Cerita Suami Isteri – Menangani Isteri Yang Kuat Membebel dan Berleter

by Mommy Lyna on August 16, 2009 · 31 comments

Fahrin Ahmad (bukan nama sebenar) sedang kepenatan memandu tika pulang dari kerja lewat petang itu. Selepas meeting yang panjang dan memenatkan, tambah pula dengan jalan yang sesak kerana berlaku kemalangan, dia mengharapkan rehat yang cukup maximus bila tiba di rumah nanti. Terbayang di kepalanya mandian air panas, makan malam yang enak dan diulit tilam empuk yang nyaman..

Tiba di rumah, belum sempat Fahrin Ahmad membuka kasut, isteri tercintanya Mira Edora (bukan nama sebenar) menyambutnya dengan sapaan ‘mesra’,

“Kenapa lambat? Semalam U janji nak balik jam 5ptg, I dah masak bla bla bla pong pang pong pang..” hingga akhir ayat.

Fahrin Ahmad berasa bengang kerana isterinya membebel yang mana sepatutnya tiada dalam to-do listnya hari itu. Beliau membalas bebelan dengan keluhan yang garang.

“Awak tau tak saya penat ni baru balik keje? Bukan nak tanya elok2, membebel je keje. Saya bosan tau tak! Dah lah awak duk kat rumah je hari2, saya ni hari2 keluar keje cari duit, awak pulak reti membebel bebel bebel. Menyusahkan betul!”

Maka malam itu berlalu dengan hati yang membara, bukan bara asmara tapi bara setan.

Akhirnya Fahrin Ahmad dah tak tahan lagi dengan bebelan Mira Edora. Dia mula rasa bosan di rumah, dengan anak memekak, isteri bersyarah. Lalu beliau mengajak temannya Akhil Hayy (bukan nama sebenar) keluar minum di sebuah kafe.

“Aku da tak tahan ar Bro. Bini aku kejenya membebel aje. Sakit dah telinga aku yang capang ni” Fahrin Ahmad mengadu.

Akhil Hayy tertawa sinis “Apara lu, ni baru bini membebel, belum kena soal Mungkar Nakir lagi”.

“Bro ko jangan buat lawak insaf macam tu. Tau la ko ustaz”

“Fahrin, gua nak bagitau lu satu citer. Citer ni berlaku zaman Saidina Umar. Ada sorang mamat ni, macam lu la, ada isteri yang kuat betul membebel. Nasibla masa tu tadak radio, kut tak sure dah jadi DJ wanita pertama dah. Pastu dia naik bengang ar, dia marah balik. Bini dia plak menjawab, ape lagi, perang la. Hari2 camtu. Senak kepala otak beb. Satu hari mamat ni dah tak tahan, dia pun pegi uma Saidina Umar nak mengadu, apa patut buat kat bini dia ni..”

“Pastu? pastu?” Fahrin Ahmad menyampuk.

“Kot ye, saba la. Ape ar” Akhil Hayy menegur dengan penuh hikmah. Lalu beliau menyambung “.. Sampai2 je umah Umar, mamat ni pulak tekejut dengar Umar pun kena bebel dengan bini dia! Tapi Umar diam aje. Mamat ni pulak dah macam tu, dia pun fikirla ‘Umar pun kena bebel dengan bini.. Adoi.. Camnila nasib suami2 zaman sekarang’. Pastu dia pun nak balik la.. Tibe2 Umar napak dia dan panggil ‘Eh enta tu nakgi mana? Tak singgah dulu minum teh ke apa?’ Mamat ni pun jawab ‘Takpela Umar, ana ingat nak jumpa enta pasal bini ana ni tak stop2 membebel. Tengok2 enta pun kena bebel jugak. Tapi ana ‘saspek’ (respek) la, enta cool aje. Kalo ana, dah lama kena pelempang’ Lalu Umar senyum dan cakap ‘Tak patutla kalo ana tak bersikap cool. Dia seharian kat umah, masak, kemas, cuci baju, jaga anak,etc. Malam2 ana cari dia jugak. Biarla sesekali dia nak meluahkan perasaan..’ Ha.. Tu la kisahnya” Akhil Hayy menghabiskan cerita.

Fahrin Ahmad terdiam. Dia terkenang Mira Edora yang dah macam tempoyak dilenyek 4 orang anak mereka yang semuanya hero belaka. Tu belum masuk dilenyek dirinya jugak. ‘Kesian bini aku’ terdetik di hati Fahrin Ahmad. Ya, selama ni dia fikir dia sorang je yang penat bekerja cai duit untuk keluarga, manakala isterinya pula lepak2 di rumah. Tapi.. kalau la suruh dia yang duk rumah jaga anak2 tu.. sorila beb. Tak sanggup!

Sebenarnya.. dia ada banyak masa untuk dirinya sendiri walaupun sibuk dengan kerja
Isterinya 24 jam dengan hal keluarga, anak, uruskan rumahtangga… sampaikan nak mandi pun tak sempat bersabun, itu belum working wife lagi
Sebenarnya.. dia ada masa rehat sejam sehari di pejabat
Isterinya cuma boleh berehat semasa anak2 mereka tidur pada pukul 2 pagi setiap hari
Sebenarnya.. dia ada kawan2 untuk bercakap2 dan melepak bersama
Isterinya cuma ada dia yang balik dah dekat nak malam pegi kerja sebelum matahari terbit lagi

Jadi, wajarlah isterinya membebel begitu
Dia penat dan nak berehat
Isterinya pun penat dan nak meluahkan kepenatannya sepanjang hari tu
Apa salahnya berkongsi kepenatan sebelum sama2 berehat

Dia patut bersabar dan jadilah pendengar yang baik
Nothing to lose pun
Bukan boleh turun gaji/pangkat dengan mendengar leteran isteri
Malah boleh merapatkan intimacy
Bila isteri berleter, semuanya keluar mengikut emosi
Jadi dia kenalah bijak untuk menapis dan menegur dengan hikmah
Bukan marah balik

***

Tapi sorang isteri tak bolehlah jadikan kisah ni sebagai teladan untuk jadi pembebel profesional peringkat ke-8. Bajet2 jugakla.. kita manusia especially orang pompuan tak dapat lari dari nak berkongsi perasaan tapi sesekali pikirkan cara lain jugak. Kalau suka membebel sangat apa kata apply je jadi DJ kat mana2 stesen radio.

Tapi.. kisah ni takde kena mengena dengan saya. Saya tak suka membebel. Hehe. Buang masa je. Kami dahla jarang dapat alone bersama (maklumlah tinggal dengan family mentua), masa2 yang ada tu elokla gunakan dengan semesra mungkin. Lagipun sekarang bebel berteknologi. Tak cukup SMS, kita email :D

{ 31 comments… read them below or add one }

baitibrunei August 16, 2009 at 10:38 am
Mommy Lyna August 17, 2009 at 7:14 am
anamarza August 16, 2009 at 10:44 am

kekadang isteri tu bukan sesaje nak membebel tapi inginkan yg terbaik tuk dirinya, suaminya, anak2nya dan rumahnya…cuma mungkin cara penyampaian nye aje yg tak kena….
.-= anamarza´s last blog ..Toilet Training (part 4) =-.

Reply

Mommy Lyna August 17, 2009 at 7:21 am

mungkin memang dah ditakdirkan dengan cara itu seorang isteri mengeluarkan pendapatnya

hehehe

Reply

sitisifir10 August 16, 2009 at 11:58 am

Patutnya Mira Edora sempat berkata, “Uk abang, saya bukan membebel, saya cakap citit aje…..sob sob…” :mrgreen:
.-= sitisifir10´s last blog ..Tanda Anak Bijak =-.

Reply

Mommy Lyna August 17, 2009 at 7:22 am

tula apa la Mira Edora ni
kene bijak sikit nih hehehe

Reply

ummuabdullahsyaakir August 16, 2009 at 12:05 pm

Salam mommy lyna,moga sht n ceria selalu dsmping family.

Alhamdulillah suami tak pernah lebelkan saya seorang peleter wlpn kdg 2saya rasa membebel dan beleter yang bermusim..hehe

Apapn suka baca artikel ni…jadi ingatn untk jadi isteri idaman
.-= ummuabdullahsyaakir´s last blog ..Perjalanan Benih Cinta – Part 1 =-.

Reply

Mommy Lyna August 17, 2009 at 7:23 am

salam UAS,

saya nak jugak jadi peleter, macam best juge tgk macik2 membebel macam mak nenek tapi sayangnya saya berat mulut sikit
kahkahkah.

Reply

mamamiya August 16, 2009 at 12:25 pm

well kurangnya si isteri luahkan perasaan dia. bukan dia makan hati sorang. usually kalau makan hati ni lg la buka ruang utk setan cucuk2 duri dia lg.

tp isteri kena jugak tau timing nak bebel kan? also limit membebelnye…

anyway, i’ve seen many great couple yg survive berpuluh tahun together even tho si isteri kuat bebel. contoh terdekat, my uncle & aunt. my aunt kuat aje bebelnye. then bila my aunt tak bebel, my uncle saje je sakat or buat benda nak kasi my aunt bebel. but they stay happy together. ;-)

tp i ni mmg spesis malas membebel coz my mom & MIL dah tolong bebelkan for me. hehehhe… so i boleh save air liur i dr membebel to hubby or anak.
.-= mamamiya´s last blog ..Beef & Fennel Pie Recipe (Seperti Dijanjikan) =-.

Reply

Mommy Lyna August 17, 2009 at 7:25 am

agree. yang pendam rasa & makan hati tu lagi dasat kalau tibe2 meletup. belum tambah dia ungkit2 benda yang tahpape lagi tu.

Reply

zuhaini August 16, 2009 at 1:31 pm

tu dia.. fahrin saja! hihi.. (kalau suka dengan fahrin, kenapa Fahry tak dinamakan fahrin..?) :lol:
.-= zuhaini´s last blog ..What else, ya..? =-.

Reply

Mommy Lyna August 17, 2009 at 7:26 am

tak best la nama Fahrin
heheheh
Fahry lagi nampak macho dan bijak
:mrgreen:

Reply

rizza August 16, 2009 at 3:52 pm

cik abg akak selalu ceritakan kisah2 nabi…[kisah zaman sahabat...] termasuk la cerita yg lyna tulis tu…

tak kuasa akak nak bebel… buang masa je.. hehhe…

Reply

Mommy Lyna August 17, 2009 at 7:27 am

ye lah masa2 yang ada tu baik kita gunakan untuk…. er.. apa2 lah kan hehe.

Reply

baizurah August 16, 2009 at 4:04 pm

haaa nak suruh husband baca nih :mrgreen:
.-= baizurah´s last blog ..Indonesian Dramas =-.

Reply

Mommy Lyna August 17, 2009 at 7:27 am

suruh jangan tak suruh ;-)

Reply

DNNA August 16, 2009 at 4:07 pm

Hehehehe,
Mommy lyna,

Suka suka suka cerita ni … Nak bagi che abang YTC baca kejap ek … Nak tengok apa reaksi dia … kikikikiki ;-)

p/s – Ku bebel kadang-kadang jer, bukan selalu pun .. kan abang kan kan kan …Hahahaha
.-= DNNA´s last blog ..case write up – updated =-.

Reply

Mommy Lyna August 17, 2009 at 7:29 am

hiburan apa bebel2 ni. kalo tak kang senyap macam duk dalam gua pulak jadinya kehkehkeh.

Reply

fid August 16, 2009 at 5:48 pm

hb i dia mmg suka kena bebel
kalau i tak bebel bersamaan dgn i sakit hahahahahhaaa

bebel ada sebab laaaaa
bkn bebel membuta tuli

Reply

Mommy Lyna August 17, 2009 at 7:31 am

bagusla suami akak
dia sangat suka dengar suara akak
hehehe

suami saya suka dengar sanya nyanyi
jangan tak tau sora saya tak sedap sikit je dari siti nurhaliza

Reply

awe August 16, 2009 at 11:02 pm

alhamdulillah, suami saya yang forward pasal saidina umar tu… die paham laa kot kenapa saya bebel walaupun saya bukan suri rumah… ;-) bebel ade sebab… tapi rasenye kebanyakan perempuan bebel sebab nak perhatian dari sang suami, suami kene laa paham kan kan heheh :lol:
.-= awe´s last blog ..berdikit-dikit =-.

Reply

Mommy Lyna August 17, 2009 at 7:32 am

betul betul betul
memang macam tu lah kekdahnya kan
takkan nak suami plak yang bebel
hehehe
ini nama dia efisyen communication
:mrgreen:

Reply

defina August 17, 2009 at 9:46 am

dah pompuan jenisnya camtu walaupun tak semua…
tapi saya rasa saya pun jenis x reti ngat nak pong pang pong pang wpun blh jadi peramah :razz:
.-= defina´s last blog .." BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess" =-.

Reply

afrinabatrisyia August 17, 2009 at 9:59 am

Pada saya, membebel a.k.a berleter means isteri penat mengemas rumah+jaga anak+ jaga makan minum suami, kemas rumah, basuh baju n so ever yg m’jadi tggungjawab sang isteri..bukankah rutin isteri tu penat? kalo yg bekerja tu berganda lagi penatnya (like me :lol: ) Dlm kisah di atas, mira hanya nk meluahkan segala kepenatan nya kpd si fahrin, mungkin pendekatan yg digunakan tu xbetul…tp, nasib baik ade Ustaz Akhil ni yg secara xlangsung memberi motivate kat Fahrin,kalo xde, mmg berperangla jwbnya si Mira Edora+Fahrin ni…thanksla kat ustaz Akhil ni eh..Slamat Pengantin Baru, Semoga Waheda bukan jenis kuat bebel, Eh Out Of The Topic plak! :mrgreen:
.-= afrinabatrisyia´s last blog ..:: BoRiNk :: =-.

Reply

knv August 17, 2009 at 11:09 am

akak serius tak reti membebel. sakit jiwa dibuatnya. tak taulah apsal mulut ni memang lagi marah lagi berat. tak reti nak luahkan.

i think same goes to my husband.

jadik kitaorang kalo marah, rumah jadi senyap sunyi. i don’t like it! :???:

Reply

Hanz August 17, 2009 at 1:06 pm

:lol: :lol: tak tahan ngan entry kali ni..tak berenti LOL…

Pernah baca kisah ni..anyway, ini apply pada SAHM kalau WAHM & balik sama2 camner? Tang apa pula nak dibebelkan? :roll:
.-= Hanz´s last blog ..Our so-called 1st Bento on the go! =-.

Reply

sya August 17, 2009 at 3:25 pm

saya tak suka membebel.. penat.. :P
agaknya sebab dah penat membebel dalam kelas kut.. :P

tapi, saya sangat suka membebel dalam blog.. hehehe

*ini adalah kali ketiga saya komen kat sini.. kalau tak keluar juga.. huwaaa…
.-= sya´s last blog ..tabiat darwisy sebelum tidur =-.

Reply

ummu_abdullah August 17, 2009 at 5:23 pm

“Lagipun sekarang bebel berteknologi. Tak cukup SMS, kita email :D

Suke ayat nih. Jadi suami tak leh la nak lari dari bebelan kite… huhu… die pegi la mane pun akan kene gak bebelan tuh…

Tapi sebenarnye tak suke membebel nih… lebih suka diam… kalau nak luahkan perasaan, mulakan dengan topik yang die suke dengar dulu… pastu baru la selit-selit… huhu…
.-= ummu_abdullah´s last blog ..Anak tak datang dengan manual =-.

Reply

ibufarish August 18, 2009 at 5:54 am

Dulu time anak dara saya suka membebel kat anak sedara.. Zaman bercinta pun kadang tu kerap gak bebel kat boifren (sekarang hubbyku), tapi time bebel tu dia layan.. pas dah habih bebel baru dia komen.
dan ayah selalu cakap, habihla kaki hang nanti, mesti senang nak pekak, tiap2 hari dok dengar pot pet pot pet.

tapi lepas kawen saya dah tak membebel pun, hubby lak yg kuat membebel.. cam terbalik lak tu

Reply

aidie August 20, 2009 at 12:42 pm

kaum hawa kan suka berkata2..bebelan itu adalah luahan hati. tapi sbg isteri kenalah berpada2 nk membebel pun jgn la sampai meninggikan suara, menggunakan perkataan yg tak sepatutnye, memperkecilkan si hubby…

Reply

mamanoa December 16, 2009 at 1:11 pm

kalu saya ckp cik somi saya suker berleter pasti kamu sumer xpercaya..tp cik somiku mmg suka berleter (dr becinta smpi da ada anak 1)tp nk tggu dia berleter ader masa-masa la..tp biler start leter mmg bleh dgr benda yg sama 1 ari suntuk..(tu kalu kiter layan la) slalu saya buat dek je…sbb sy mmg xsuka org berleter ni..sakit ati..
tp cik somi sy akan lg sakit ati n kengkadang geram sbb sy buat dek je(ekceli diam membatu..buat muker xpandang dia mcm xwujud) – slalu dia membebel-berleter pasal saya gak..hahahah..yer la kiter duk luah perasaan kat dia..skali dia plak tmbh bebel kat kiter…amik ko..
.-= mamanoa´s last blog ..WEEK-END STORY MORY…. =-.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: