Cara Simpan Duit Dah Lapuk Di Telan Zaman. Contohnya…

admin Avatar

Cara simpan duit macam 10% daripada gaji transfer masuk Tabung Haji memang masih boleh pakai. Tapi konsep nak simpan duit sampai penuh ASB atau Tabung Haji dah tak boleh pakai langsung untuk masa-masa akan datang; melainkan duit anda dah terlalu banyak sampai dah takde tempat lain nak letak kecuali Tabung Haji atau ASB (atau apa-apa je lah…).

Intriguing?

Once upon a time, datuk-nenek kita gadai atau jual tanah nak membiayai pelajaran mak ayah kita. Kalau yang kaya sikit, mungkin juga jual barang kemas yang ada emas. Lepas tu, zaman kita nak belajar, mak ayah kita jadi penjamin (kalau mak ayah tak boleh, pakat mintak pakcik-makcik) untuk buat pinjaman pelajaran. Yang paling famous, PTPTN la kot.

Zaman anak-anak kita nak belajar pulak, i guess banyak yang dibiayai oleh insuran pendidikan macam SSPN. Nak dapat loan PTPTN time tu saya kira sangat sengit. Sama ada perlu betul-betul susah, atau betul-betul pandai, atau pun kedua-duanya sekali. Kira beruntungla kalau budak-budak ada simpanan SSPN sikit-sikit sebab mungkin dapat priority. Lebih beruntung kalau budak tu genius habis dengan perwatakan yang menarik sehingga syarikat swasta berebut-rebut nak bagi scholarship.

Kalau tak dapat?

Dengan simpanan RM100 sebulan sejak anak kita lahir sehinggalah umurnya mencecah 18 tahun, jumlah dana yang anak kita boleh pakai sekitar RM42,000 (dengan kadar pulangan dana tersebut 7% setahun, which is already super high untuk insuran atau dana pendidikan).

Dengan simpanan RM100 sebulan dalam dana yang memberikan pulangan 7% setahun (sama macam kes sebelum ni) dan beli emas setiap 5 tahun (hasil simpanan 5 tahun sebelum tu) yang naik 10% setiap tahun (secara purata), jumlah dana & hasil jualan emas yang terkumpul bila anak berumur 18 tahun adalah sekitar RM51,000.

Sekali lagi, dengan simpanan RM100 sebulan (macam kes yang pertama tadi) tapi gunakan duit terkumpul untuk membeli saham yang harganya boleh naik 15% setahun (tak masuk dividen) setiap 5-tahun, jumlah terkumpul sekitar RM84,000 by the time anak kita tu nak masuk universiti. 15% pulangan saham tu sukar? Ha, ni kena posting lain kalau nak cerita.

Last but not least, beli rumah tanpa modal sebaik saja anak kita tu lahir. Let’s say harga rumah tu RM80,000 dengan extra cashflow sebulan RM100. And let’s assume dapat extra RM50 sebulan cashflow dengan menaikkan sewa setiap 5 tahun DAN harga rumah tersebut naik 3% setahun.

Bila nak pakai duit anak masuk universiti umur 18 tahun kita refinance rumah tu, dapat la cash dalam RM105,000. Dan kalau kita simpan duit bulanan sewa dalam akaun semasa yang tak bagi faedah langsung, boleh kumpul dalam RM36,000. Combine dapat la RM141,000.

Dan kalau duit bulanan sewa tu dilaburkan semula dalam emas & saham, maybe boleh dapat extra RM10-30,000. By the way, ini tak masuk kalau setiap bulan simpan RM100 dari kocek sendiri. Kalau campur simpanan sendiri total boleh cecah RM200,000. Kalau dapat 10, 20 atau 50 rumah camni?

Cara simpan duit yang mana paling anda suka?

It’s not that kita tak percaya akan kebolehan anak-anak kita. Tapi lebih baik bersedia dengan segala kemungkinan yang ada; prepare for the worst but hope for the best.

GO Mummy GO!!!

admin Avatar

5 responses to “Cara Simpan Duit Dah Lapuk Di Telan Zaman. Contohnya…”

  1. Nia Avatar

    wah,..info berguna ni. thanks for sharing. masa anak2 kecik ni la elok kita rancang dah.untuk masa depan kan..

    Entri Terkini: Pizza Canada
    .-= Nia´s last blog ..Kalaulah aku tak tinggi sangat =-.

  2. kinna Avatar

    apa2 pon pokoknya adalah berhemat dan menabung dari seawal usia..sikit2 lm2 jd bukit..
    sy dl abah ada menabung bulan2..tp korek duit tabung utk shopping, ptptn utk beli buku & univ fees..
    skrg sspnlah pilihan saya utk anak2.. nk saving sume tempat cam tak mampu.. (insurance, didik, saving account, tabung haji etc..jenuh la..)

  3. diraja22 Avatar

    bernas n menarik..
    .-= diraja22´s last blog ..ELAK PERSELISIHAN =-.

  4. neeza Avatar

    saya suka kira2 ini
    .-= neeza´s last blog ..khalish imran =-.

  5. sharina Avatar
    sharina

    saya sokong simpan duit via properties. 1 rumah sewa utk 1 anak…

Leave a Reply to kinna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge