,

Bagaimana Menjadi Ibu Yang Baik

admin Avatar

Sejak masuk bekerja  minggu lalu kehidupan saya menjadi bertambah-tambahlah sibuknya. Lebih teruk lagi bila saya ditimpa ruam satu badan yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa memberhentikan pengambilan alfalfa – kerana pakar kulit mengesyaki saya elergik pada sejenis herba (daun lagundi), maka saya dinasihatkan berhenti mengambil semua jenis herba termasuk alfalfa.

Sejak saya memberhentikan alfalfa, kesan sinus ke atas saya semakin teruk jadinya. Rasa selesema sepanjang masa, sakit di dahi tak usah cakap.. badan pula memang sangat-sangat lesu dan tak larat. Untungnya saya tidak demam.

Sekarang saya kembali mengambil alfalfa, perlahan-lahan saya menjadi semakin baik. Namun masih lagi terasa… harapnya masih belum severe lagi.

Jadi, disebabkan perkara di atas.. sepanjang masa saya kembali ke pejabat ni.. keadaannya agak teruk dan sangat memenatkan. Setiap hari rasa tidak sihat. Malam-malam saya tidur lebih awal. Oleh itu blog pun memang tak ber-update lah 🙂 Dan memang, kembali bekerja ni sangat-sangat memenatkan otak saya. Siang di pejabat, dan di rumah saya cuma ada tak sampai sejam untuk concentrate pada bisnes… kadang2 skip sebab rasa tak berapa fit.

Sementelah, rasanya jadual yang padat bertambah padat, dan ada yang tak sempat nak dibuat. Antaranya update blog 😀

Dalam keadaan yang macam gini saya teringat keluhan seorang teman tentang kesibukan yang dialami oleh ibu-ibu bekerja seperti kami. Waktu siang di pejabat, waktu malam pula amat singkat. Singkat masanya untuk bersama dengan anak-anak. Saya mengakuinya. Bila bertemu dengan anak-anak, rasa mahu menggomol mereka, terutama si kecil Danny. Danny anak yang paling singkat menerima perhatian saya, sebelum dihantar ke jagaan pengasuh. Hafiy saya hantar selepas usianya 4 bulan, dan selepas itu mempunyai maid di  rumah. Fahry pula 10 bulan di bawah ketiak saya siang malam. Danny, lepas saja habis tempoh 60 hari, terus dihantar ke taska.

Jadi bagaimanakah caranya ibu seperti kami nak menjadi ibu yang baik? Tambahan pula seperti saya yang juga seorang WAHM.

Saya tak pasti bagaimana tanggapan ‘ibu yang baik’ pada orang lain. Mungkin mahu menjadi ibu yang sempurna, membekalkan apa saja yang anak-anak mahu, malah tidak sekalipun mahu anak berasa kecewa. Namun saya percaya seperkara… Apabila diamanahkan sesuatu kepada kita, Allah memberi perkara yang kita sanggup untuk menanggungnya. Oleh itu dikurniakan anak-anak itu untuk kita, kerana Dia tahu kita adalah insan yang paling sesuai untuk mengasuh jundi-Nya itu. So part kita adalah melakukan yang sebaik-sebaiknya untuk anak itu.

Saya, bukan ibu yang sempurna. Begitu juga anak-anak saya.. mereka berhak untuk berasa kecewa, marah, kesal, merajuk dan sebagainya. Dari situ membina kematangan mereka, dan skill untuk mengawal dan menguruskan perasaan. Walau bagaimanapun ia haruslah di bawah seliaan ibu bapa.

Saya teringat zaman kecil saya. Saya cukup tidak suka dengan mak saya. Mak saya sangat garang, dan saya yang paling banyak kena pukul. Dan mak saya berubah setelah adik-adik lelaki saya membesar, tidak lagi memukul mereka.

Tapi dari rotan mak itu yang manjadikan diri saya hari ini. Mungkin kerana saya selalu rebel dalam diam dan ingin menjadi yang terbaik walaupun saya tak mampu. Kerana mak saya dulu sering membanding-bandingkan saya dengan orang lain. “Si Tipah Dangdut ni pandai masak, Along ni apa pun tak tahu”. “Si Senah ni solehah betul, duduk di rumah je, Along asyik merayap sana sini, ape nak jadi”. Well, memang bengang lah. Kalau nak kutuk boleh, tapi compare dengan orang lain, jangan~ Jadi saya rasa tercabar dan nak tunjuk pada Mak yang saya lebih baik dari Tipah Dangdut dah Si Senah tu.

Tapi hari ni saya bolehlah jugak masak, cuma malas je, HeHe. Setakat masak lunch dinner tu OK la.. kalau nak baking2 bagai tu.. aimsoriiiii! Tunggu saya pregnant lagi, sebab masa pregnant baru saya suka masak2 kuih-muih ni 😀 Dan disebabkan saya suka merayap dulu, saya involve dalam banyak aktiviti. Hehe, saya bukan merayap ke tempat2 gitu-gitu… Cuma suka pegi jumpa kawan-kawan (kawan pompuan lah. Saya mana la ada boifren) dan pegi town lepak kedai buku.

Nak cakapnya, masa tu saya tak puas hati dengan mak saya. Saya rasa beliau garang gila. Saya rasa saya takmo jadi macam mak saya.

Tapi hari ni saya nak sangat jadi macam mak saya. Mak saya supermom yang sangat hebat pada saya. Beliau bekerja, balik rumah kerjakan kebun… kecik je tapi keliling rumah penuh dengan pokok2 herba.. malam2 jahit baju. Masa kecil2 dulu baju kurung saya semua ada sembat. Sekarang je dah takde sebab matanya dah makin tak nampak. Lepas tu bangun pagi2 sediakan breakfast dan bekal saya pegi sekolah. Kami tak pernah makan luar.. jarang sangat lah, kecuali ada celebration. Paling saya kagum, petang ni tengok mak bawa balik kain, esok pagi dah siap sepasang baju. Mak saya kalau lipat baju kemas sangat. Macam dah diseterika-seterika je.

Nak jadi ibu yang terlalu baik dan sempurna di mata anak-anak ni… kalau nak kata mustahil tu tak lah, tapi agak subjektif. Kadang2 kita sebagai mak tegur anak, dia kata kita membebel. Kita pula kata kita tegur sebab kita sayang. Sama-sama talk in different language. Walaupun memang ada mak yang macam tu.. sekepala dengan anak. Ini memang best. Itu la yang saya selalu harap mak saya jadi, LOL.

Ukur baju di badan sendiri orang kata. Buat yang terbaik, lillahi taala. Allah pasti tunjukkan jalan dan kebenarannya. Walaupun hanya setelah anak kita nanti menjadi ibu bapa 😀

kasih ibu

photo: Theo Widjanto

Terima kasih Mak sebab dah susah-payah lahirkan dan besarkan Along 29 tahun nan lalu. Hehe, mood birthday namanya. — birthday saya minggu depan.

admin Avatar

15 responses to “Bagaimana Menjadi Ibu Yang Baik”

  1. sidratul muntaha Avatar

    aih…
    aku dulu prnh bercita2 nak jdi mcm mak aku.
    tpi manakna daya.
    tido aku sehari2 cukup2 6 jam
    huh.
    tu belum lagi tido ngopekkan ara.
    mak aku plak,kini dulu dan selamanya’masih berjaga malam..
    klu tak jaga bpk aku sakit..
    dia tgkkan kambing kat kandang kalau ade yg sakit ker,tertindih ker,bergaduh ker,kambing beranak ker.
    siang?
    klu tak menoreh atau tolong adik aku petik kelapa sawit,masih jaga arnab,bgi makan kambing,pergi ngaret,ari jumaat buat nasi lemak smpai 2 ratus bungkus tuk adik2 aku niaga kat paso jumaat pagi..
    sama jugak dgn petang ahad..
    masih menggentel kuih tuk berjual paos mlm..
    pendek kata takde istilah berehat bagi dia.
    dia tak pandai sgt bakuing tpi klu buat kuih2 tradisional..
    melatop!
    lauk pauk apetah lagi..
    kdg2 laki aku bila blik kg mertua lebih prefer mak aku masak dari aku!
    siap bwk bekal lagi klu blik ke batu caves.
    #panas jugak ati aku kdg2…
    dan mak aku dulu terer menjahit…(walau sekarang dah tak buat sebab byk urusan hidup nak buat)
    aku?hancur!!tak reti nak menjahit…
    tapi satu jerlah aku praktikkan dari mak aku: masak2 la kat rumah sekalipun lauk simple2.anak2 nnti tak byk komplen nak mkn bukan2.klu fastfood tu beselah.sesekali kan.
    result: laki aku cukup susah nak ajak mkn luar.nak tak nak aku kena masak.melainkan ade ocassion yg tak berapa nak occasion or dia betul2 tahap tingin giler nak mkn.

    1. Coffee Mama Avatar

      Panjang betul komen ni, dah boleh buat satu blog entri..hehehe..jgn mara..

      1. Mommy Lyna Avatar

        mari kita join GA di belog beliau 😀

  2. wawa Avatar

    Lyna, rasanya semua pun nak jadi supermom, best mom bla bla. Tapi bila kita letak stress kepada diri kita, takut-takut tak tertanggung nanti anak pula jadi mangsa. :))

    Btw, selepas akak jadi Fulltime WAHM, akak sedar sebenarnya jadi mak secara general memang mencabar. Ada maid, tak ada maid, semuanya ada challenge masing-masing kan?

    Kita cuba sedaya boleh, sehabis baik, lagipun jika kita selalu berfikir yang hidup untuk memberi, insya Allah, lambat laun kita akan menerima. :))

    Semoga cepat sembuh, semga diberikan kemudahan dalam menjaga anak, dan selamat ulang tahun yang ke 29 -in advance.

    1. Mommy Lyna Avatar

      thanks kak Wawa

      bile nk buat kelas robot2 kat SB hehehe

  3. zaila Avatar

    aku sampai sekarang xleh jadik mace mak aku..very superwomanlah bg aku, dr muda sampai ke tua suka bekerja kuat, penyabar & seorang bussinesswoman yang tegar, xmacam anak dio yg hangat2 tahik kambing ni..
    dulu ms aku kecik, aku cukup xsuka bila mak aku membebel ko aku, aku suka memberontak, menjawab kata mak aku & skrg ni bila dah ada anak 3, br aku tahu & faham perasaan mak aku..anak sulung aku ni, haisy..suka sangat menjawab aku, yg no dua pula sangat malas bila disuruh buat kerja (sama macam aku kecik-kecik) & yg bongsu ni sangat mencabar fizikal & mental sebab selalu berjaga malam
    nah!! ambik kau..baru kau tahu betapa agungnya pengorbanan seorang ibu..tapi sejak dah berumahtangga ni, biasalah masa kita banyak diluangkan untuk bekerja, jaga anak & suami. kadang2 sampai terlupa nak telefon mak bertanya khabar..huhuhu..tapi deep down in my heart, she always be the best mom for me & harapan aku pun agar dapat jd ibu yg terbaik buat anak2 aku juga

    1. Mommy Lyna Avatar

      ada calon ibu lain yg bulih jd lebih baik dari mung ke?

      muahahaha. lariiikkk!!!!

  4. ila Avatar

    semua orang nak jadi ibu yang terbaik kan

  5. umi Avatar

    salam lyna. wah entry emosi pagi ni. semua ibu sama, nak jadi yang terbaik buat anak2. kita buat yg terbaik sedaya upaya kita, hasilnya kita serah pada Allah kerana Allah tak tanya ‘apa yg kamu dapat’ tapi Allah akan tanya ‘apa yang kamu telah buat’.

    ..happy birthday in advance!

  6. salzahari Avatar
    salzahari

    I selalu rasa i’m a bad mom sbb selalu leterkan Aliah, tarik telinga dsb bila dia bantah i..well, maybe i sdiri dulu mcm tu kot suka2 bantah :p I just takut i terlambat act dan dia jadi rebung…Namun i tahu cara i tak bagus sbb nanti efek self esteem dia, cuma i still cannot cope dgn emosi sdiri! Huhhuu….I eager sgt nak tahu mcmana u all yg mommies era baru ni hadap anak2 yg suka mencuba, suka break the rules etc?? I’ve tried all methods (doa of course) tp still x nmpk hasil…

  7. asz Avatar

    Rasanya semua org mahu jadi ibu yang terbaik, sampai kadang2 diri sendiri yg tensen tak tentu pasal..apa2 pun, anak2 itu salah satu ujian utk kite kat dunia ni..so mmg la sgt susah kalo nak lepas ujian ni kan? menguji kesabaran yg sgt2 tinggi..meh la kita sama2 berdoa semoga kita berjaya dgn cemerlang!

  8. Nik Ha Avatar

    Baguhnyo post nih! mmg setiap ibu adalah ibu terbaik walau ado kekurangan di mana-mana. Seriously takleh nak copy ‘che’ 100% sbb berbeza pendapat sket..he..he..tapi mmg didikannya lah yg menjadikan akak seorang ‘manusia’.Rebell gak inside tp mcm Lina, kerana rebell itulah akak sentiasa mencari2 kelebihan diri hingga jadi lebih baik pd hari ini.

    Keno banding2 itu sangat biaso 😉 tokleh bederat umah saing2 pun biaso, haram bermalam kat umah saing2, even umah makcik2 sbb ramai sepupu lelaki (ni bila dah rumaja lah, masa kecik2, nenek ada ok lg)

    Jaman loni keno belajar ilmu keibubapaan doh sbb dunia semakin mecabar.Keno didik anok sesuai dgn jaman mereko.Ado cara mok2 kito dulu dah tak berapa sesuai, terpulanglah pd kito nok adjust biar sampai mesejnya kat ank2

  9. Ibu Emir Avatar
    Ibu Emir

    Along, only we know what is the best for them and our kids kan.. kalau kite hantar anak hatta sebulan dekat orang pun doesnt mean that kite kurang perhatian kepada anak-anak.. masa yang cemburu dekat kite, kasih sayang kite still same kan.. tuntutan tanggungjawab lain pun kene amik kire juge sebab it is part of tanggungjawab…

    dun worry to much.. along pun dah inspire many people out there..

  10. Purplemama Avatar

    ya, saya pun ada rasa yg sama.. maybe most of mommies did! Mudah2an kita semua terus diberi kekuatan utk terus menjalankan tugas sebagai ibu dengan penuh ceria & kasih sayang… 🙂

    Thank you… nice post as usual… 😉

  11. SuCi Avatar
    SuCi

    aku nak jadi sorg ibu yang baik untuk ank2 aku walau semasa kecil aku kurang dapat kasih syg sorg ibu…aku diletakkan bersama tok aku yg smemangnya keussahan dan masih beranak kecil..tp aku bersyukur mlalui pengalaman itu aku mjadi cepat matang dan xmudah tersilap memilih jln…skrg aku dah begelar sorg isteri dan sorg ibu..masa aku terlalu padat..balik jea keja terus capai periuk belnga dan tergocoh layan ank2 menganis itu ini..persiapan perlu disiapkan sblm suami sampai..aku dah rasa aku buat yg terbaik untuk family aku..tapi rupa didikan agama untuk ank..aku terlupa..aku seorg yg simpel dan kurang pengetahuan..takat sbyg 5 waktu blh la..mcm mana aku perlu jd sorg ibu yang baik untuk ank2..ibu yg disayangi ALLAH…tah la..kengkagan ms mencari kebahagiaan dunia ….

Leave a Reply to Mommy Lyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge