Cerita Suami Isteri – Menjaga Keharmonian Dalam Rumahtangga

admin Avatar

Membaca entry Kak N tentang Hilang Seri Wajahnya.. dan Kau Tercipta Untukku membuatkan Mommy insaf akan sebuah hubungan yang dibina bersama Abiy yang dah nak masuk 4 tahun ni. Terngiang2 pesanan cikgu driving school (cikgu driving school tuh!) tentang pentingnya menjaga hubungan kelekeluargaan. Kata beliau “Mak ayah kita, wajib kita hormati kerana sampai bila2 pun dia tetap mak ayah kita. Suami isteri kita pun sama sebab tak tentu tahun depan dia masih suami/isteri kita”

Sekarang ni banyak dengar tentang penceraian, sama ada orang tak terkenal atau orang terkenal. Yang latest dengar2nya Ustaz Akhil Hayy. Begini lagi buat Mommy rasa insaf. Tak kirala dia ustaz jenis apa tapi kalau nak banding dengan Mommy ni memang jauh la. Kurang2 beliau lagi banyak beramal dan menyumbang pada perkembangan agama.

Sebelum kahwin dulu, (bukan 2 3 hari sebelum kahwin, tapi bertahun2 sebelum kahwin) bila bercakap soal calon suami, Mommy memang ada rasa low self esteem dan sedikit inferior. Yelah, semua orang konon nak suami yang soleh, nak jadi isteri solehah segala tanpa memikirkan : 1) adakah aku sorang anak yang soleh? 2) adakah aku seorang hamba yang soleh? 3) Adakah aku seorang manusia yang soleh? … Apa ingat suami isteri je ke yang kena jadi soleh/solehah?

Betul, kunci syurga seorang isteri ialah taatkan Allah dan suami, tapi timbanglah sebelum kita ambil keputusan kahwin dan jadi isteri solehah, taatkah kita pada ibu bapa kita? Taatkah kita pada Tuhan kita? Apakah kita rasa dengan selama ni kita kaki lawan cakap mak, nantinya kita boleh ikut cakap suami? Kerana cinta mungkin? Baca coretan Kak Non Vovo.

Walaupun ada yang berkata ‘perempuan mudah masuk syurga, taat je pada suami’ tapi ingat le isi neraka ramai perempuan…. yang derhaka pada suaminya.

Hidup kita ni bukan macam cerita fairy tales.. Snow White ke, Beauty and The Beast ke, Cinderella ke… semuanya HAPPILY EVER AFTER. Kita ni manusia tak terlepas dari cubaan dan dugaan. Ramai yang fikir “takpe, kahwin je, setel semua”. Tapi hakikatnya, perkahwinan tu satu permulaan baru yang tak terjangkau dek akal. Lainla kalau kita ni Cinderella ke, at least Bawang Putih Bawang Merah, sebab depa2 tu hidup bahgia selama2nya kahkahkah.

Dulu2 bila sebut topik perkahwinan, saya suka tanya soalan ala2 macam ni la “Kenapa nak kawen?”. Majoriti plak akan jawab macam ni:

Wanita “Nak ada orang jaga aku, manjakan aku, timang2 aku….”

Lelaki “Nak ada orang masakkan utk aku, basuhkan baju, jaga aku….”

*Tak semua, tapi KEBANYAKAN (tapi biasanya bila dah kahwin mostly dah berpijak di alam nyata lah). Dan amat jarang atau almost takde yang cakap gini:

Wanita “Memenuhi tuntutan sunnah, mengembangkan zuriat, membangun umat, memelihara iman…”

Lelaki “Pendamping yang mendorong aku ke arah lebih baik, lebih maju, lebih terampil dan menjaga maruah serta imanku”

Hehehe. [Jangan tak tau, itu adelah jawapan Abiy dulu2 :D].

Kalau rasa kita termasuk dalam golongan yang pertama tu, pandai2 la buat penilaian kan. Isteri nak apa, suami nak apa, last2 dua2 tak puas hati. Gaduh2, marah2, memendam rasa, dan sebagainya. Dari situ la timbulnya benda2 tak patut dibuat oleh isteri, dibuat juga. Sebaliknya pun macam tu.

Memang, hidup suami isteri ni penuh dugaan. Ustaz yang gigih berdakwah (tak kirala dia ustaz jenis apa, janji sumbangan dia pada Islam lagi banyak dari kita yang reti merapu je ni) pun boleh bercerai-berai. Ye lah, memang semuanya cuma manusia. Dari situ kita kena selalu muhasabahlah, sejauh mana rukunnya, tulusnya kita dalam perhubungan.

Tapi cemanapun, alhamdulillah, rakan2 saya tak de yang termasuk dalam golongan2 macam tu. Gaduh2 sikit tu biasalah. Orang kata, sedangkan lidah lagi tergigit. Kalau kami, yang gaduh2 tu yang buatkan kami lebih rapat. Biasala lepas gaduh2 meti ada pujuk2 kan. Hehe.

Keharmonian rumahtangga terletak pada kedua pihak. Perkara terpenting adalah komunikasi dan interaksi. Ada pasangan yang memang asyik bercakap je. Ada pasangan yang diam je tapi masing2 faham kehendak masing2. Pakai telepati kot. Asalkan isi hati masing2 terpancar, dapatlah digapai objektif komunikasi.

Isteri mahukan kasih sayang, semua mahukan rasa ‘diperlukan’. Bila kedua2nya dipenuhi, insya-Allah rumahtangga pun sejuk je. Yang penting ialah niat awal untuk bernikah, dan berdoa setiap masa untuk kesejahteraan masing2. Serta bersyukur dengan kebahagiaan yang dikecapi.

Isteri doakan suami, dan sebaliknya. Daripada kita komplen2, marah2, tension2, lebih baik gunakan masa tu untuk doakan suami, semoga dia berubah dan menjadi suami yang lebih baik.

Tagged in :

admin Avatar

16 responses to “Cerita Suami Isteri – Menjaga Keharmonian Dalam Rumahtangga”

  1. Precious Avatar
    Precious

    Asal saja kita ingat lelaki dan perempuan fitrahnya berbeza … lelaki kena faham perempuan dan sebaliknya … mesti saling bertolak ansur, jangan keras kepala la … Sebenarnya satu adalah pelengkap kepada yg satu lagi.
    .-= Precious´s last blog ..Penawar Segala Penyakit Kecuali Mati =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tepat sekali

  2. suealeen Avatar

    kata Ustaz Zawawi Jusoh, cerai @ keretakan rumahtangga ni tak kira nak jadi pada siapa – artis ke, orang gila ke, orang cerdik ke, orang bodoh ke, hatta ahli agama sendiri. katanya lagi, apakah sebenarnya yang mengikat perkahwinan? iaitulah Allah swt.. suami isteri dan juga Pencipta. kalo rapat kita dengan Dia, insyaAllah kita rapat juga dengan pasangan kita. kalo ada masalah pun cukup hanya terjadi ‘storm in a tea cup’. tapi kalo salah sorang tak pegang betul², cukuplah kalo tali tu Allah swt usik sket pun.

    key dia… tali perkahwinan tu dipegang olehNya.. so kena bertaqarrub kepadaNya…
    .-= suealeen´s last blog ..Dialog Rasulullah saw dengan seorang arab desa… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      betul kak.

      masalahnya, niat nak kahwin pun bukan sebab nak cari keredhaan Allah, then bila dah kahwin claim macam2… tak patut lah kan. kita tahu yang hati kita ni dibolak balikkan oleh-Nya tapi tak boleh nak kembali pada Dia.

      kawen sebab ‘jodoh’, cerai then sebab ‘xde jodoh’

  3. sya Avatar

    niat dari awal untuk berkahwin tu juga salah satu sebab untuk rumahtangga yang bahagia.. betul kata lyna, kalau dah niat awal kahwin sebab nak ada orang basuh baju dia, tup2 tiba2 isterinya kerja busy dan terpaksa basuh baju sendiri, kan dah huru hara jadinya?

    dah namanya hidup bersama tentulah memerlukan segala2nya dilakukan bersama..
    .-= sya´s last blog ..ketenangan =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      patutnye masyarakat kita kena tekankan “dah ready ke nak kawen?” instead of “dah tua ni apsal tak kawen2?” hehe.

      maybe ada orang nak kawen sebab nak mudahkan idup dia, alih2 jadi makin payah…

  4. Rai Avatar

    aritu nengok rancangan 3R…bincang pasal kawin2 ni..dalam banyak2 jenis lelaki dlm tu..ada satu jenis tu yang dipanggil “mat tak paham konsep kawen” hehe..ditunjukkan sebagai sejenis lelaki yang anggap isteri macam pembantu rumah..tapi semua package tu datang percuma (bayar sekali je – hantaran) lepas tu paling penting halal..

    jangan tak percaya..ramai lelaki macam ni..hehehe…
    .-= Rai´s last blog ..My 10 month old prince =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      percaya.. percaya..

      macam2 orang atas mukabumi ni kan. yang tak terjangkau dek akal pun ada (*me suka baca Mingguan Wanita, kadang2 rasa ‘ada jugak orang camni’ bila baca kisah2 masyrakat tu.. isk3x)

  5. erynn Avatar

    tatau komen ni ada kaitan tak dgn entry kamu ni sbb kes tak baca sampai abis.. hehe.. saya selalu amalkan lepas solat berdoa dgn spesifik supaya anak & suami cepat sembuh kalau deorg demam, selsema, sakit pingang, nappy rash etc pastu miraculously (dengan izin Allah) kurang sket sakit deorg tu esok harinya. nak cakap sini kita selalu lupa betapa berkesannya kebergantungan kpd Allah berbanding manusia. pastu doa ibu tu makbul. sekian.
    .-= erynn´s last blog ..MISI – a cool marketplace to buy & sell crafts =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      amalakn konsep SMART dalam berdoa

  6. fid Avatar

    adik
    i rasa i jatuh cinta lagi..ohh ohh…jatuh cinta lagi dgn si dia kekasih lamaku..hahhaha
    .-= fid´s last blog ..saya laa..saya =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      saya jaruh cinta dengan anak lelaki orang. haaa sudahhh~

  7. NaDiaH SiDeK Avatar

    suami isteri pun kena byk bertolak ansur & belajar berkomunikasi secara berkesan. kdg2 timbul mslh sbb salah fhm mesej yg nk dismpaikn dpd psgn masing2
    .-= NaDiaH SiDeK´s last blog ..Contest Catatan Ibu (Jom Main Air Bersama..!!!) =-.

  8. kakyong Avatar

    hmmm.. kakyong pun baru 4 tahun mengahrungi dunai rumahtangga…
    kdg2 bergelora juga.. tapi sebolehnya kita cuba untuk menenangkan keadaan..
    lagipun dah termaktub hidup ini pinjaman & pasti diduga dgn mcm2.. kalo tak belajar utk bersabar & cuba buat yg terbaik.. tak tahulah..

    asasnya, selalu kena ingat lah.. kita ni dibawah suami..
    tp tu le kdg2 bila terkena dihati pedih tu.. termerajuk juga & boikot tak bercakap dgn suami… 🙁
    .-= kakyong´s last blog ..Vote for Aliya pulak… 😉 =-.

  9. salzahari Avatar
    salzahari

    Lyna, i dah nak masuk 6 tahun (well next year lah)..rasanya 7 thn pertama mmg byk liku-likunya sbb proses adaptasi dari 2 manusia berbeza, beza jantine, beza latarbelakang kuarga, beza taraf pendidikan dll. Mcm2 lah berbeza!

    betul..yg paling penting, komunikasi. jgn sornag je bercakap, sorang diam terima takdak komen bls :p haru jugak taktahu faham ke idak dsb. teknik komunkasi berkesan tu perlu diajar salah satu sillabus kursus kahwin!

    niat dan doa juga kena spesifik…Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

  10. ayuarjuna Avatar

    wahh…baca ni memang I selalu kena taruk ngan husband…dengar jerla semata2 nak saham pahala …hehehe
    .-= ayuarjuna´s last blog ..Aktiviti Dugro kat One Utama =-.

Leave a Reply to Mommy Lyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge