tahun LOL). Pastu kalau bos naikkan gaji, naikkan pangkat, takkan taknak cakap apa² kat dia kan. Koman² “Tengkiu Bos”.

Gitu jugak kalau berdoa dan dimakbulkan. Hormatilah Si Penerima doa, ikut semua yang Dia suruh, tinggalkan yang Dia larang. Dan terus memintak & mintak lagi sebab Dia suka kalau kita suka mintak² kat Dia. Itu yang Maha Agungnya dia. Kalau dengan manusia, kita asik mintak² je konfem kali ke-50 dah kena pelempang sedas. Tapi Tuhan tak, Dia suka kita mintak². Makin banyak kita mintak, makin Dia sayang. Tapi nak Dia sayang pun, kita kena la buat benda yang Dia suka… Kalau hari² kita mintak nak jadi kaya tapi kerja menipu orang, agak² bole kene lepuk tak? Kalau hari² mintak jadi bijak Matematik tapi keje tengok Akademi Fantasia je agak² jadi bijak tang mana? Kalau hari² mintak ada pendapatan dari berblog tapi nak buat entry pun malas, agak² pendapatan nak datang kut mana?

Bagai irama dan lagu, usaha dan doa jugak begitu.

Berbalik kepada tajuk entry (hehe lamanya baru sampai ke tajuk), doanya boleh diambil dari doa² yang dipetik dari Al-Quran yang saya nyatakan di atas.

Dan kalau nak jadikan anak bijak serta soleh, persekitaran dia biarlah bijak dan soleh juga. Betul la anak Sharifah Aini pun boleh belajar kat Saudi walaupun mak dia penyanyi tapi saya tak tahu apa Aunty Pah buat kat rumah dengan anak dia. Mungkin beliau ada jadual menghafal al-Quran bersama anak² ke, he… tu lantak dia lah. Yang penting kita tak payah jaga tepi kain dia sebab dah ramai yang jaga kain dia. Baik kita jaga tepi kain kita dan anak kita. Susunkan rumah kita agar menjadi sebuah ‘madrasah’ (bukan convert rumah jadi surau solat jemaah pulak. madrasah dalam Arabic maksudnya sekolah :D). Bukan kena buat homeschool pun tapi rumah memang hakikat dia sebagai tempat yang paling banyak anak kita belajar. Belajar tu bukan A B C, 1 2 3 je, tapi belajar jadi orang, belajar berkomunikasi, belajar jadi positif, belajar respek orang lain, belajar semua benda yang cikgu taka ajar di sekolah. Alah, kalau cikgu ajar pun bukannya ingat pun, belajar setakat nak lulus periksa je kan? 😛

Yang penting belajar untuk survival. Takde maknanya kalau belajar pandai tapi buat kerja tak tahu, or tak pandai bergaul (except kalo mmg kejenye tak melibatkan orang lain). Dan tahu cemana nak kontrol emosi. Tak ada la orang cakap sikit, terus terloncat.

Dan untuk menjadikan anak bijak, kita sendiri kena tahu apa makna bijak tu. Apa tu bijak? Boleh baca paper umur 2 tahun? Buat Math umur setahun setengah? Masuk U umur 11 tahun?  Buat pameran lukisan umur 9 tahun? Menang emas kat Olimpik? Cipta satu benda yang belum dicipta? Hmmm… Kalau ikut Rasulullah, orang paling bijak ialah yang paling banyak mengingati mati. Tapi bukan kerjanya duk ukur tikar sembahyang setiap minit. Dia gigih cari ilmu untuk membangunkan dunia sebagai ladang akhirat. Ingat mati bukan makna cuma fokus pada kematian, macam la dia dan anak² dah tak perlu nak hidup. Orang yang ingat mati, dia ingat nanti apa yang dia buat kat dunia ni akan dibalas. Oleh itu dalam segala urusan dia akan lakukan dengan sebaiknya, supaya mati besok mudah, nak sakaratulmaut mudah, nak kebumi mudah, nak jawab soalan dalam kubur mudah, nak dibangkitkan mudah, nak meniti SirotulMustaqim mudah, nak timbang mudah, nak masuk syurga mudah…

Ingat mati tu bukan untuk diri sendiri, tapi beri manfaat pada masyarakat. Elakkan menipu, maksiat, rasuah, aniaya orang, khianat. etc. dan membuat kebaktian pada orang, derma, sedekah, tolong orang, sharing, etc.

Ahah, nak jadikan anak kita bijak kan? Ajarla dia tentang mengingati mati

*entry ni utk Yoyooh..

admin Avatar

22 responses to “Doa Untuk Menjadikan Anak Bijak dan Soleh?”

  1. fid Avatar

    terima kasih!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sama²

  2. rizza Avatar
    rizza

    terima kasih…. atas ingatan ini..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sama-sama kuingat padamu jua…

  3. nadnye Avatar

    kesimpulannya… memang semua yang hidup didunia akan mati, kerana yang berkekalan adalah usaha kita ke arah kehidupan selepas kematian… Satu lagi nak tambah, seeloknya kalau sakit, berdoa, bersedekah dan kemudian berusaha untuk berubat… kerana dugaan dalam bentuk sakit datang dari ALLAH dan dariNYA juga akan dipermudahkan sembuh.. INSYALLAH

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ya la kan. tapi bab nak ingat benda lepas mati tu horror sikit hahaha.

      TQ nadnye for the addition! mmg betul, Dia yang beri, Dia jugak yang boleh setelkan.

  4. sitisifir10 Avatar

    Betul, ajar anak untuk mengingati mati…Tapi utk membuatkan mereka benar-benar mengingati mati bukan semudah itu. Long way to go sblm kita mendapat anak yang sebegitu…..Chaiyyok mama!!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sepertimana kata Rasulullah ‘…umat akhir zaman cinta dunia & takut mati…’ nak jadi beberapa kerat yang tidak cinta dunia & tak takut mati, kalo tak usaha kekuat, payah la kan kalo ikut probability & statistic. (sorila saya mmg suka merapu ngan encik kakak ni )

  5. farah Avatar

    btul !doa dan usaha perlu seiring..entri ni panjang gile ok!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      wohooo.

      memang panjang pun, makan 2 hari jugakla baru siap. wakaka.

  6. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    bagus entry nih mommy lyna…molek2 perumpaan yg di bui especially hok nih –> Kalau hari² mintak ada pendapatan dari berblog tapi nak buat entry pun malas, agak² pendapatan nak datang kut mana?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha. nati kawe tulis buku pasal perumpamaer la bulih?

  7. mama emma Avatar

    “Kalau hari² mintak ada pendapatan dari berblog tapi nak buat entry pun malas, agak² pendapatan nak datang kut mana?”…

    wakakaka.. akak sengih part nie…
    amboi!!!! tkena kat btg idung sdiri.. (ala, update blog tiap2 hari pun bukannye income masuk pun..lalala)

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      uhuhuhu. janganla terasa pulak sebab saya tak mention pun nama akak.

      kahkahkah.

  8. mamamiya Avatar

    betul yg kita perlu doakan anak kita bijak..tp bukan bijak dunia aje, kena jugak bijak akhirat. bijak akhirat ni kena lebih skit, sebab tak semua org tau the actual answer utk jadi bijak akhirat. bijak dunia ni ada kat buku, kat tv, kat computer, kat skolah, kat uni…tp bijak akhirat ni…its too subjective….even mak bapak anak ni pun tak sure lg 100% katam utk benda2 nak jadi bijak akhirat..

    harap2 ramai moms out there echo me by saying “betul, betul, betul…”

    so, apa kita boleh buat? doa aje laaaaa…..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Betul3!

      & kalo kita dapat kupas & dalami sabda Rasulullah yg sy ckp tu “..org yg plg bijak adalah yg paling byk mengingati mati..”, semuanya dah ter- conclude dlm ayat yg simple tu.

      Tepat juga dgn kata2 (xsure from where) “bila kita kejar akhirat maka dunia akan mengejar kita”.

      err..bole mamamiya explen sket ur tafsiran ttg bijak akhirat? Tkt salah faham.

      To me org yg bijak akhirat akan berusaha bangunkan dunianya, agar ada kedai muslim, doktor muslim, restoran muslim, kafe muslim, engineer muslim, bisnesman muslim, bos muslim, etc… Supaya tak adala sedara dia rasa tertindas d tpt kerja, mkn ayam tak sembelih, terbeli kasut kulit babi (haram), dsb.

      1. salzahari Avatar
        salzahari

        dulu Al Arqam dah ada buat …sorry kalau sapa2 pelik. saja habaq sbb i duduk dekat area situ,mmg dah ada shoplots lengkap semua Muslim punya dari kedai runcit, bakery, clinic, dobi, surau, advertising co., restoren dll. tapi skrg, boleh kira ja brp yg masih bukak!

        good article…u always give us the best input! 😉 TQ

  9. chime Avatar
    chime

    hmmm… salam kenal Mommy lyna..

    Masalah kita ni… bila susah je baru nak ingat Tuhan.. Nak doa semua. Kalau tak… hmmmmm… lepas siap semayang pun tak sempat2 nak doa pun, bagi salam kanan, salam kiri, sapu muka terus bangun, sejadah pun tak sempat lipat **errrr… merujuk pd diri sendiri nih** bila time terdesak baru nak ingat Tuhan, macamanalah Tuhan nak nak makbulkan..

    apa-apa pun, doa tu senjata mukmin – *cakap je ni, buat tak pun.. – abis camno**

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam kenal juga chime,

      Agaknya sebab tu Tuhan “susahkan” hidup kita supaya kita ni dok ingat kat Dia.

  10. NaDiaH SiDeK Avatar

    salam…

    entri yg baik…analogi yg digunakan pun baik…

  11. mirah Avatar

    Ingatan yang bagus. Ya mendidik anak itu banyak cabarannya. Dan yang paling penting, bagaimana mendidik anak menjadi muslim yang sebenar. Sama-samalah kita.

  12. qay Avatar
    qay

    terima kasih ats tzkirah yang ingtkan diri yg kdg2 lalai dan lupa…

Leave a Reply to nadnye Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge